January 12, 2016

Food Review | Yazid Burger Shah Alam

Assallammualaikum,



Siapa pernah makan burger di Yazid Burger? Yazid burger ini memang terkenal dengan burger dia yag super besar. Semasa pergi berkelah di Wetworld Water Park Shah Alam, biasalah selepas seharian berendam memang perut terus bergelodak. Jadi shaila dan keluarga pun rancang untuk pergi makan. Hasil perbincangan kami, kami decide hendak makan burger. Jadi apa lagi!! buka google kemudian terjumpalah pasal Yazid Burger ini.



Setibanya shaila di restoran ini, kami pun orderlah Burger daging ini. Sambil borak-borak dan makan makanan sampingan lain maka sampailah burger yang kami order tadi. First impression shaila bila tengok burger ini adalah "fuh!!! besarnya, sambil mata terkebil-kebil melihat burger ini". 



Sebelum makan, ambil gambar dahulu..hahaha. Keluarga memang sudah tahu hobi shaila yang suka ambil gambar makanan dan lain-lain. Hasihhhh harap dapat bertabah dapat menantu lifestyle blogger..kuikuikui. Haa...gambar diatas itu adalah gambar burger dari jarak jauh pula. Nampakkan kebesaran burger ini. Shaila tidak  pasti berapa berat burger ini kerana abang ipar shaila yang pergi order. Bila burger sudah ada depan mata, apa tunggu lagi, kita kasi potong sama dia.




Lihatlah mayonis, cheese yang meleleh dan isi burger yang tebal itu, boleh buat telan air liur dibuatnya. Hurmmmm belum rasa lagi keenakkan burger ini. Jadi macamana rasa buger ini? hurmmm bagi shaila rasa burger ini boleh tahan sedapnya. Shaila hanya mampu makan dua potongan sahaja terus kenyang. Isi burger ini memang padat dan padu. Begitu juga dengan rasa roti dia memang sedap juga dimakan bersama dengan yang lain. Yazid burger ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Bagi shaila, memang tidak rugi kami membayar harga burger daging ini yang setimpal dengan rasanya yang enak. Sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima kasih.

January 10, 2016

Product Review | Modish Instant Shawl dari zt_zealhijab

Assallammualaikum


Kepada ibu-ibu yang berkerjaya yang mencari tudung yang senang dan mudah dipakai, Modish Instant Shawl dari zt_zealhijab adalah jawapannya. Kenapa shaila kata begitu? ini kerana modish instant shawl ini hanya sarung sahaja kemudian siap. Kita tidak perlu masa yang lama untuk belit-belit kemudian kadang-kadang tidak jadi seperti yang dikehendaki. Modish instant shawl ini memang sesuai untuk wanita dan ibu berkerjaya kerana waktu pagi adalah waktu yang sangat terhad dimana mereka terpaksa berkerja masa menyiapkan sarapan untuk keluarga dan kemudian berkejar menghantar anak ke sekolah.


Antara kelebihan yang terdapat pada modish instant shawl ini adalah mudah disarung dan boleh siap tidak sampai satu minit pemakaian. Selain itu, modish instant shawl ini amat  sesuai untuk mereka yang tidak suka hendak lilit shawl ala-ala alfira loy dan yang sukakan gaya yang mudah dan cepat. Kalau korang hendak tahu, rekaan Modish Instant Shawl ini adalah rekaan NO1 di malaysia!. Selain memiliki material  heavy chiffon


Modish instant shawl ini mempunyai 13 jenis warna yang menarik dan cantik untuk dimiliki. Modish instant shawl ini kebanyakkan menggunakan warna lembut jadi memang sesuai untuk digayakan untuk gadis-gadis di luar sana. Oh ya!! ibu-ibu juga tidak terkecuali, mesti lepas ini suami tidak merungut kerana lambat bersiap.


Modish instant shawl yang menjadi pilihan shaila adalah berwarna kuning. Sebenarnya bila pemilik zt_zealhijab ini datang dengan membawa pelbagai jenis warna, memang rambang mata dibuatnya. jadi untuk memudahkan pilihan, shaila memilih warna yang shaila tidak memiliki lagi dirumah.


Hari ini dapat, keesokkan harinya terus shaila pakai pergi office. Haaa..memang betul, modish instant shawl ini memang mudah dan cepat dipakai dengan hanya sarung sahaja dan bela sikit bahagian pelipat dia kemudian siap..hihihi..selain itu juga, bahagian yang paling shaila suka adalah modish instant shawl ini boleh ditarik labuh menutupi bahagian dada. Modish instant shawl ini juga tidak jarang dan amat selesa dipakai.


Menurut pemilik zt_zealhijab, ada free gift tau untuk pembeli terawal. Haaa...apa tunggu lagi, jom pakat pi ramai-ramai follow ig sambil membeli modish instant shawl dari zt_zealhijab dengan harga RM59.00 sehelai.

Sesiapa yang berminat untuk memiliki modish instant shawl ini boleh hubungi di :

Facebook

Instagram
www.instagram.com/zt_zealhijab

atau terus hubungi
016-9969304 (Zati)

Ingat yer ada FREE gift untuk pembeli terawal !!

Sekian Terima Kasih

December 29, 2015

Product Review | Penyelesaian Masaallah kulit Kering Dengan Set Penjagaan Muka Artistry Hydra-V

Assallammualaikum 


Siapa di sini yang mempunyai masaaalah kulit kering dan tidak sekata? Okay Kali ini shaila ingin review tentang satu produk penjagaan muka yang mungkin ramai tahu tentang kelebihanya.. Produk ini memang sesuai untuk yang memiliki masaalah kulit yang kering. Shaila juga mempunyai masaallah kulit yang kering dan kadang-kadang rasa perit area tepi hidung.

Tiga Bahan Penting dalam Set Penjagaan Muka Artistry Hydra-V



Artistry – HYDRA-V Pembersih Berbusa Segar (125ml)



Penerangan

Pembersih gel segar ini berkesan menghapuskan lebihan minyak, solekan dan kekotoran, menjadikan kulit selesa, segar semula dan kelihatan sihat.

​• ​Menjadikan kulit rasa segar dan selesa.
​• ​Sesuai untuk semua jenis kulit.

Penggunaan Produk

​1) ​Lembapkan kulit dengan air suam.
​2) ​Picit Pembersih Berbusa Segar sebesar badam ke tapak tangan dan gosok hingga berbuih.
​3) ​Urut busa pada seluruh muka dalam gerakan membulat yang lembut.
​4) ​Bilas bersih dan tekap hingga kering.
5)​Di ikuti dengan Losyen Pelembut Segar.

Ciri-ciri:

​• Mengandungi Air Fiord Norway yang segar, dihasilkan dalam sistem penghantaran Liposom ARTISTRY HYDRA-V yang eksklusif.
​• ​Rumusan gel tanpa sabun mewujudkan buih yang kaya dan lembut yang mudah dibilas. Menyingkirkan lebihan minyak, sisa solekan dan kekotoran sambil meninggalkan lembapan pada kulit.
​​• ​Mengandungi ekstrak oat dan agen perapi khusus yang menyesuai sendiri untuk semua jenis kulit.

Manfaat:

​• Menjadikan kulit kelihatan sihat, rasa segar semula dan selesa.
​• ​Kulit bersih dan tidak terasa kering, ketat atau tegang. Menyediakan kulit untuk menerima manfaat maksimum daripada Koleksi ARTISTRY HYDRA-V.
​​• ​Dioptimumkan dan selesa untuk semua jenis kulit. Memberikan agen pelembapan tambahan di tempat kulit paling kering.


Artistry – HYDRA-V Losyen Pelembut Segar (200ml)



Penerangan

Penyegar yang menyegarkan, tanpa alkohol yang menyingkirkan kesan terakhir kotoran dan solekan sambil merapi, melembut dan menyediakan kulit untuk menerima manfaat dan penghidratan tambahan.

•​ Menjadikan kulit rasa licin, bagai sutera dan lembut
​• ​Menjadikan kulit rasa halus dan lembap
​•​ ​Menjadikan kulit kelihatan lut cahaya dan berseri
​​• Menyerap dengan mudah, pantas
​​• ​Sesuai untuk semua jenis kulit

Penggunaan Produk

1)​ Selepas membersih, percikkan ke tapak tangan atau basahkan kepingan kapas.
​2) Ratakan ke seluruh muka dengan lembut, elakkan kawasan mata.
​3) Susuli dengan Pekatan Serum Kulit Vital ARTISTRY HYDRA-V

Ciri-ciri:

•​ ​Mengandungi Air Fiord Norway yang segar, dihasilkan dalam sistem penghantaran Liposom ARTISTRY HYDRA-V yang eksklusif.
​• Mengandungi ekstrak Alga Merah untuk merapi dan menghidrat.
​•​ Tanpa alkohol; mengandungi bahan-bahan yang menenangkan kulit.

Manfaat:

•​ ​ Menyerap dengan pantas. Menjadikan kulit rasa segar semula, berseri dan licin. Peningkatan serta-merta sebanyak 211% dalam tahap penghidratan kulit. Menyediakan kulit untuk menerima manfaat penghidratan optimum daripada koleksi ARTISTRY HYDRA-V.
​• Membantu mengunci lembapan kulit.
​•​ Rumusan lembut menjadikan kulit rasa tenang dan lega.


Artistry – HYDRA-V Krim Gel Penyubur (75ml)



Penerangan

Krim gel yang berkrim tetapi nipis ini memberikan penghidratan sesegar air selepas satu penggunaan. Ia adalah pelembap sepanjang tahun, tahan lama, semua jenis kulit, penghidrat pilihan untuk kulit yang lembut, licin.

Selepas mengalami produk, wanita setuju Krim Gel Menyubur ARTISTRY HYDRA-V:
•​ Menjadikan kulit rasa sejuk, segar semula dan cergas
​• Menjadikan kulit kelihatan sihat dan lebih selesa

Menghidratkan kulit secara mendalam serta-merta dan lama-kelamaan.
•​ Krim gel sederhana berat ini mudah disapu pada kulit, menyerap dengan mudah, pantas.
​• Sesuai untuk semua jenis kulit.

Penggunaan Produk

1. ​Gunakan selepas pembersih, penyegar dan serum ARTISTRY HYDRA-V.
​2. Picit sebesar badam ke tapak tangan.
​3. ​Menggunakan hujung hari, ratakan ke seluruh muka, elakkan kawasan mata.
​ ​
Petua Penggunaan Produk:
Untuk kekeringan sementara (cth. perubahan suhu atau kelembapan yang disebabkan perubahan musim, perjalanan udara, sakit dan seumpamanya) tambah manfaat penghidratan tambahan ARTISTRY HYDRA-V kepada sistem anda dengan menambah rumusan penghidrat yang sesuai untuk anda.

Ciri-ciri:

• ​Mengandungi Air Fiord Norway yang segar, dihasilkan dalam sistem penghantaran Liposom ARTISTRY HYDRA-V yang eksklusif.
​• Acai Hawaii dan Liposom Pelembap menggiatkan semula kulit untuk mengunci lembapan.
​​• ​Mengandungi Bahan Semula Jadi Marin yang menyerap lebihan sebum sambil membantu melembapkan kawasan kering, menyesuai dengan keperluan kulit kombinasi.

Manfaat:

• Menyerap dengan pantas. Memberi rasa seringan air pada kulit. Peningkatan serta-merta sebanyak 197% dalam tahap penghidratan kulit.
​• Penghidratan berterusan, berpanjangan sehingga 24 jam. Kulit kelihatan lebih sihat dan lebih berseri. Kuli rasa licin, selembut sutera dan segar.
​​• ​Kulit kelihatan berseri, lut cahaya, lebih sihat dengan keserian yang bertenaga.

My Testimoni

Seperti gambar di atas, korang boleh lihat kulit sacara dekat pipi itu mengelupas akibat kekeringan. Kawan shaila telah mencadangkan agar shaila mencuba Set Penjagaan Muka Artistry Hydra-V ini untuk mengatasi masaaalah kekeringan yang shaila hadapi ini. Kawan shaila dengan berbesar hati telah meminjamkan Set Penjagaan Muka Artistry Hydra-V miliknya untuk shaila cuba. Wahhhh baik hati sangat kawan shaila inikan...hurmmmm nak pinjam terus boleh? hihihih. Shaila pun apa lagi, terus berbesar hati menyahut cadangan itu dengan mencuba produk ini selama 2 minggu.
Gambar di atas adalah hasil  selama dua minggu menggunakan produk ini.Tidak di nafikan
Pembersih gel Hydra-V lembut ini berkesan menghapuskan lebihan minyak, solekan dan kotoran. Kulit shaila menjadikan  selesa, segar semula dan bersih.

Manakala Artistry – HYDRA-V Losyen Pelembut Segar tanpa alkohol ini  menyingkirkan kesan-kesan  kotoran dan solekan sambil merapi, melembut dan menyediakan kulit untuk menerima manfaat dan penghidratan tambahan kepada kulit shaila. Kulit shaila terasa sejuk dan segar sebaik sahaja menggunakan Artistry – HYDRA-V Losyen Pelembut Segar ini.

Krim gel yang berkrim tetapi nipis ini memberikan penghidratan sesegar air selepas satu penggunaan. Ia adalah pelembap sepanjang tahun, tahan lama, semua jenis kulit, penghidrat pilihan untuk kulit yang lembut, licin.Kulit shaila juga menjadi smooth dan sekata apabila mengenakan make up. Tidak seperti sebelum ini, jika mengenakan meke up, hasil make up shaila tidak smooth dan sekata.Mungkin kerana kulit shaila terlalu kering dan megelupas menyebabkan hasil make up shaila tidak smooth malah berbelak dan tidak sekata. Masaalah kekeringan dan kulit mengelupas yang shaila hadapi juga dapat di atasi dengan jayanya.


Wah!Hebatkan Produk Set Penjagaan Muka Artistry Hydra-V ini , 

Bagaimana?

Jika berminat dengan produk ini? Boleh hubungi shaila :

Email:
shazillahsani@gmail.com

Sekian Terima Kasih

November 25, 2015

Travel Review | Tempat Percutian Menarik di A Famosa Resort Melaka

Assallammualaikum

Kini musim cuti sekolah telah bermula. Cuti sekolah seeloknya dimanfaatkan dengan aktiviti yang memberi manfaat. Musim cuti sekolah juga ada para ibu bapa mengambil kesempatan dan merancang untuk membawa keluarga mereka bercuti. Musim cuti sekolah  inilah masa yang sesuai untuk ibu bapa luangkan masa bersama dengan anak-anak bercuti untuk merehatkan minda mereka setelah berhempas pulas belajar dan menjawap soalan peperiksaan. Jom kita tengok antara tempat menarik yang ada di A Famosa Resort Melaka.

Apartments D'Savoy A'Famosa Melaka



A'Famosa Resort Water Theme Park



The Ranch Steak House



Old West A'Famosa Resot Melaka



Dream House A'Famosa Resot Melaka


Safari Wonderland A'Famosa Resot Melaka



Bamboo Steak Corner A'Famosa Melaka



Pakej A'Famosa Resort Melaka


Old West Package


Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-2781888 atau 06-5520888 ataupun layari www.afamosa.com dan www.facebook.com/afamosa.my. Okay sampai di sini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang. Kepada adik-adik selamat bercuti!!.

Sekian Terima Kasih

November 24, 2015

Throwback Food Review | Bamboo Steak Corner A' famosa Malaka

Assallammualaikum


Semasa berada di Safari wonderland A' Famosa Melaka, tidak perlu risau tentang makan kerana disini disediakan tiga tempat makan antaranya adalah Lake View Restaurant, Local Food Court dan Bamboo Steak House. Makan tenghari kami semasa di Safari Wonderland adalah di Bamboo Steak Corner. Bamboo Steak Corner ini menyediakan enu kebanyakkan western food.


Ini merupakan menu yang shaila order. Nama menu ini adalah Beef Burger Set. Untuk menu ini, ada dua pilihan samaada memilih daging atau ayam.Shaila pilih daging. Set ini dilengkapkan dengan french fries dan juga coleslaw. Perut memang tengah lapar sebab berjalan dari pagi, memang habislah makan tambah rasa hidang ini boleh tahan sedapnya dan mengenyangka.hihihi.


Menu ini pula namanya Lamb chop. Untuk menu ini di datangi dengan french fries dan juga coleslaw. Walaupun nampak macam sedikit, tetapi sebenarnya hidangan ini mencukupi dan mengenyangkan perut.


Sementara menunggu makan sampai. Areez semasa ini sebenarnya tengah kepanasan kerana cuaca ketika itu memang panas. Budak biasalah bila dah panas, mulalah meragam.


Selepas makan, di tepi kedai ini ada pertunjukkan dan juga memberi binatang makan. Sementara menunggu yang makan, shaila pun melihatlah kejap show ini. Okay tamat sudah entry shaila tentang A'famosa Melaka ini. Semoga bertemu di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...