December 18, 2018

Body Sparkling Mist dan Pore Purifying Serum Cleanser dari Althea Korea

Assallammualaikum

Hari ini Sha ingin berkongsi tentang produk wangian dan juga pencuci muka dari Althea Korea. Siapa yang tidak suka dengan wangian bukan? Bukan sahaja wanita malah lelaki pun suka pada wangian.


Stay Fresh Body Sparkling Mist


Stay Fresh Body Sparkling Mist dari Althea Korea ini merupakan kerjasama antara pelakon dan penyanyi Indonesia iaitu Titi Kamal. Titi Kamal juga di kenali kerana mempunyai rambut hitam yang panjang serta cantik.

Stay Fresh Body Sparkling Mist ini campuran buah-buahan dan juga bunga. Di mana ramuan yang digunakan adalah seperti limau, peach, rose, dan beberapa bahan lain.


Ketika dapat sahaja Stay Fresh Body Sparkling Mist ini Shailla terus memakainya. Bau dia sangat lembut dan menyegarkan. Rasa tenang sahaja ketika Shailla menghidu haruman stay fresh body sparkling mist ini.

Shailla memakainya ketika sampai di office. Ketika balik baunya masih lagi ada. Bungkusan dia pun ringan dan mudah di simpan di dalam beg tangan. Shailla suka dengan botolnya berwarna merah jambu, terlihat romantik dengan corak bunga ros gitu.

GRAND LAUNCHING PROMO - Buy 1 + Get 1 Free! Add at least two items to bag to apply discount automatically at checkout.

Always wanted to try but never got to buy? For a limited time get
FREE SHIPPING on all ALTHEA Exclusives with CODE: PBSHIP
Pore Purifying Serum Cleanser


Pencuci muka ini bukan sebarang pencuci yer. Ia juga mengandungi serum. Pencuci ini dapat menanggalkan segala jenis kotoran serta mampu menanggalkan make up tanpa membuat kulit korang menjadi kering. Pencuci ini juga mampu mengimbangi kadar pH agar kulit kekal sihat.


Shailla menggunakan pencuci muka ini ketika Shailla mengenakan make up. Memang berkesan menanggalkan kotoran make up. Tambah kalau kita hendak solat, memang sesuai cuci dengan Pore Purifying Serum Cleanser ini. Kulit kita pun kekal sihat dan tidak kering.

Always wanted to try but never got to buy? For a limited time get FREE SHIPPING on all ALTHEA Exclusives with CODE: PBSHIP
Untuk Info Lanjut :




Terima Kasih

1 comment:

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...