August 10, 2020

CERMIN MATA KANAK-KANAK ALPHA BLUE 420 DI EYE PRO VISION

Assallammualaikum


Kalau korang mengikuti Blog dan Instagram Sha mesti korang tahu yang anak Sha nombor satu iaitu Areez mengidap katarak mata belah mata kanannya. Alhamdulillah awal bulan 7 yang lalu, Areez selamat menjalani pembedahan mata. Kanta mata kanan Areez ditukar dengan kanta yang baru.

Pada awalnya Sha sangka Areez tidak perlu lagi menggunakan cermin mata selepas pembedahan memandangkan telah menggunakan kanta mata yang baru. Tetapi rupanya sangkaan itu meleset sama sekali. Setelah genap sebulan Areez kembali ke Hospital untuk membuat pemeriksaan mata. Hasil dari pemeriksaan mendapati power mata pembedahan itu naik sehingga 300. Jadi doktor sarankan agar membuat cermin mata dengan kadar segera. Dari situ bermula episod mencari cermin mata untuk Areez. Selain itu juga ada gel berbentuk benang halus di mata Areez. Kemungkinan nanti Areez akan menjalani rawatan laser untuk buang gel itu.


Kedai cermin mata menjadi pilihan Shailla semestinya Kedai Cermin Mata Eye Pro Vision. Kedai CERMIN MATA MURAH DENGAN LENS ALPHA BLUE 420. Lokasi kedai cermin mata Eye Pro Vision Sungai ininterletak di Sungei Wang Plaza. 
Datang sini senang jer. Kalau korang naik MRT turun Bukit Bintang, jalan sikit, sudah sampai Sungei Wang Plaza.

Tips Pemilihan Cermin Mata Untuk Kanak-Kanak 


Pemilihan Bingkai Yang Sesuai

Kalau kita lihat di kedai cermin mata kebayakan jenis metal dan juga plastik pelbagai bentuk dan rekaan ada. Sha memilih bingkai jenis plastik kerana ia  lebih fleksibel, ringan dan mempunyai pelbagai warna. Areez awal-awal masuk kedai cermin mata Eye Pro Vision ini, sudah berkenan dengan bingkai biru itu. Tunjuk yang lain pun dia tak nak.Nampak tak? Warna juga memainkan peranan. Selain itu pemilihan jenis bingkai juga penting bagi memastikan keselesaan dan ketahanan pada cermin mata. Pastikan bingkai yang korang pilih terletak kemas pada batang hidung supaya anak korang tidak akan berasa rimas semasa memakai cermin mata. 

Shailla membiarkan Areez memilih bingkai yang digemari kerana bagi Sha, Areez yang akan memakai kaca mata tersebut. Namun begitu, Sha juga memberikan cadangan dan pendapat jika mendapati kaca mata yang dipilih tidak bersesuaian.

Pemilihan Kanta Mata Tahan Lasak

Selain bingkai, pemilihan kanta juga perlu dibuat dengan betul. Melalui laporan keputusan mata yang Doktor berikan, William pemilik kedai cermin mata Eye Pro Vision ini mencadangkan agar Areez membuat cermin mata menggunakan kanta Aplha Blue 420.

Kebaikan Lens Alpha Blue 420 :

*100% menghalang sinar UV samada dari skrin komputer, telefon ataupun TV.
*100% menghalang ultra unggu (UV420).
*Kalis air.
*Tahan lasak ( Tak mudah calar )
*Senang dicuci.

Beli Dengan Jaminan

Menjadi tabiat kanak-kanak bersifat lasak dan lincah. Jadi, Sha akan pastikan kanta dan bingkai mempunyai jaminan semasa membeli cermin mata. Di Kedai Cermin Mata Eye Pro Vision ini, Cermin Alpha Blue 420 ini mempunyai jaminan 1 tahun untuk lapisan cermin.

Aksesori Untuk Bingkai Cermin Mata


Pada mulanya Areez tidak selesa memakai cermin mata ini kerana asyik terlucut dan hampir terjatuh. Jadi untuk mengelakkan cermin mata daripada terjatuh dan hilang, Shailla telah menambah aksesori "stopper" di bingkai cermin mata Areez. 

Alang-alang membuat cermin mata, sudah tentu Sha inginkan buat yang terbaik untuk Areez . Tambah cermin mata ini akan digunakan untuk jangka masa panjang.

Pada yang ingin buat cermin mata untuk diri sendiri dan juga keluarga, boleh datang ke Kedai Cermin Mata Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza. 

Info lanjut, korang lihat maklumat dibawah ini:



Contact:
William - 016 3771304

Alamat: 

Lot G1111,
Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...