REVIEW : Homst Chinese Muslim Restaurant | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: REVIEW : Homst Chinese Muslim Restaurant

REVIEW : Homst Chinese Muslim Restaurant

Assallammualaiukum


Hai! semua apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. hurmmmm! tengahari ini hendak makan apa yer?? hahaha..mesti terfikir-fikir diruang minda korang juadah apa yang hendak dimakan. Shaila selalu makan dekat area office sahaja tetapi kalau tia-tiap hari makan tempat yang sama buntu juga hendak makan apa.Memandangkan rezeki kawan shaila murah, semalam mereka belanja kami makan di Homst Chinese Muslim Restaurant


Ini adalah air yang terkenal dan sangat sedap yang terdapat di Homst Chinese Muslim Restaurant. Mangga Sago - potong kiub mangga segar dihidangkan dengan krim dan kuah susu, sagu dan kiub ais. Lemak manis berkrim di sukai ramai...Yummy !!


Untuk sayur, kami memilih kailan ikan masin. Rasanya memang sedap dan cukup rasa! tidak sampai beberapa saat sudah selesai kami kerjakan..Hahaha!


Inilah makanan kegemaran shaila! udang butter prawn..yumyumyum! udang butter di Homst Chinese Muslim Restaurant memang terbaik dan sedap! di salut dengan butter yang banyak memang tidak rugi mencuba.


Sizzling tofu.Homst juga mempunyai pelbagai hidangan tauhu pada menu mereka, dengan pilihan vegetarian dan daging. Tofu shaila kurang sedikit, shaila hanya makan dia punya kuah sahaja. Rasanya kuah sizzling tofu...hurmmmm boleh than sedapnya juga.


Untuk ikan pula, kami memilih untuk order ikan kerapu Sweet and sour fish set sederhana. Rasanya memang terangkat ditambah dengan ikannya yang di goreng rangup jadi memang kenalah dengan selera kami.


Office mate shaila yang berbesar hati taja makanan tengahri kami semalam....alhamdulillah rezeki hujang-hujung bulan...hihihi 


Okay sampai disini sahaja entry berkenaan food review kali ini,terliur tak? kalau terliur,apa lagi, pecut kereta makan tengahari atau dinner disini. jumpa lagi di entry akan datang!

Sekian Terima Kasih

2 comments:

  1. Wah! Sagu mangga tu buat terlioq.. Tak pernah makan.. Tapi memang nampak sedap.. Kat mana ye lokasi restoran ni.. ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh...sudah terliur?? tp memang sedap pun...huhuhu

      lokasi:

      Shah Alam (South) 5&7, Jalan Boling Padang H 13/H, Seksyen 13 40100‎

      Delete

INFO TERKINI