January 08, 2013

Bintik minyak atau Oils Glands dibawah MATA

Assallamualaikum^^


HAi semua,kali ini ini saya nak cerita pasal bintik minyak atau oil glands yang selalu kelihatan dibawah mata.Apa yang saya alami adalah bintik minyak ini selalu terjadi apabila saya memakai  garnier light eye roll on pada bawah mata.Pada mulanya bintik minyak itu tidak kelihatan,tapi lama kelamaan makin kelihatan.So sy buat keputusan untuk stop memakai garnier light eye roll on.Alhamdulillah dalam masa seminggu bintik minyak itu semakin hilang...hilang dan hilang...^^ Selain itu juga,faktor lain yang menyebabkan terjadinya bintik minyak adalah kita mencuci make up dimata dan juga bawah mata dengan menggunakan baby oil, minyak zaitun atau apa-apa produk yang berminyak.Jika krim muka terlalu berminyak juga boleh menyebabkan pembentukan bintik bawah mata.Sekarang saya menggunakan krim kontur mata dari jenama safi balqis,buat masa ini tiada bintik minyak yang kelihatan.


fungsi krim ini adalah untuk mengurangkan lingkaran gelap dengan formula ringan dan cepat meresap tanpa menyebabkan pembentukan bintik minyak di bawah mata.

P/S:kawasan bawah mata adalah sangat sensitif dan nipis.

Petua Traditional untuk penjagaan mata^^
  • AIR BATU => tuam dekat mata selama mungkin.
  • TEH UNCANG => yang dah habis pakai punya yaaa..suam-suam letak pada mata sambil tido
  • TIMUN => hiris nipis letak pada mata sambil baring-baring
Sekian..Bubye^^

January 03, 2013

Kepentingan toner/penyegar muka

Assallamualaikum^^


Hai...semua...entry kali ini nak story sikit tentang kepentingan toner.Actually toner itu agak penting dalam penjagaan wajah..tapi toner itulah yang selalu kita malas pakai,termasuklah saya..hahaha...so kawan-kawan jom kite dalami kepentingan toner dalam penjagaan wajah..^^

Terdapat banyak salah fahaman tentang tugas atau peranan toner... Toner atau penyegar ni salah satu benda yang penting dalam proses pembersihan wajah. Kenanpa? Kerana ianya merupakan bahan untuk meninggalkan sisa-sisa yang tertinggal semasa membersihkan wajah tadi dan jugak menyediakan kulit muka kita untuk di letakkan pelembab.

Jika anda mempunyai kulit yang normal, kombinasi ataupun berminyak, anda boleh gunakan toner atau penyegar yang mempunyai kandungan alkohol yang rendah. Dan jika anda mempunyai kulit disekitar normal dan kering, maka selok-eloknya gunakan toner atau penyegar yang bebas alkohol.

Toner/penyegar merupakan bahan terpenting dalam satu 'skin regime'.Toner/penyegar berfungsi untuk menutup liang roma anda. Sebelum skrub muka, harus menutup liang roma dahulu, untuk mendapatkan pengelupasan sel kulit mati yang optima.

Sekian...Bubye
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...