Throwback Travel Review | A'famosa Resort Water Theme Park | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: Throwback Travel Review | A'famosa Resort Water Theme Park

Throwback Travel Review | A'famosa Resort Water Theme Park

Assallammualikum,


Taman Tema air di A'famosa ini terkenal menyediakan lebih 12 jenis permainan air yang mencabar dan menyeronokkan. Shaila dan blogger lain diberi kesempatan untuk merasai sendiri cabaran dan keseronokkan di Taman Tema A'famosa ini. Terima kasih kepada pihak A'famosa Resort kerana menjemput kami.


Permainan diatas dipanggil HulaHula,dengan dua tiub atau gelung yang direka khas untuk memberikan kepuasan maksimum kepada pengunjung. HulaHula yang boleh memuatkan dua orang dalam satu pelampung pada satu-satu masa akan membawa anda meluncur laju mengikut gelung tiub menuju ke penghujung. Dengan gelung atau tiub yang dibina berpusing-pusing dengan kecuraman 45 darjah, lebar tiub HulaHula yang luas 1.4 hingga 5.12 meter, menjadikan ianya cukup selesa untuk memuatkan pelampung yang boleh dinaiki oleh dua orang sekaligus. HulaHula ini mampu memberi impak seolah-olah anda terbang dan melayang ke udara. Anda dapat merasa seolah-olah badan anda begitu ringan ketika dibawa oleh tiub tersebut.


Sebelum ini hanya melihat dari media sosial tentang Taman Tema A'famasa ini. Pertama kali shaila menjejak kaki disini memang rasa teruja!!!. 


Tempat ini dinamakan wave pool. Tempat ini beroperasi dari 11 pagi hingga 7 malam. Ketika gambar ini dirakam kawasan ini telah tutp kerana sudah hampir pukul 7. Kawasan ini sebenarnya berombak seperti laut memang seronok mandi bermain bersama keluarga.

Gambar : Google.Com

Permainan seperti gambar diatas dinamakan Big Ice Cream...memang besar Ice cream dia dan sedap dimakan..yumyumyum...ehhhhh...hahahaha.Gelungsur ini mempunyai ketinggian 28 meter dan diameter 18.3. Untuk permainan ini shaila tidak naik sebab tengok pun dah rasa gerun tetapi blogger lain seperti Uzu,Ff dan nyiena naik. Daripada cerita mereka, permaianan ini memang mencabar terutama bila berada part pusingan paling hujung berwarna biru itu, memang rasa hendak tercabut nyawa. Turun pun jalan rasa mengigil. Untuk Big Ice Cream ini naik empat orang.

Gambar : En.Arif A'famosa

Permainan ini pula dinamakan Inner Tube Slide. Permainan untuk dua orang. Shaila dan suami tidak melepaskan peluang mencuba permainan ini. Kami perlu menaiki tangga yang agak melenguhkan juga tetapi rasa lenguh itu hilang sebaik sahaja kami di lepaskan dari atas. Perasaan shaila ketika itu adalah waaaaa....bila hendak sampai bawah ini. Memang kecut perut dan rasa macam hendak terbalik sahaja. shaila ketika itu pegang tempat pemegang pada pelampung itu sekuat hati kerana risau melambung dan jatuh sehingga sudah sampai bawah pun masih menjerit lalu En. Arif menegur "kak sudah sampai bawah" kahkahkah...over sangat tau!! rasa malu pun ada..kikiki

Gambar : google.com

Permainan diatas pula dinamakan Family Raft Slide. Permainan ini boleh naik bertiga atau berempat. Shaila pada asalnya naik bertiga kemudian ada budak join. Semasa berada diatas memang rasa gentar tetapi sebaik sahaja lihat adik ini join, terus mind set ". adik ini boleh,takkan aku tidak boleh". Sebalik sahaja kami dilepaskan dari atas....fuhhhhh...xpayah cakap lar...pejam mata then jerit kuat-kuat!! tahu-tahu dah sampai bawah..hahaha.


Permainan di atas di panggil wahaha. Wahaha mempunyai ketinggian 7.5 meter, lebar dan panjang sabanyak 5 meter. Wahaha mempunyai reka bentuk struktur disesuaikan dan diambil daripada Tako Moko iaitu tatu atau penanda kekal pada badan dan wajah puak Maori, penduduk asli new zealand. Wahaha memberi kesan adrenalin yang berlainan kerana anda akan merasa berdebar-debar memanti detik apabila gelombang air yang tidak disangka berpusar secara bebasdan menjunam anda ke dalam 'lazy River'. Pengalaman shaila ketika main permainan ini adalah terasa seperti di tolak ombak tsunami memang best. Kami main berkali-kali disini.

Gambar : Google.com

Ini pula dinamakan High Speed Slide. High speed Slide ini berketinggian 60 meter memang membuat anda rasa kecut perut ketika berada diatas. Ketika meluncur, anda akan rasa macam terbang selama 1 minit kerana gelongsor terlalu laju. 


Yang ini mesti adik-adik sukakan, ini pula dinamakan 'Kids Adventure Pool' s buah taman permainan interaktif yang memaparkan slide mini, perkampungan arab iaitu 'Arabian Village'. Kolam ini memang tidak dalam dan amat sesuai untuk kanak-kanak bermain disini.

Gambar : En.Arif

Ini merupakan antara blogger yang turut serta bersama shaila membuat review tentang Taman Tema A'famosa Melaka ini.


Anak dan suami shaila juga turut serta. Anak shaila ketika didalam kolam tidak ingat susu pun tetapi bila dah habis mandi terus meragam menangis hendak susu..hahahah.


Kami sempat bergambar dengan atlik sukan negara yang turut datang ke situ. Shaila terserempak dengan diorang semasa di bahagian permainan wahaha lagi. Shaila bawa baby, jadi tidak sesuai main permainan ini, jadi terpaksa duduk tepi kebetulan mereka juga di situ, dapat main ombak sikit pun jadilahkan, yang penting dapat duduk bermain disebelah atlit sukan negara...kahkahkah...Okay sampai sini sahaja entry shaila kali ini.

Semua ini, cuma serendah RM35 bagi setiap orang. untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-2781888 atau 06-5520888 ataupun layari www.afamosa.com dan www.facebook.com/afamosa.my

Sekian Terima Kasih

7 comments:

  1. dapat main air mmg syok,
    tambah best dapat hangout ramai-ramai.
    rasa sekejap je masa berlalu.

    ReplyDelete
  2. memang best kat sini.....byk benda yg boleh main....

    ReplyDelete
  3. Salam Shazillah,

    Lain kali kalau bercuti nak bawa mak bapak, adik beradik atau family mertua cuba villa di A Famosa, sangat private dan tenang untuk berisirehat.
    Villa villa tu sekarang dah banyak buat renovation, cantik2.
    Sesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 21007380 atau layar FB dan IG, NIRZAB2001.

    ReplyDelete
  4. Salam Shazillah,

    Lain kali kalau bercuti nak bawa mak bapak, adik beradik atau family mertua cuba villa di A Famosa, sangat private dan tenang untuk berisirehat.
    Villa villa tu sekarang dah banyak buat renovation, cantik2.
    Sesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 21007380 atau layar FB dan IG, NIRZAB2001.

    ReplyDelete