September 20, 2018

Aktiviti Menarik Di Farm In The city, Seri Kembangan


Assallammualaikum

Rakan-rakan #Kbba9 yang turut serta menjelajah Farm In The City
Kumpulan A

Sempena cuti Hari Malaysia yang lalu, Sha sempat pergi Farm In the City bersama keluarga dan rakan-rakan untuk merasai pengalaman berada di Petting Zoo.


Farm In The City 

Lokasi Farm In The City

Farm In The City ini terletak di Seri Kembangan Selangor. Kalau korang tidak tahu lokasi, boleh guna Maps atau Waze dengan hanya menaip “Farm In The City”. Pasti ramai tertanya-tanya apa yang membezakan Farm In The City dengan Zoo yang lain kan? Haaa…jawapannya adalah korang boleh mendekati serta memberi makanan pada haiwan-haiwan yang terdapat di situ secara dekat.

Bagaimana pula dengan harganya?

Untuk harga pula terbahagi kepada dua kategori :
  1. Normal Price Rate (Pelancong Asing) : Adult = RM55
  2. Mykad Price Rate : Adult = RM37 / Senior Citizen / Children = RM30. Free admission for children height below 90cm
Selamat Datang Ke Farm In The city


Untuk ibu bapa yang membawa anak-anak, di sini Sha ingin memberi amaran keras buat korang!cewahhh…hahaha takdelah keras mana pun, Cuma ketika masuk ke Farm In The City, korang harus melalui kedai cenderamata yang menjual pelbagai jenis barang dan juga permainan. Lihat gambar belah kanan itu, nampakkan Si Areez tengah pilih barang permainan, jenuh juga lar pujuk dia untuk tidak beli..hahaha.

Peta Pandu Arah Farm In The City


Kalau korang hendak tahu, di Farm In The City ini, telah menggabungkan tiga elemen iaitu Haiwan, Tumbuh-tumbahan dan alam semulajadi bagi menarik minat para pelancong untuk datang ke sini. Bagi keluarga yang mempunyai anak, sangat sesuai untuk membawa mereka ke sini bagi mempelajari pelbagai jenis haiwan dan memberi haiwan-haiwan itu makan.

Selain itu juga, terdapat Tour Guide yang mengiring Sha dan rakan yang ketika berada di situ. Pelbagai penenrangan juga maklumat yang beliau sampaikan sepanjang berada di sana, memang sangat membantu.


Apa Yang Boleh Korang Buat Ketika Berada Di sini?

Menunggang Kuda Padi


Anak-anak korang juga boleh merasai pengalaman menaiki kuda padi. Sebenarnya Sha agak terkejut juga yang Si Areez boleh naik kuda padi sorang-sorang kerana sebelum ini dia sangat takut naik kuda jika tiada sesiapa menemani dia. Tapi untuk kali ini dia berjaya naik kuda padi ini secara sorang-sorang. Perasaan Sha ketika itu sangat teruja dan gembira melihat perubahan padanya.

Kuda padi minta cium ke mintak makan ni? Hahaha..Kelakar saja tengok gelagat kuda padi ini. Nampak comel sahaja.

Beramah Mesra Bersama Raccoon


Memang seronok ketika dapat menberi raccoon comel ini makan. Pada awalnya raccoon ini duduk di dalam sangkar. Kemudian mereka keluar berehat di batang pokok menanti pelancong memberikan makanan.


Ini antara haiwan yang dibenarkan untuk korang pegang ketika berada di sana. Pada mulanya rasa cuak juga, tambah tengok bdan dia yang berkilat dan berkerutu itu. Tetapi lama-lama,bila dah pegang terus hilang rasa cuak. Ular sawa pun ada tau untuk korang sentuh.

Bagi Makan Kura-Kura



Ketika berada disini, korang boleh lihat dan pegang kura-kura. Selain itu sayur juga diberikan untuk korang memberi makan pada kura-kura ini. Kura-kura ini akan berjalan perlahan-lahan ke arah korang untuk makan. Comel sahaja kura-kura ini, rasa nak peluk pun ada..hahaha

Radiated Tortoise
Ular Dan Phyton



Di sini, korang berjalan melalui kawasan berkaca yang mengandungi ular dan python di dalamnya. Si Areez paling suka tengok ular warna kuning ini, sampai suruh patah balik untuk tengok lagi.



Areez adalah orang paling teruja ketika masuk ke sini. Kalau korang hendak tahu, Areez tiga kali minta pada penjaga di situ untuk memberi makanan pada burung dan itik yang terdapat di situ.

Parrot
Merpati
Bagi Makan Rusa Dan Kambing


Selain itu, korang juga boleh memberi makan pada rusa. Areez sangat takut ketika berada di sini kerana Rusa itu suka sondol-sondol dia untuk mendapat makanan. Kalau korang hendak tahu, di sini juga terdapat kanggaro kecil bernama “Wallaby”.

Arnab Dan Hamster



Sekali lagi, korang dapat memberi makan pada arnab dan juga tikus di tempat ini. Bagi kanak-kanak, Sha rasa memang diorang suka dapat pegang , memberi makan serta bermain bersama arnab dan tikus ketika berada di sini.

Longkang Fishing



Antara aktiviti yang boleh korang lalukan bersama anak-anak adalah aktiviti menangkap ikan. Di dalan longkang fishing ini terdapat ikan-ikan kecil yang boleh korang tangkap. Ikan-ikan kecil ini di beri nama “guppy”. Pada hari itu, nasib Areez tidak baik kerana dia langsung tidak dapat tangkap seekor pun ikan. Kalau tidak boleh buat ikan panggang untuk makan tenghari..hahaha

Moon’s Lake



Rasa tenang sahaja tengok beribu-ribu ikan koi dan juga swan makan. Korang akan diberikan semangkung makanan ikan untuk korang bagi makan pada ikan dan juga itik itu.

Jungle Walk


Burung Hantu
Fennec Fox 
Parrot Show


Parrot Show ini dilakukan sebanyak 2 sesi, jadi korang kenalah peka masa untuk lihat Parrot Show ini agar tidak terlepas. Sesi pertama pada pukul 11.30am manakala untuk sesi kedua pula adalah pada pukul 3.30PM


Teruja Sha lihat kebijaksanaan burung -burung ini mendengar arahan daripada tuannya. Burung-burung bukan sahaja bijak mendengar arahan, malah boleh menari dan berkata-kata.


Selain itu, ada satu lagi benda yang menarik terdapat di sini selain haiwan adalah iaitu dua biji kereta yang comel ini. Sha bab benda-benda yang nampak comel ini, memang pantang nampak! laju saje suruh suami ambilkan gambar. Terutama kereta yang warna merah jambu itu.

Waktu Operasi Farm In The City

10 am-6pm (Isnin-Jumaat, ditutup pada hari Selasa), Sat, Sun dan Cuti Umum adalah dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang.

Itu sahaja cerita Sha tentang Farm In The City. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh lawati

FaceBook 

InstaGram

Address: 
Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Terima Kasih

13 comments:

  1. wahh best juga ni leh pergi zoo and bg makan sekali kat binatang dalamt u

    ReplyDelete
  2. anak seronok betul bercuti di Farm In The City ni.boleh repeat datang lagi

    ReplyDelete
  3. puashati betul datang kat sini.Betul betul macam masuk hutan,maksudnya ada tumbuhan menghijau.ada haiwan eksotik.. anak anak pun teruja bila masuk sini.

    ReplyDelete
  4. alahai best..klu dekat mmg dah join ni..:)

    ReplyDelete
  5. mmg best.. nak repeat lagi bila bukan musim hujan.

    ReplyDelete
  6. Bagus juga idea petting zoo cenggini.. lebih enjoy and fun experience especially utk anak2😊

    ReplyDelete
  7. wahh bestnya pergi zoo.boleh melihat pelbagai haiwan yang ada.

    ReplyDelete
  8. Memang puashati bawak anak² ke FITC ni, seronok depa dapat bermesra dengan haiwan.

    ReplyDelete
  9. Enjoy betul anak2 kat sini. Dah macam budak besar dah masing2 tak takut langsung dengan haiwan2 kat sini

    ReplyDelete
  10. Aku jadi pengen kesana juga, main lah kapan-kapan..

    ReplyDelete

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...