December 21, 2017

Sony Xperia XA Ultra Tewas Akhirnya

Assalamualaikum πŸ’”


Setelah lama bersabar tewas juga akhirnya. Hari terpaksa Sony masuk bengkel. Disebabkan masaalah lampu lcd selalu berkedip dan gegar. Selain itu juga mudah hang dan cepat panas. Haishhh sedih tul rasa hati.. Huhuhu

Nasib telefon lenovo S90 lama yang telah di wasiat pada Areez masih elok. Tapi semalam berebut juga dengan si Areez sebab dia nak tengok video Upin dan Ipin. Nasib ada ipad, jadi buat sementara Areez tengok upin ipin di youtube download.

Semalam semak balik dalam kotak, warranty masih ada. Jadi sha cadang untuk claims warranty baiki telefon ini.  Mula-mula ada terfikir untuk beli telefon baru. Tetapi tiba-tiba ubah keputusan untuk guna duit itu, beli barang anak-anak. Haishh.. Ibu-ibu memang begini yer.. Utamakan keperluan anak-anak dahulu dari diri sendiri. Okay sampai disini sahaja entry untuk kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

December 20, 2017

Terjebak Secret Recipe Beli Satu Percuma Satu

Assalamualaikum


Ini semua gara-gara blogger comel Farahin kongsi iklan promosi Secret Recipe iaitu makan 1 daripada 3 hidangan yang ada, korang akan dapat 1 lagi hidangan secara percuma.

Disebabkan geng makan tengahari semua pergi makan dekat Nasi Wok JJ tinggal sha dengan sorang lagi member office, jadi kitaorang pun buat keputusan untuk makan tengahari disini memandangkan Secret Recipe ada promosi.



Giant Shah Alam adalah lokasi yang kami tuju. Di atas adalah makanan yang sha pesan iaitu speghetti bolognese bersama dengan coffee mocha. Manakala kawan sha order noodle in tom yum soup. Sesudah makan, kami jalan-jalan sebentar, kemudian pulang ke tempat kerja dengan perut yang kenyang dan hati yang senang. Okay sampai sini sahaja entry sha kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang. Terima kasih pada semua yang sudi baca entry sha.

Terima Kasih

December 19, 2017

"Taman Tasik Titiwangsa - Kuala Lumpur"

Assalamualaikum πŸ’•


Ini merupakan kali kedua dalam tahun 2017, sha datang ke Taman Tasik Titiwangsa. Apa yang menarik yang terdapat disini? Meh sini sha hendak cerita pada awak semua.


Haaa... Inilah salah satu aktiviti menarik yang terdapat disini. Sambil beriadah, kita bakar lemak sekali. Kereta berlampu ini kami naik lebih kurang 9 orang. Harga RM50 untuk sejam. Dari pengalaman sha, 30 minit mengayuh sudah cukup buat kita rasa mengah dan letih mengayuh. Kami berjaya juga menghabis masa selama sejam dengan mengayuh pusing Tasik Titiwangsa itu.


Sebenarnya aktiviti begini sangat bagus kerana korang dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Selama sejam itu banyak korang boleh buat bersama keluarga seperti bergurau dan bercerita dari hati ke hati sekiranya ada masaalah. Semangat berpasukan juga memainkan peranan penting tau. Kalau sorang sahaja kayuh memang tidak jalanlah basikal itu. Mana tidaknya, logik ke sorang kayuh untuk tampung 9 orang. Selain itu memang tidak stabil basikal korang jika sorang sahaja yang kawal... Silap-silap ada pulak yang masuk tasik nanti.. Hihihi.

Selain aktivi berbasikal, korang boleh main balon buih, skutter dan lepak-lepak sambil makan keropok lekor bersama ais krim. Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry akan datang.

Terima Kasih❤️
Logo KBBA

Pengalaman Shopping Baju Raya Keluarga di Pusat Pakaian Hari Hari Sempena Raya 2026

Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri , antara perkara yang paling dinanti sudah tentu persiapan membeli baju raya keluarga bersama in...