November 11, 2015

Throwback Travel Review | Apartment D'Savoy A'famosa Melaka

Assallammualaikum 


Memandangkan cuti sekolah tidak lama lagi, jadi shaila hendak buat review lokasi yang mungkin boleh dijadikan lokasi percutian untuk keluarga pada cuti sekolah nanti. Lokasi yang shaila maksudkan adalah Apartment D'Savoy A'famosa Melaka. D'savoy ini sebenar terbahagi kepada dua iaitu condo dan juga apartment. Shaila menginap di apartment yang mempunyai dua bilik. Shaila datang ke sini bersama dengan tiga orang blogger lain iaitu Yanie, uzu dan faizal. Masing-masing datang membawa keluarga dan juga teman. Terima kasih kepada En. Arif dan pihak A'famosa Resort Melaka kerana menaja shaila dan blogger lain.


Haaa...yang ini mesti korang sukakan? Yes!! di apartment ini terdapat kolam renang. Untuk yang tidak ambil pakej theme park, rasanya dapat mandi sini pun dah cukup rasa puas hati kerana kolam bersih dan luas. Tambah kalau pergi hari biasa, memang tidak ramai orang yang mandi.


Ini bahagian corridor bilik shaila menginap. Apa macam? nampak bersih sahajakan, memang dijaga rapi betul,oleh pihak management apartment D'Savoy A'famosa Melaka.


Shaila dan seorang lagi blogger iaitu yanie, duduk di bilik ini manakala blogger lain di bilik sebelah kami.  Takkan hendak tengok pintu sahajakan? jom kita lihat pula bahagian dalam apartment ini.


Ini adalah bahagian dapur di dalam apartment D'Savoy A'famosa Melaka. Di dalam dapur ini disediakan electronic kettle untuk masak dan buat air. Selain itu turut disediakan peti ais. Dekat dapur ini tidak boleh masak yer. Kalau perasan ada pintu belah kanan itu, haaa di situ terdapat sinki.


Ini pula adalah bahagian ruang tamu apartment D'Savoy A'famosa Melaka. Ruang tamu di dalam apartment ini memang luas, kemas dan selesa. LCD television juga di sediakan dengan di lengkapi beberapa channel astro.


Gambar ini shaila ambil di bahgian luar corridor apartment D'Savoy A'famosa Melaka. Apartment ini hanya tiga tingkat sahaja jadi takdelah mengah sangat menapak naik tangga kerana apartment ini tidak ada lift.


Sekarang ke bahagian bilik tidur pula. Untuk apartment yang shaila duduk ini, tilamnya adalah bersize single tetapi bila dah bergabung dua menjadi mingle...ehhhhh!!! hahaha gurau sahaja. Tilamnya tidak payah cakaplah empuk memang sedap tidur. Nasib pergi ke sini kerana ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...kalau tidak, alamat sambung tidurlah jawabnya..hihihi.


Shaila sebagai tetamu memang menitik berat tentang kebe sihan tandas dan bilik mandi di sesuatu tempat penginapan, bukan kerana terlalu pembersih tetapi kalau tandan dan tab mandi agak berkerak, memang geli sikitlah melihatnya tetapi tidak di apartment D'Savoy A'famosa Melaka. Tandas dia memang bersih, wangi dan selesa.


Kegembiraan baby areez jelas terlihat kerana sebentar lagi mahu mandi di taman thema A'famosa. Untuk Taman thema A'famosa, shaila akan review di entry akan datang.Okay sampai disini sahaja entry shaila..daaa.

Kalau sesiapa yang berminat untuk menginap disini bolehlah pergi ke laman web A'Famosa iaitu http://www.afamosa.com/ untuk reservation dan mengetahui pakej-pakej menarik yang pihak A'famosa Resort sediakan.

Sekian Terima Kasih.















1 comment:

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...