November 06, 2015

Food Review | Wood & Steel Coffee.Funiture.Art

Assallammualaikum


Pada hari itu, selepas balik kerja shaila bercadang hendak pergi fun fair dekat shah alam kerana tiap kali balik kerja hanya usha dari jauh sahaja...hurmmm terdetik dalam hati "bawa baby Areez best juga nie" Kebetulan minggu itu suami shaila cuti jadi habis waktu berkerja shaila kami pun pergilah ke fun fair itu. Tapi malangnya langkah kami terhenti di depan gate fun fair itu kerana masuk sahaja kena bayar RM4 per entry untuk adult. Bila difikir dan direnung, cakap dengan suami tidak jadilah masuk sebabnya masuk sahaja dah kena bayar RM8 untuk 2 orang, kemudian main lagi permainan dalam itu masih kena bayar juga tambahan baby areez bukan dapat main semua pun jadi rasa macam membazir pula" jadi tidak jadilah kami masuk ke fun fair itu. Destinasi shaila terus bertukar mencari tempat makan yang best area Shah Alam, Jalan punya jalan last2 kami terus menuju ke jalan Subang dan ternampak kedai Wood & Steel Coffee.Funiture.Art. 


First impression shaila bila masuk sahaja ke kedai makan ini adalah wow!! cantik dan kreatifnya dekorasi dalam kedai ini. Seperti gambar di atas korang dapat lihat ada bahagian vespa yang di gantung pada dinding. Selain itu terdapat juga mesin jahit dan radio lama turut dijadikan sebagai hiasan. Kedai makan ini menjual makanan western food.


Gambar ini pula adalah bahagian kaunter order dia. Service kedai ini adalah order makanan dan minuman di kaunter kemudian terus bayar.Semasa shaila pergi, ramai juga orang tapi disebabkan kerusi banyak maka tidak jadi masaalah untuk tidak ada meja.


Suami shaila order speggeti sahaja kerana sebelum sampai sini, kitaorang dah melantak set ayam dekat pasar raya giant jadi perut tidaklah rasa lapar sangat...itu kami order yang ringan-ringan sahaja. Spaghetti yang kami order ini, rasanya boleh tahan juga kalau tidak, tidak adalah habis sepinggankan...hahaha.


Set bubur ini shaila order untuk baby areez tetapi shaila yang makan sebab bubur ini ada lada jadi kurang sesuai untuk baby areez. Rasa bubur mushroom ini memang sedap tambah di makan bersama roti garlic!!! fuhhhh memang menyelerakan. Then bubur dia macam buat resepi sendiri kerana rasa dia lain daripada lain.


Disebabkan ibu sudah makan bubur baby areez, jadi Areez makan puting sahajalah yer..hahaha..jom ikut baby Areez jalan-jalan naik motor..hihihi. Sebenarnya motor itu juga antara hiasan yang turut diletakkan di dalam kedai ini. Dekat pun ada juga letak barang-barang seperti basikal tua.Okay sampai disini sahaja entry shaila..Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

1 comment:

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...