Throwback Food Review | Dream House A'Famosa Melaka | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: Throwback Food Review | Dream House A'Famosa Melaka

Throwback Food Review | Dream House A'Famosa Melaka

Assallammualaikum 


Dream House ini lokasinya berdekatan dengan A'famosa water Themes Park Melaka. Dream House ini merupakan tingkat yang pada bahagian bawahnya di tempatkan sebuah cafe. Kalau tidak silap shaila, bahagian atas rumah ini dibuat bilik untuk penginapan.

Cafe Dream House


Ini merupakan bahagian dalam cafe Dream House. Hiasan dalam cafe ini lebih kepad hiasan English Style. Sebenarnya dari tutup meja dia sahaja kita dah boleh agak yang cafe ini berkonsepkan english style.


Keunikkan cafe ini adalah kita boleh melihat para perkerja cafe ini sibuk menyiapkan hidangan yang diminta oleh pelanggan melalui dinding ini.


Di bahgian luar juga disediakan kerusi dan meja untuk para pelanggan cafe ini. Tapi serius shaila cakap, dekorasi serta konsep cafe ini sangat cantik.  Malah semuanya tersusun rapi dengan kemesraaan para waitress yang tertip dan hormat mengambil pesanan kami.

Menu


Menu pertama yang comel ini untuk anak shaila yang comel itu...huhuhu. Set ini terdiripada pancake, chicken cocktail, egg, coco crunch, fresh milk and fruit. Anak shaila makan sikit jer...ibu dengan ayah dia yang menghabiskan.


Menu kedua ini untuk shaila. Untuk set ini pula terdiri daripada hot dog, roti berserta scrambled eggs, chicken cocktail beserta baked beans.


Menu ketiga pula untuk suami shaila. Set ini terdiri daripada chicken cocktail, baked beans, roti berserta telur separuh masak dan chicken slice. Untuk ai panas ada dua pilihan sama coffe atau tea.

Bahagian Luar Dream House


Ini merupakan pemandangan daru luar. Dekorasi dan hiasan dream house ini memang cantik dan unik. Terutama part dinding dan dekorasi bunga pada dinding itu.


Salah satu prop atau dekorasi yang di pamerkan di dream house.Jom balik kampung beramai-ramai. Haishhhh comel betul kereta ini.hihihi. 


Salah satu dekorasi yang menraik perhatian shaila. Sebenarnya tempat ini sesuai dijadikan lokasi untuk tangkap gambar.


Cinderella menati putera impian datang membawa kasut. ehhhhh..lupa pula sudah kahwin...hahaha


Haruslah bergambar dengan kak Yanie kerana dia sahaja blogger yang ada dengan shaila ketika ini.


Happy Family..sculpture love ini memang cantik untuk photo shoot wedding. Haishhh nasib duduk selangor. Kalau tidak dah datang sini untuk tangkap gambar kahwin.


sampai sini sahaja entry shaila..jumpa lagi di entry akan datang. Lot of love from illazwritter.

Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment