Alhamdulillah tercapai juga hasrat sha untuk bawa anak-anak ke Bangi Wonderland Themepark ini. Memang sudah lama rancang untuk bawa anak ke sini, akhirnya sampai juga sha ke sini. Sebelum ini hanya mendengar cerita dan melihat gambar dari rakan serta keluarga. Kali sha sendiri dapat pergi untuk merasai keseronokkan taman tema ini.
Di atas adalah harga tiket untuk mykad dan juga non maykad. Untuk harga Crazy 2 dan Fabulous 4 tidak sah semasa cuti sekolah Sah dari tarikh 1 July 2018 hingga 30 July 2018.
Kali ini, sha bukan sahaja pergi bersama dengan keluarga, malah kawan-kawan pun turut serta ke sini bersama keluarga mereka. Memang meriahlah.
Antara tarikkan yang terdapat di Bangi Wonderland Themepark antaranya adalah :
Insane Racer
Slide air ini merupakan tarikkan utama untuk taman tema air Bangi Wonderland Themepark ini. Terdapat 5 lajur untuk pengunjung berlumba dari kemuncak hinggalah ke penamat. Memang seronok aktiviti ini tambah dapat berlumba dengan kawan - kawan.
Kids Adventure
Untuk keluarga yang bawa anak-anak, Kids Adventure amat sesuai. Di sini, anak-anak dapat main pelbagai jenis permainan seperti papan luncur yang pelbagai jenis. Selain itu terdapat patung arnab, buaya dan beberapa jenis haiwan lagi.
Anak-anak sha memang teruja bermain di sini hingga ajak makan dan balik pun tak nak dah..jenuh pujuk.. Hihihi
Pancutan air seperti kincir air juga turut ada di sini. Kalau sampai sini, jangan lupa pakai sunblock. Ketika sha pergi cuaca redup, jadi muka sha tidaklah terbakar sangat dek terik mentari. Masuk tenghari baru panas lip lap lip lap.. Hihihi
Pirates Bay
Apa yang menarik di sini adalah korang akan merasai gelombang buatan seolah-olah seperti ombak laut. Kalau yang mane bawa anak-anak minta jangan lepas pandang sebab landai kolam ini makin ke depan makin dalam walaupun ada lifeguards sentiasa memantau.
Meander River
Di sini korang boleh berjalan atau menaiki pelampung mengelilingi taman tema ini. Lagi seronok kalau air dia bergerak deras, jadi kita tidak perlu tolak pelampung biar sahaja dia berjalan sendiri melalui lorong.
Selain dari sha permainan di atas, terdapat lagi beberapa permainan yang boleh korang cuba seperti :
Anaconda trail Body Slide Boomeriang Wonder Loop The Fall |
Green Pearl |
Magic Funnel |
Spiralax |
Water Cannon |
Kemudahan Terdapat di Bangi Wonderland Themepark :
Di sini terdapat juga pondok yang boleh korang sewa untuk letak barang atau beristirahat bersama keluarga. Selain itu juga, locker untuk simpan barang turut terdapat di sini. Harga untuk locker bergantung kepada size. Apa yang sha suka tentang locker di sini adalah boleh buka bila-bila masa korang suka dan hanya perlu scan gelang locker untuk buka amat mudah sekali.
Terdapat juga beberapa tandas berserta bilik mandi dan bilik bayi. Surau juga turut terdapat. Memang mudah untuk menyalin pakaian . Memang sangat selesa ketika berada di sini. Sebab semua sudah cukup.
Kedai menjual kelengkapan mandi juga turut ada di sini. Tapi kalau hendak jimat, boleh bawa semua dari rumah. Macam sha semua bawa dari rumah, sampai sini hanya pump. Untuk masuk ke sini, makanan dari luar memang tidak di benarkan. Kawalan amat ketat ketika memasuki pagar . Jadi jangan risau lapar kerana di turut ada kedai menjual pelbagai jenis makanan. Pada emak-emak, bila sha cakap tidak boleh bawa masuk makanan jangan pulak pi tidak bawak bekas susu anak kerana itu dibenarkan.
Untuk maklumat lanjut boleh klik link yang sha kongsikan di bawah ini :
Sekian Terima Kasih