Assallammualaikum
Malam ini makan seafood sedap juga ini. Shaila dan beberapa
rakan yang lain telah ke sebuah hotel yang menyediakan makan seafood secara
buffet tidak perlu pergi jauh untuk merasai makanan seafood, cukup sahaja singgah
di Vivatel Kuala Lumpur.
Shailla bergerak dari Shah Alam pada pukul 5.30 petang, dan
sampai ke Vivatel Kuala Lumpur lebih kurang hampir pukul 7 malam kerana
tersekat dengan kesesakkan lalu lintas. Setibanya disana, Shailla dan suami
terus masuk ke dalam Vivatel untuk bertemu dengan rakan-rakan yang lain. Tidak
susah untuk cari Retro Café ini kerana lokasinya terletak disebelah kanan pintu
masuk utama Vivatel.
Keadaan di dalam Café Retro ini memang cantik dan kemas. Dekorasinya
nampak tersusun dan sedap mata memandang. Lighting dia pula menimbulkan suasana
romantic disitu. Jadi kepada pasangan yang hendak sambut ulang tahun
perkahwinan mahupun kelahiran shailla rasa agak sesuai ke sini.
Okay Shailla amat teruja dan tidak sabar untuk merasai
seafood yang disediakan oleh Café Retro ini.
Pertama sekali Shailla ke bahagian yang menempatkan pelbagai jenis cucuk-cucuk makanan untuk rebusan.
Dan juga sayur-sayuran.
Shailla sangat teruja melihat kepala ikan ini, walaupun
Shailla bukan penggemar kepala ikan. Kepala ikan ini sebenarnya untuk
diletakkan didalam mee kari. Suami Shailla sahaja makan mee kari itu kerana
ketika itu perut Shailla sudah penuh.
Untuk merebus semua makanan ini, Chef ini yang akan lakukan,
Jadi ketika keluar daripada Café Retro ini, tidaklah baju kita berbau asap..Hahaha. kita
hanya perlu ambil makanan yang hendak dimakan dan beri kepadanya. Kuah yang digunakan
adalah kuah tom yam yang dicampurkan dengan santan, jadi rasa kuah ini agak
berlemak.
Selepas itu Shailla mencuba pula spaghetti Cabonara yang
telah disediakan oleh Chef diatas ini. spaghetti Cabonara ini kalau kita lihat
memang nampak menyelerakan tetapi bagaimana pula dengan rasanya.
Rasa spaghetti Cabonara ini memang sedap,
jika tidak shaila ingin mencuba makanan lain pula, mungkin Shailla akan repeat
lagi makan spaghetti Cabonara. Rasa kuah
Cabonara memang sedap dan secukup rasa. Pada mulanya suami Shailla makan
dahulu, bila dia cakap sedap terus Shailla teruja untuk rasainya, ternyata
memang sedap.
Kemudian Shailla ke bahagian “Live Cooking Station”. Dibahagian
ini, kita boleh lihat secara live Chef di situ memamasak makanan yang telah
kita pilih.
Selain itu terdapat juga ikan bakar yang telah siap dimasak Cuma tunggu kita ambil dan makan sahaja. Nampak menyelerakan bukan ikan panggang diatas atas ini, Shailla tidak melepaskan peluang untuk merasai ikan ini.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan detail seperti dibawah ini:
Tel: 03-9205 8888
Website: www.vivatel.com.my
Facebook: VivatelKL
Sekian Terima Kasih