October 13, 2015

Event Review : Hi-Tea Shrdc

Assallammualaikum,



Selamat tengahari semua, apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. Okay entry Shaila kali ini adalah berkenaan Hi-Tea event yang di anjurkan oleh syarikat tempat shaila berkerja. Tujuan event ini adalah meraikan cabaran 21 hari " Happy Hour ".



Dekat dinding kuning itu adalah shrdc gratitude wall. Tujuan gratitude wall itu adalah untuk mencatatkan 3 perkara iaitu pertama thanks to someone helping you, kedua pula adalah you greatful dan yang ketiga pula your successful story. Setiap pagi selama 21 hari, kami akan berkumpul dan berkongsi tentang 3 perkara itu.



Antara makanan yang staff shrdc bawa pada hari itu adalah lasagna. Makanan ini dibuat oleh salah
seorang shrdc iaitu shazana. Apa yang menarik tentang lasagna shazana ini adalah rasa dia amat yummy !! makanan sekali tambah lagi sekali dan shazan ini juga merupakan seorang healty blogger.





Cheese Cake ini pula di tempah khas oleh kak ana dari kak zura. Kak zura ini, memang terror buat kek!! hasil kek dia memang tidak pernah mengewakan super duper sedap, makin sampai menjilat kaki..ehhhh jarilah...hahahaah.



Kek ini pula adalah untuk meraikan staff shrdc yang hari lahirnya pada bulan september dan oktober..hurmmm untung sangat pada 3 orang staff yang lahir pada bulan september dan juga oktober dapat tiup lilin..huhuhu.


Wadey Ini pula dibawa oleh seorang staff india, nama dia nithi. Rasa masalodey ini sedap dan ranggup. Selain itu, rasanya juga tidak keras hingga boleh patah gigi...hahaha. okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan dtg.

Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...