October 19, 2015

Travel Review : Taman Lagenda, Pulau Langkawi

Assallammualaikum,


Hai semua, apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu. Entry shaila kali ini adalah berkenaan dengan percutian shaila ke Pulau Langkawi. Semasashaila bercuti ke Pulau Langkawi, shaila duduk di Rasa Senang Chalet, Langkawi. Chalet itu terletak di Pantai Cenang Langkawi. Shaila menginap disini selama 4 hari 3 malam. Apa yang shaila dapat komen tentang chalet ini adalah serderhana baik. Walaupun begitu, apa yang shaila suka duduk di chalet ini adalah pertama dekat dangn pantai dan kedua dekta dengan kedai makan dan juga membeli belah. Pada waktu malam, keadaan di deretan chalet ini amat meriah dengan gerai-gerai jualan yang di buka disitu. Selain itu juga untuk ke underwater world hanya berjalan kaki sahaja dari chalet shaila menginap. Haaa...shaila hendak cerita pengalaman shaila sebaik sahaja sampai di Pantai Cenang ini. Kalau korang hendak makan disini, shaila nasihatkan pandai-pandai pilih kedai makan kerana di situ ada beberapa kedai makan yang jual makanan dengan harga yang tidak masuk di akal. 

Lagenda Langkawi adalah tempat pertama yang shaila lawati ketika berada di sini. Lagenda Langkawi ini terletak berhampiran dengan pantai dan 400 ratus meter dari Peka Kuah. Taman Lagenda Langkawi ini di bina untuk menceritakan tentang sejarah Langkawi.


Apa yang menarik di Taman Lagenda ini adalah terdapat 17 monumen yang mempunyai cerita yang tersendiri. Memang luah kawasan Taman Lagenda ini. Penat juga berjalan sambil membaca 
monumen - monumen yang terdapat disini.


Selain terdapat 17 monumen, di sini juga terdapat 4 buah tasik buatan. Selain terdapat tasik buatan, di Taman Lagenda ini terdapat sculpture dan pemandangan landscape yang cantik. Pada penggemar photografi, shaila rasa ini tempat yang yang menarik untuk shoot kerana bukan sahaja pemandangan landscape yang cantik, malah tidak ramai pengunjung disini. 


Akhir sekali, jom selfie bersama famili..ehhh...ehhh..ehh..Perasan tidak burung helang di belakang itu? haaa..Taman Legenda ini bersebelahan dengan dataran helang. Kalau berjalan kaki dari Taman Legenda ke Dataran Helang ini adalah mengambil masa dalm 10 minit. Okay, sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang

Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...