December 06, 2018

Agrofarmstay @Skill-Tech

Assalamualaikum 💕


Pada sabtu yang lalu, Shailla sempat pergi bercuti bersama keluarga ke Melaka. Shailla pergi bersama keluarga mertua cuma Shailla menginap di penginapan yang berbeza. Shailla menginap di Agrofarmstay Durian Tunggal Melaka. Shailla sampai awal juga ketika itu dalam pukul 11.45 pagi. Jadi sementara tunggu keluarga mertua sampai, Shailla mencuba nasib untuk check in awal. Alhamdulillah Shailla dapat check in awal. Staff di bahagian receptionist ketika itu sangat mesra pelanggan. Senang berurusan dengan beliau.



Shailla duduk sini satu malam sahaja. Suasana di sini sangat tenang. Rasa damai sahaja hati ketika sampai berada di sini.  Shailla duduk chalet nombor satu betul-betul tepi receptionist. Shailla berkenan betul dengan lampu tidur rotan serta gambar itu, nampak unik dan klasik.Hihihi..


Di sini juga disediakan kolam renang. Bahagian kiri dan kanan kolam untuk kanak-kanak. Bagi Shailla kolam itu agak dalam juga macam anak Shailla paras leher jadi agak bahaya jika tidak guna pelampung. Sewaktu check in memang staff di situ pesan agar awasi anak-anak kerana di situ tiada life guards.

Antara aktiviti menarik yang boleh di lakukan di situ seperti :

Bilik Karaoke

Berkayak

Pondok Ternakan

Dewan Palma

Kolam Memancing

Pondok Nipah

Taman Herba

Surau Teratai

Tidak rugi rasanya korang bawak anak-anak bercuti ke sini sempena cuti sekolah ini. Kalau mana yang hendak lari seketika dari tekanan kerja boleh datang ke sini kerana korang akan mendapat ketenangan dan kedamaian ketika berada di sini. Untuk pengguna line unfi, di sini memang tiada line. Macam Shailla duduk di sini memang tidak dapat online. Bila masuk bandar baru dapat update Instagram dan juga facebook. Okay sampai di sini sahaja, jika berminat untuk menginap di sini, korang boleh lihat dan hubungi seperti yang tertera di bawah ini. Jumpa lagi di entry akan datang.

Encik Bari – 012-211 8246
Encik Mat – 016-209 8623

Alamat:
Lot 453,
Batu 13, Jalan Tebong/ Machap,
76100, Durian Tunggal,
Melaka

Website : http://agrofarmstay.my/
Facebook: https://www.facebook.com/agrofarmstay/
Instagram: https://instagram.com/agrofarmstay

Terima Kasih

1 comment:

  1. Nampak menarik..boleh masukkan dalam wishlist ni...mana tau kalau tersesat lagi ke melaka

    ReplyDelete

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...