Cameron Highland - Hari Pertama

January 04, 2018

Assalamualaikum 💕


Sha bertolak dari rumah awal. Tetapi sebab menunggu kawan suami datang, perjalanan menjadi lewat. Pukul 12 am,sha baru naik cameron memang agak mencabar. Dengan hujan renyai dan kabus yang tebal, memang menyukarkan perjalanan kami.

Sha pergi semua 4 biji kereta tetapi 3 lagi dah tercicir dibawah. Tinggal sha satu kereta. Pandang belakang memang gelap dengan kereta di selebungi kabus tebal memang cermin tingkap kena sentiasa lap kerana tidak nampak jalan. Agak cuak juga perasaan ketika itu. Dalam hati asyik berdoa cepatlah sampai.

Walaupun telah melalui kawasan perumah tetapi tetap gelap tidak berlampu. Terdetik dalam hati mungkin tiada api kot.. Hihihi. Sudah hampir ke Brincang barulah terang dengan lampu dan banyak kereta.

Akhirnya sha berjaya sampai dan berkumpul dengan kawan lain di Petronas Brincang untuk ke Homestay.

Okay sampai disini sahaja entry sha kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang.

Terima Kasih

You Might Also Like

3 komentar

  1. Naik Cameron tengah malam memang mencabar dengan jalannya yang berbukit dan berliku-liku

    ReplyDelete
  2. Haha pendek naw baru nak amik feel :p windu cameron

    ReplyDelete
  3. teringat kenangan pergi dengan family ker cameron baru2 nie..kebetulan pergi time cuaca tgh sejuk

    https://bantalhotelcorner.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Geng Kbba9

#KelabBloggerBenAshaari

#KelabBloggerBenAshaari
Since 2009