SEARCH ABOUT ANY TOPIC HERE

Aqeef Muntah dan Cirit Birit

Assallammualaikum ❤️


Hai semua, hurmmm.. Hari ini Aqeef tiba-tiba muntah dan cirit birit. Risau betul rasa hati tengok dia muntah banyak tadi. 


Dia mula muntah lepas maghrib. Banyak juga muntahnya diiringi dengan cirit birit. Waktu itu memang lembik badan Aqeef dibuatnya. Mungkin disebabkan terlampau banyak di keluarkan dari badan. 

Terus Sha google punca Aqeef jadi macam itu. Salah satu faktornya disebabkan oleh pengambilan air atau makanan yang dicemari bakteria seperti Campylobacter, Salmonella, dan Escherichia coli.

Apa Perlu dilakukan?

Minum banyak airbagi menghidrasi semula badan selepas kehilangan air akibat cirit-birit. Elakkan minuman bergas, kafein dan alkohol kerana cirit-birit boleh jadi semakin teruk.

Elakkan makanan produk tenusu, makanan berlemak, makanan serat tinggi, atau makanan yang berperisa boleh menyebabkan keadaan semakin teruk.

Ambil probiotik. Probiotik boleh memulihkan keseimbangan mikrobiota usus dengan meningkatkan bakteria baik dalam usus. Probiotik boleh diambil dalam bentuk kapsul atau cecair dan dalam makanan tertentu seperti yogurt dan kimchi.

Alhamdulillah, setelah mengikuti langkah-langkah di atas, Aqeef sudah semakin pulih. Hari ini pun dia nampak aktif walaupun masih muntah dan cirit-birit. Malam tadi Aqeef tidak lalu makan. Siang ini walaupun sikit, Aqeef masih juga makan. Sha bagi dia makan sup. Walaupun dia makan kuantiti yang sikit, tapi dia kerap berulang.

Okay sampai disini sahaja coretan dari Shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Komen

RELATED POST