Showing posts with label Kids Zone. Show all posts
Showing posts with label Kids Zone. Show all posts

October 23, 2020

Power Mata Areez Berkurang

Assallammualaikum


06/10/2020, genap sebulan Areez menggunakan cermin mata. Hari itu juga merupakan hari dia periksa untuk di Hospital Pakar Kanak-kanak KL.

Alhamdulillah, hasil pemeriksaan yang yang dilakukan power mata operation Areez berkurang dari 300 lebih ke 200 ratus lebih. Minta selepas ini power mata dia akan semakin berkurangan. 

Pemeriksaan yang lalu mendapati ada garis halus seperti benang pada kanta baru itu. Jika garis itu masih ada, Areez kena buat lasee untuk buang garis halus itu. Pada pemeriksaan kali ini mendapati garis itu yelah tiada. Jadi Areez tidak perlu lagi menjalani laser. 

Sekarang apa yang perlu Areez buat adalah melatih mata operation itu agar dia seimbang dengan mata normal. Apa yang Areez perlu buat adalah menutup mata normal dan menggunakan mata operation dengan jangka masa sekurang kurangnya 2 jam sehari agar mata operation itu tidak menjadi malas. 


Areez ada cerita yang doktor memuji cermin mata dia cantik.. Hihihi. Haaa kalau nak tahu, cermin mata itu Shailla beli Kedai cermin mata menjadi pilihan Shailla semestinya Kedai Cermin Mata Eye Pro Vision. Kedai CERMIN MATA MURAH DENGAN LENS ALPHA BLUE 420. Lokasi kedai cermin mata Eye Pro Vision Sungai ini terletak di Sungei Wang Plaza. 

Alhamdulillah, sedikit sebanyak cermin mata ini telah membantu mengurangkan power mata Areez. Sebenarnya bukan hanya doktor sahaja memuji cermin mata Areez cantik, malah ramai juga yang berkenan dengan rekaan cermin mata yang di pilih oleh Areez sendiri. 

Kalau korang hendak lihat lebih banyak lain rekaan cermin mata yang cantik-cantik, boleh lihat maklumat dibawah ini:




Contact:
William - 016 3771304

Alamat: 

Lot G1111,
Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Terima Kasih

September 07, 2020

CARA UNTUK TAMBAHKAN SUSU BADAN BAGI IBU MENYUSU

Assallammualaikum


Hampir semua ibu di dunia ini pasti impikan untuk menyusu anak masing-masingkan. Untuk ibu yang menghadapi masalah susu merudum dan bengkak susu, korang tidak perlu runsing lagi kerana sekarang di pasaran terutamanya  di pasaran online, terdapat pelbgai jenis produk milkbooster.

Salah satu produk untuk ibu-ibu yang nursing bayi tanpa perlu makan atau minum adalah produk dari Pump It Melkful Breast Oil.


Pump It Melkful Breast Oil ini dirumuskan oleh Certified Lactation Kaunselor yang juga membantu ibu-ibu untuk melancarkan proses menyusu bayi bagi memastikan ibu dapat memberikan nutrisi terbaik untuk bayi mereka. Melkful Breast Oil ini 100% minyak berasakan tumbuhan semulajadi, herba dan bunga yang digunakan secara tradisional. Dengan gabungan sumber semulajadi ini dapat menyokong hormon bagi meningkatkan pengeluran susu menjadi lebih lancar.


Sesetengah ibu yang breastfeeding bayi, mereka bimbang jika makan produk milkbooster ini, bahan-bahan terkandung dalam makanan atau minuman akan memberi kesan kepada bayi mereka. Contoh bayi akan kembung perut dan sebagainya. Jadi, apa yang menarik tentang Pump It Melkful Breast Oil ini adalah digunakan secara luaran.

Bahan-bahan yang terdapat di dalam minyak ini akan bertindak balas selepas sapuan dengan meresap ke dalam aliran darah untuk merangsang hormon pengeluran susu bagi membolehkan penyerapan berlaku dengan lebih cepat.Caranya korang hanya perlu sapukan pada bahagian atas payudara 2 kali sehari selepas nursing atau pam susu.

Pump It Melkful Breast Oil tidak perlu dipakai secara berterusan. Korang hanya pakai bila perlu sahaja. Selain itu minyak ini selamat digunakan oleh ibu dan bayi memandangkan bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini adalah dari tumbuhan semulajadi. Paling penting minyak ini tanpa synthetic, paraben, sulfates & artificial fragrance.


Apa yang Shailla suka tentang produk Pump It Melkful Breast Oil ini selain tambah susu adalah botolnya yang comel serta mudah untuk di bawa ke mana-mana. Memandangkan botol yang kecil dan minyak tidak mudah tumpah, jadi senang untuk korang selit di dalam beg.

Memandangkan bahan utamanya adalah dari tumbuhan semulajadi, herba dan bunga, jadi tidak dinafikan bau dia ada sedikit bau tumbuh-tumbahan serta bunga yang menyenangkan dan tidak kuat.

Nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke Website : www.pumpit.com.my

Sekian Terima Kasih

August 10, 2020

CERMIN MATA KANAK-KANAK ALPHA BLUE 420 DI EYE PRO VISION

Assallammualaikum


Kalau korang mengikuti Blog dan Instagram Sha mesti korang tahu yang anak Sha nombor satu iaitu Areez mengidap katarak mata belah mata kanannya. Alhamdulillah awal bulan 7 yang lalu, Areez selamat menjalani pembedahan mata. Kanta mata kanan Areez ditukar dengan kanta yang baru.

Pada awalnya Sha sangka Areez tidak perlu lagi menggunakan cermin mata selepas pembedahan memandangkan telah menggunakan kanta mata yang baru. Tetapi rupanya sangkaan itu meleset sama sekali. Setelah genap sebulan Areez kembali ke Hospital untuk membuat pemeriksaan mata. Hasil dari pemeriksaan mendapati power mata pembedahan itu naik sehingga 300. Jadi doktor sarankan agar membuat cermin mata dengan kadar segera. Dari situ bermula episod mencari cermin mata untuk Areez. Selain itu juga ada gel berbentuk benang halus di mata Areez. Kemungkinan nanti Areez akan menjalani rawatan laser untuk buang gel itu.


Kedai cermin mata menjadi pilihan Shailla semestinya Kedai Cermin Mata Eye Pro Vision. Kedai CERMIN MATA MURAH DENGAN LENS ALPHA BLUE 420. Lokasi kedai cermin mata Eye Pro Vision Sungai ininterletak di Sungei Wang Plaza. 
Datang sini senang jer. Kalau korang naik MRT turun Bukit Bintang, jalan sikit, sudah sampai Sungei Wang Plaza.

Tips Pemilihan Cermin Mata Untuk Kanak-Kanak 


Pemilihan Bingkai Yang Sesuai

Kalau kita lihat di kedai cermin mata kebayakan jenis metal dan juga plastik pelbagai bentuk dan rekaan ada. Sha memilih bingkai jenis plastik kerana ia  lebih fleksibel, ringan dan mempunyai pelbagai warna. Areez awal-awal masuk kedai cermin mata Eye Pro Vision ini, sudah berkenan dengan bingkai biru itu. Tunjuk yang lain pun dia tak nak.Nampak tak? Warna juga memainkan peranan. Selain itu pemilihan jenis bingkai juga penting bagi memastikan keselesaan dan ketahanan pada cermin mata. Pastikan bingkai yang korang pilih terletak kemas pada batang hidung supaya anak korang tidak akan berasa rimas semasa memakai cermin mata. 

Shailla membiarkan Areez memilih bingkai yang digemari kerana bagi Sha, Areez yang akan memakai kaca mata tersebut. Namun begitu, Sha juga memberikan cadangan dan pendapat jika mendapati kaca mata yang dipilih tidak bersesuaian.

Pemilihan Kanta Mata Tahan Lasak

Selain bingkai, pemilihan kanta juga perlu dibuat dengan betul. Melalui laporan keputusan mata yang Doktor berikan, William pemilik kedai cermin mata Eye Pro Vision ini mencadangkan agar Areez membuat cermin mata menggunakan kanta Aplha Blue 420.

Kebaikan Lens Alpha Blue 420 :

*100% menghalang sinar UV samada dari skrin komputer, telefon ataupun TV.
*100% menghalang ultra unggu (UV420).
*Kalis air.
*Tahan lasak ( Tak mudah calar )
*Senang dicuci.

Beli Dengan Jaminan

Menjadi tabiat kanak-kanak bersifat lasak dan lincah. Jadi, Sha akan pastikan kanta dan bingkai mempunyai jaminan semasa membeli cermin mata. Di Kedai Cermin Mata Eye Pro Vision ini, Cermin Alpha Blue 420 ini mempunyai jaminan 1 tahun untuk lapisan cermin.

Aksesori Untuk Bingkai Cermin Mata


Pada mulanya Areez tidak selesa memakai cermin mata ini kerana asyik terlucut dan hampir terjatuh. Jadi untuk mengelakkan cermin mata daripada terjatuh dan hilang, Shailla telah menambah aksesori "stopper" di bingkai cermin mata Areez. 

Alang-alang membuat cermin mata, sudah tentu Sha inginkan buat yang terbaik untuk Areez . Tambah cermin mata ini akan digunakan untuk jangka masa panjang.

Pada yang ingin buat cermin mata untuk diri sendiri dan juga keluarga, boleh datang ke Kedai Cermin Mata Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza. 

Info lanjut, korang lihat maklumat dibawah ini:



Contact:
William - 016 3771304

Alamat: 

Lot G1111,
Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Terima Kasih

April 09, 2020

SAMBUT HARI LAHIR AREEZ SYAHMI KE 5 TAHUN

Assallammualaikum ❤️


Alhamdulillah, pada 06 April 2020 Areez Syahmi telah mencecah umur 5 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Sambutan tahun ini serba sederhana dan ringkas memandangkan PKP.

March 09, 2020

MATA KANAN AREEZ ADA KATARAK

Assallammualaikum ❤️


Hai... Macam dah lama tidak menulis blog. Hari ini saja nak kongsi dengan korang berita yang menyedihkan buat Shailla sekeluarga dimana anak sulung Shailla mengidap Katarak pada mata belah kanan.

December 15, 2019

Aqeef Muntah dan Cirit Birit

Assallammualaikum ❤️


Hai semua, hurmmm.. Hari ini Aqeef tiba-tiba muntah dan cirit birit. Risau betul rasa hati tengok dia muntah banyak tadi. 

January 26, 2019

Susu Kambing Lazz Edisi Omar dan Hana

Assallammualaikum

Susu apa yer paling berkhasiat untuk anak-anak?

Hurmm bukan mudah untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak terutama dalam aspek permakanan. Sebelum membeli sesuatu untuk anak-anak pasti Shailla ada membaca review dan juga mencari maklumat terperinci tentang kebaikkan sesuatu produk itu. Bukan main hentam sahaja beli untuk anak-anak.

Dari hasil pencarian Shailla, maka Shailla bertemu dengan susu yang sesuai untuk anak Shailla iaitu Susu Kambing Lazz


Keistimewaan Lazz Susu Kambing
  1. Lazz merupakan perintis susu kambing kurma organik Malaysia. 
  2. Kombinadi susu dan kurma orgamilk menyediakan khadiat nutrisi semulajadi. 
  3. Di Import 100% dari Holland
  4. Susu kambing organik,halal,berkhasiat
    dan sedap tanpa sebarang bahan kimia yang diragui sesuai untuk seisi keluarga
  5. Lazz Susu Kambing mempunyai Rasa yang enak dan tidak mempunyai Bau Hamis Kambing. 
  6. Merupakan Produk terbaru Keluaran Muslim dan Mendapat PengiktiranMESTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. 
  7. Lazz Susu Kambing juga terjamin Selamat, Bersih, dan Sihat.
  8. Bersifat Alkali ringan.


Mengapa memilih Susu Kambing Lazz? 

Kalau korang nak tahu, semasa anak kita bermain, saat itulah mereka akan belajar sesuatu yang baru. Bila anak kita semakin aktif, semakin banyak nutrisi yang anak kita perlukan. 

Dengan susu kambing lazz dapat membentuk proses tumbesaran anak-anak kita kerana ia mengandungi vitamin semulajadi untuk perkembangan minda, mata, tulang dan gigi. 

Susu Kambing Lazz ini juga rendah laktosa dan gula. Jadi susu ini tidak terlalu manis. Permakanan manis sangat pun tidak elok untuk anak-anak. Bukan sahaja boleh merosakkan gigi malah membuat anak-anak menjadi hyper active. 

Susu Kambing Lazz ini juga bukan sahaja sangat mudah dihadam malah meningkatkan imunisasi anak-anak. Kandungan kalsiumnya yang mudah diserap sangat sesuai untuk anak-anak ekzema. 


Ibu-ibu pasti tahu cerita Omar dan Hana kan? Tipulah kalau cakap tidak tahu. Menariknya kali ini adalah susu kambing lazz kolaborasi bersama Omar dan Hana. Korang boleh lihat pada bungkusan kotak susu kambing lazz tertera gambar omar dan hana.

Shailla berharap sangat Areez dan Aqeef boleh mencontohi teladan-teladan baik yang terdapat di dalam cerita Omar dan Hana. Seperti susu kambing lazz Omar Hana, bukan sahaja memberi anak-anak minum malah perlu menerapkan kepada anak-anak nilai-nilai murni seperti yang terdapat di dalam cerita Omar dan Hana


Jadi ibu-ibu bolehlah mencuba susu kambing lazz versi Omar dan Hana ini kerana keluarga adalah segalanya buat kita. Sebab itu Shailla hanya akan pilih yang terbaik buat mereka. Bukan sahaja untuk anak-anak malah ibu dan ayah juga boleh tumpang sekali minum susu kambing lazz ini.

MAKLUMAT LANJUT :

WEBSITE : www.lazzsusukambing.com
FACEBOOK :- LAZZ Susu Kambing
INSTAGRAM :- @lazzsusukambinghq
TELEFON :- 013 - 3083354

Terima Kasih

September 20, 2018

Aktiviti Menarik Di Farm In The city, Seri Kembangan


Assallammualaikum

Rakan-rakan #Kbba9 yang turut serta menjelajah Farm In The City
Kumpulan A

Sempena cuti Hari Malaysia yang lalu, Sha sempat pergi Farm In the City bersama keluarga dan rakan-rakan untuk merasai pengalaman berada di Petting Zoo.


Farm In The City 

Lokasi Farm In The City

Farm In The City ini terletak di Seri Kembangan Selangor. Kalau korang tidak tahu lokasi, boleh guna Maps atau Waze dengan hanya menaip “Farm In The City”. Pasti ramai tertanya-tanya apa yang membezakan Farm In The City dengan Zoo yang lain kan? Haaa…jawapannya adalah korang boleh mendekati serta memberi makanan pada haiwan-haiwan yang terdapat di situ secara dekat.

Bagaimana pula dengan harganya?

Untuk harga pula terbahagi kepada dua kategori :
  1. Normal Price Rate (Pelancong Asing) : Adult = RM55
  2. Mykad Price Rate : Adult = RM37 / Senior Citizen / Children = RM30. Free admission for children height below 90cm
Selamat Datang Ke Farm In The city


Untuk ibu bapa yang membawa anak-anak, di sini Sha ingin memberi amaran keras buat korang!cewahhh…hahaha takdelah keras mana pun, Cuma ketika masuk ke Farm In The City, korang harus melalui kedai cenderamata yang menjual pelbagai jenis barang dan juga permainan. Lihat gambar belah kanan itu, nampakkan Si Areez tengah pilih barang permainan, jenuh juga lar pujuk dia untuk tidak beli..hahaha.

Peta Pandu Arah Farm In The City


Kalau korang hendak tahu, di Farm In The City ini, telah menggabungkan tiga elemen iaitu Haiwan, Tumbuh-tumbahan dan alam semulajadi bagi menarik minat para pelancong untuk datang ke sini. Bagi keluarga yang mempunyai anak, sangat sesuai untuk membawa mereka ke sini bagi mempelajari pelbagai jenis haiwan dan memberi haiwan-haiwan itu makan.

Selain itu juga, terdapat Tour Guide yang mengiring Sha dan rakan yang ketika berada di situ. Pelbagai penenrangan juga maklumat yang beliau sampaikan sepanjang berada di sana, memang sangat membantu.


Apa Yang Boleh Korang Buat Ketika Berada Di sini?

Menunggang Kuda Padi


Anak-anak korang juga boleh merasai pengalaman menaiki kuda padi. Sebenarnya Sha agak terkejut juga yang Si Areez boleh naik kuda padi sorang-sorang kerana sebelum ini dia sangat takut naik kuda jika tiada sesiapa menemani dia. Tapi untuk kali ini dia berjaya naik kuda padi ini secara sorang-sorang. Perasaan Sha ketika itu sangat teruja dan gembira melihat perubahan padanya.

Kuda padi minta cium ke mintak makan ni? Hahaha..Kelakar saja tengok gelagat kuda padi ini. Nampak comel sahaja.

Beramah Mesra Bersama Raccoon


Memang seronok ketika dapat menberi raccoon comel ini makan. Pada awalnya raccoon ini duduk di dalam sangkar. Kemudian mereka keluar berehat di batang pokok menanti pelancong memberikan makanan.


Ini antara haiwan yang dibenarkan untuk korang pegang ketika berada di sana. Pada mulanya rasa cuak juga, tambah tengok bdan dia yang berkilat dan berkerutu itu. Tetapi lama-lama,bila dah pegang terus hilang rasa cuak. Ular sawa pun ada tau untuk korang sentuh.

Bagi Makan Kura-Kura



Ketika berada disini, korang boleh lihat dan pegang kura-kura. Selain itu sayur juga diberikan untuk korang memberi makan pada kura-kura ini. Kura-kura ini akan berjalan perlahan-lahan ke arah korang untuk makan. Comel sahaja kura-kura ini, rasa nak peluk pun ada..hahaha

Radiated Tortoise
Ular Dan Phyton



Di sini, korang berjalan melalui kawasan berkaca yang mengandungi ular dan python di dalamnya. Si Areez paling suka tengok ular warna kuning ini, sampai suruh patah balik untuk tengok lagi.



Areez adalah orang paling teruja ketika masuk ke sini. Kalau korang hendak tahu, Areez tiga kali minta pada penjaga di situ untuk memberi makanan pada burung dan itik yang terdapat di situ.

Parrot
Merpati
Bagi Makan Rusa Dan Kambing


Selain itu, korang juga boleh memberi makan pada rusa. Areez sangat takut ketika berada di sini kerana Rusa itu suka sondol-sondol dia untuk mendapat makanan. Kalau korang hendak tahu, di sini juga terdapat kanggaro kecil bernama “Wallaby”.

Arnab Dan Hamster



Sekali lagi, korang dapat memberi makan pada arnab dan juga tikus di tempat ini. Bagi kanak-kanak, Sha rasa memang diorang suka dapat pegang , memberi makan serta bermain bersama arnab dan tikus ketika berada di sini.

Longkang Fishing



Antara aktiviti yang boleh korang lalukan bersama anak-anak adalah aktiviti menangkap ikan. Di dalan longkang fishing ini terdapat ikan-ikan kecil yang boleh korang tangkap. Ikan-ikan kecil ini di beri nama “guppy”. Pada hari itu, nasib Areez tidak baik kerana dia langsung tidak dapat tangkap seekor pun ikan. Kalau tidak boleh buat ikan panggang untuk makan tenghari..hahaha

Moon’s Lake



Rasa tenang sahaja tengok beribu-ribu ikan koi dan juga swan makan. Korang akan diberikan semangkung makanan ikan untuk korang bagi makan pada ikan dan juga itik itu.

Jungle Walk


Burung Hantu
Fennec Fox 
Parrot Show


Parrot Show ini dilakukan sebanyak 2 sesi, jadi korang kenalah peka masa untuk lihat Parrot Show ini agar tidak terlepas. Sesi pertama pada pukul 11.30am manakala untuk sesi kedua pula adalah pada pukul 3.30PM


Teruja Sha lihat kebijaksanaan burung -burung ini mendengar arahan daripada tuannya. Burung-burung bukan sahaja bijak mendengar arahan, malah boleh menari dan berkata-kata.


Selain itu, ada satu lagi benda yang menarik terdapat di sini selain haiwan adalah iaitu dua biji kereta yang comel ini. Sha bab benda-benda yang nampak comel ini, memang pantang nampak! laju saje suruh suami ambilkan gambar. Terutama kereta yang warna merah jambu itu.

Waktu Operasi Farm In The City

10 am-6pm (Isnin-Jumaat, ditutup pada hari Selasa), Sat, Sun dan Cuti Umum adalah dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang.

Itu sahaja cerita Sha tentang Farm In The City. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh lawati

FaceBook 

InstaGram

Address: 
Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...