June 23, 2023

Travel | Hay Cafe Sekinchan


Assallammualaikum, memandangkan ketika Sha pergi Sekinchan adalah pada hari lahir suami, jadi sha telah singgah di sebuah cafe yang agak terkenal juga iaitu Hay Cafe Sekinchan. Apa yang menarik tentang Cafe ini adalah terletak bersebelahan sawah padi. Cafe ini dikelilingi oleh sawah padi Sekinchan yang menghijau jika ketika memang musim padi menghijau.



Hay Cafe ini merupakan kafe berkonsepkan Inggeris. Menawarkan pelbagai hidangan seperti Nasi Lemak Ayam Rempah, Pasta, Kopi dan Kek. 

Korang boleh pilih  samada untuk makan di dalam kafe berhawa dingin atau diluar menikmati hidangan sambil melihat kehijauan sawah padi Sekinchan. Macam Sha, memang akan pilih duduk diluar. Walaupun sewaktu pergi padi sudah tiada tetapi lepak disini sambil menikmati kek dan kopi memang rasa tenang sambil layn angin sawah. Sha pesan minuman Hazelnut Cappucino dan Mocha. Makan pula, pesan kek untuk suami dan kentang goreng untuk anak-anak sebabnya sebelum datang sini, kami sudah sarapan dahulu. Kek dia memang sedap, anak-anak pun suka terutana kek yang warna hijau ada rasa kelapa sikit itu.

Kafe ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari. Okay sampai di sini sahaja entry Sha untuk kali ini.jumpa lagi next entry akan datang. Bye!

Sekian Terima Kasih
 

June 22, 2023

Travel | Terminal Sekinchan Menempatkan Pesawat Jenis Boeing 727

Assallammualaikum, pasti semua tahukan tentang kewujudan Terminal Sekinchan. Apa yang menarik tentang Terminal Sekinchan adalah menempatkan pesawat jenis Boeing 727 di tengah-tengah sawah di Parit 5. Bila padi sudah hijau nanti pasti pemandang nampak cantik dari atas di mana ada pesawat di tengah-tengah sawah padi yang menghijau.

Semasa Sha datang ke sini, Terminal Sekinchan ini masih lagi berpagar. Sha hanya dapat ambil gambar dari jarak jauh sahaja. Sha singgah sini sekejap sahaja memandangkan tiada apa yang menarik melainkan pesawat  Boeing ini.

Sha ada juga terbaca yang Terminal Sekinchan ini bakal dibangunkan sebagai Premium Outlet Cafe. Premium Outlet Cafe buka nanti boleh la kita datang kembali untuk jelajah pula di dalam pesawat Boeing 727 ini.

Okay, sampai disini sahaja entry Sha kali ini. Jumpa lagi di entry akan dan masih lagi berkisar tentang Sekinchan. Bukan apa hendak letak semua tempat menarik di sekinchan, macam panjang pula, nanti korang yang bosan membaca dan Sha pun rasa muak juga nak karang panjang-panjang.

Sekian, Terima Kasih.

June 21, 2023

Blog www.shazillahsani.com Sudah Bertukar Wajah

 Assallammualaikum, sudah lama rasanya Sha tidak aktif dalam menulis blog. Bukan apa kadang lebih kepada kengkangan masa. Minggu ini Sha sudah mula aktif kembali cuma berapa kerap aktif itu Waallahualam. Buat masa ini memang Sha hanya buat entry yang ringkas dan santai sahaja. Cuma bila melibat entry berbayar barulah karang dengan lebih teliti.

Kadang-kadang buka blog tengok entry yang publish, Ya Allah sedihnya kerana sikit sangat. Kesian blog ini sudah berhabuk dan hampir berkarat. Mujur tersedar kembali dan gilapkan kembali blog ini dari terus terkubur. Kalau korang tengok pun design blog ini Sha buat seringkas yang boleh untuk nampakkan ia lebih minimalist. Cuma kalau ada keluar beberapa iklan adsense itu, pejamkan mata sahaja kerana ia telah di set secara automatik jadi ia akan keluar sesuka hati dan di mana-mana sahaja dia hendak muncul. Kalau korang hendak klik pun, lagi sha alu-alukan.

Blog ini sudah mencecah 11 tahun memang sayang. Dulu memang meriah dengan komen dan sapaan dari rakan-rakan blogger yang lain. Dari sini juga Sha mengenali blogger yang lain sehinggalah rezeki dapat masuk kelab Abang Sado iaitu Kelab Ben Ashaari. Rasanya tanpa blog ini memang Sha tidak berpeluang mengenali beliau dan blogger-blogger yang lain. 

Okay, akhir kata, semoga Sha terus Istiqomah untuk meneruskan penulisan blog www.shazillahsani.com ini. Walaupun hanya sekadar karang dan baca sendiri tetapi cukup untuk memberi kenangan dan peringatan.

Sekian.Terima Kasih

June 20, 2023

Travel | Padi Sentral Sekinchan



Assallammualaikum, kali ini Sha ingin kongsikan salah satu tempat menarik yang boleh korang boleh kunjungi ketika bercuti ke Sekinchan, Kuala Selangor. Tempat yang Sha maksudkan itu adalah Padi Sentral. Padi Central ini merupakan rumah penginapan yang mempunyai tarikannya tersendiri. Sha suka lihat rekaan bangunan yang nampak estetik. Selain itu, kawasan sekitarnya yang menempatkan cantik terutama ketika padi sedang menghijau. Ketika Sha datang ke sini, musim padi yang telah menguning. 

Padi Sentral ini juga terkenal dengan tangga warna pelangi (Rainbow Stairs) ini. Kebanyakkan yang datang ke sini adalah untuk bergambar atas tangga ini. Sha ada juga lihat di dalam video tik tok dimana ada perkhidmatan drone untuk mengambil video korang ketika berada diatas tangga. Tetapi ketika Sha datang sini, orang yang menawarkan perkhidmatan drone itu tiada. Disebabkan itu, Sha ambik video sendiri sahaja.

Pada mulanya memang rasa yakin untuk naik tangga ini. Tetapi bila sampai ke kemuncak memang rasa gayat. Tambah pula bila rasa tangga ini agak bergoyang sikit ketika menaikinya. Jadi memang berhati-hati ketika naik hingga sampai ke kemuncak. 

Selain jambatan, terdapat juga beberapa tempat yang boleh korang ambil gambar seperti di buaian kayangan, jerami, kerusi warna warni dan juga gerbang bentuk hati (Big Love) itu. Sha sampai sini agak awal, jadi tempat ini masih belum ramai pengunjung lagi. 

Okay sampai disini sahaja entry ringkas Sha untuk kali ini. Nanti Sha kongsikan lagi tempat yang menarik ketika sha bercuti di Sekinchan. 

Sekian, Terima Kasih

May 10, 2023

Korban Di Mekah Jauh Lebih Murah Berbanding di Malaysia

Sebagai umat Islam, kita semua sedia maklum bahawa ibadah korban merupakan antara ibadah yang amat dituntut dan digalakkan.

Menurut pendapat alim ulama ibadah korban bermakna penyembelihan haiwan ternakan tertentu pada tarikh mengikut kalendar Islam.

Tarikh yang dimaksudkan itu adalah jatuh pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah bagi setiap tahun.

Perintah Allah agar umat Islam melaksanakan korban ini adalah disyariatkan pada tahun ke-2 hijrah sekali gus dengan perintah solat Aidiladha dan juga zakat.

Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan. Malah, pelaksanaan ibadah ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Berlainan dengan mazhab Syafi’e, iaitu mazhab majoriti umat Islam di Malaysia, beberapa ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa korban hukumnya wajib.


Selain melakukan ibadah korban di tempat sendiri, korang juga boleh melakukan ibadah korban di luar negera seperti di Mekah mengikut kemampuan masing-masing. Kabanyakkan orang melakukan ibadah korban di luar negara kerana faktor kewangan dimana ibadah korban di luar negera jauh lebih murah.

Seperti semua tahu, korban yang terbaik adalah yang dibuat sendiri, dilihat depan mata, dimasak dan dijamu pada orang ramai. Namun, ada dikalangan kita yang tidak mampu atas sebab kos, masa, dan keadaan. Maka ibadah korban di Mekah ini adalah alternatif.


Pasti korang terfikirkan, boleh percaya ke melakukan ibadah korban di Mekah?. Shailla juga salah sorang yang pernah melakukan ibadah korban di Mekah untuk anak nombor 2. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar siap dapat Sijil Digital perlaksanaan akan diberi beserta gambar dan video Proses Korban.

UTS Trading menyediakan platform Korban dan Aqiqah secara atas talian untuk memudahkan urusan korang. Amal Korban menjamin pelaksanaan korban dengan lancar dan disalurkan kepada komuniti yang tepat.

UTS Trading dah 8 tahun berpengalaman dalam melaksanakan ibadah KORBAN di tanah suci Mekah.
  1. Paling murah dipasaran
  2. Paling dipercayai dan berpengalaman
  3. Servis yang pantas dan cekap
  4. Kami uruskan ibadah qurban anda dari A to Z.
  5. Ganjaran pahala berganda Qurban di tanah suci.
  6. Sijil Digital perlaksanaan akan diberi beserta gambar dan video Proses Korban.

Paling penting sebelum korang perlu periksa dahulu pihak yang mengendalikan korban itu adakah betul sahih. Korang juga boleh baca sendiri review jujur pelanggan bagi memastikan pihak itu pengurusan itu jujur dan amanah.Ibadah korban ini sebaiknya dilakukan setahun sekali tetapi disebabkan kekangan kewangan membuatkan ramai yang tidak mampu melaksanakannya.

Mengapa harga kambing korban disana lebih murah berbanding Malaysia? ini kerana kambing adalah makanan asasi di sana berbanding kita di Malaysia menjadikan harganya lebih rendah.


Bukan itu sahaja, ada negara tertentu yang penduduknya ramai fakir dan miskin. Mereka lebih memerlukan sumbangan daging yang jarang sekali dapat dirasai. Kalau korang hendak tahu, daging korban ini akan dieadarkan dibeberapa negara islam yang miskin seperti :

Azerbaijan Bangladesh - Burkina Faso - Chad - Comoros - Djibouti - Gambia - Ghana Guinea Bissau - Guinea Conakry - Iraq - Jordan - Lubnan Liberia – Mali - Mauritania Mauritania - Mozambique Niger – Pakistan - Palestin - Senegal - Sierra Leone - Sudan - Syria - Tanzania. 

Selain itu, Pusat sembelihan yang ada di tanah haram ini adalah dilesenkan dan diberikan permit. Pusat sembelihan yang terdapat di tanah haram adalah kurang daripada 10 tempat.


Kadangkala bukti bergambar atau video secara individual tidak dapat diberikan. Ini kerana terdapat beberapa faktor seperti:

  1. Jemaah Haji tahun 1444H 2 juta orang
  2. Purata sembelihan setiap orang Jemaah 1 ekor kambing iaitu sembelihan dam dan korban
  3. Sembelihan korban yang dibuat oleh penduduk setempat dan orang luar di tanah haram sekitar 1 juta ekor kambing
  4. Menjadikan jumlah keseluruhan sembelihan dalam masa 4 hari iaitu 10,11,12, dan 13 Zulhijjah sebanyak 3 juta ekor kambing
  5. Jumlah ini tidak memungkinkan pusat sembelihan memberi bukti berbentuk gambar atau video secara individu.




Untuk Info Lanjut

Facebook :

Web:

Whatsapp:

Korban Sebagai Tanda Taqwa & Keikhlasan
"Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu"
(Surah Al-Haj:37)

Terima Kasih

March 30, 2023

ATTENTION MALAYSIANS! EXPERIENCE THE HUAWEI P60 PRO AND MATE X3 NOW AT SELECTED HUAWEI EXPERIENCE STORES


HUAWEI P60 Pro, which debuted to rave reviews in China ushering in a new era of mobile photography, design, and functionality is coming to Malaysia!

In celebration of the launch, Huawei is now offering fellow Malaysians an exclusive hands-on experience on the latest photography flagship, HUAWEI P60 Pro and the super lightweight foldable smartphone, HUAWEI Mate X3. What are you waiting for? Be one of the first to experience the latest flagship devices at 50 selected HUAWEI Experience Stores nationwide by registering your interest on      HUAWEI Official Website.  Exciting gifts will be given upon registration! *T&C Applies

If that’s not reason enough to get you to join us at the Exclusive First Look of HUAWEI P60 Pro, here are a few more reasons to consider:

World’s First Low Light Telephoto Camera

The HUAWEI P60 Pro is equipped with the World’s first multiple-lens-group for the ultimate low light telephoto camera. With an overall redesign of the optical system, the camera setup allows the device to provide the best light-intake - resulting in more detailed, clearer, stable anti-shake pictures.

Ultra-Lighting Main Camera with Adjustable Aperture

Huawei's unique RYYB colour array can also achieve a substantial increase in the amount of light entering the entire optical system while maintaining the slim design of the phone. The super large adjustable aperture combined with XD Fusion Pro can also bring super high dynamic range in scenes with high light ratio such as sunrise and sunset.

Mother of Pearl Design

HUAWEI P60 Pro offers a new interpretation of modern aesthetics while continuing the spiritual humility of nature. Inspired by Rococo design, P60 Pro introduces the industry's first Mother-of-pearl design, incorporating natural mineral bead powder into the phone to achieve a lustre yet unique natural texture finishing.

All New XMAGE UX

The all new XMAGE UX features several new user-friendly layouts making it more convenient but for a superior experience. The new camera functions include a Quick Menu, Zoom Ring and a One-Handed Shooting option which is able to produce a perfect picture and video quality.

4815 mAh Battery Capacity with 88W wired Super-Fast Charge Turbo

Moreover, HUAWEI P60 Pro has further enhanced the battery life experience with the latest 4815mAh silicon-carbon negative electrode battery, which has a higher energy density under the same volume. The device supports 88W wired Super-Fast Charge Turbo, where it can be charged to half level in just 10 minutes when its Turbo mode is on – achieving a perfect balance of standby battery life, fast charging speed and overall phone thickness.

Stay tuned to Huawei Official Website, Huawei Official Facebook Page or Huawei Official Instagram Page for more information or latest updates on HUAWEI P60 Pro

About HUAWEI Consumer Business Group (CBG) Malaysia

Huawei's products and services are available in more than 170 countries and are used by a third of the world's population. Fourteen R&D centres have been set up in countries around the world, including Germany, Sweden, Russia, India and China. Huawei Device BG is one of Huawei's three business units and covers smartphones, PC and tablets, wearables and cloud services, etc. Huawei's global network is built on over 30 years of expertise in the telecom industry and is dedicated to delivering the latest technological advances to consumers around the world.

Issued on behalf of Huawei Consumer Business Group (CBG) Malaysia by S&L Integrated Public Relations Sdn Bhd:

For further information kindly contact:

Emily Kou, Associate PR Manager

Mobile: +6014 735 3066

Email:  emily@slpr.com.my

Muhaimin Muhamed, Senior PR Executive

Mobile: +6016 456 8569

Email: muhaimin@slpr.com.my 

 

March 17, 2023

The Bentong Farm | Bawa Anak-Anak Mengenali Haiwan

Assallammualaikum 

Sementara anak-anak masih dalam cuti sekolah ini, jadi Shailla telah membawa mereka mengenali baiwan dengan lebih dekat di The Bentong Farm yang terletak di negeri Pahang. The Bentong Farm merupakan salah satu tempat tarikan yang terletak di Bentong,  Pahang.

Jika korang pernah pergi Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan, konsep yang digunakan oleh The Bentong Farm juga sama kerana ia dibawah pihak oenvurisan yang sama. Cuma disini tempat dia lebih luas. Shailla mengambil masa 2 jam lebih juga untuk melawat semua kawasan yang terdapat disini.

Apa yang menarik disini adalah korang boleh berinteraksi dengan lebih dari 100 spesis haiwan yang comel dan eksotik dikelilingi oleh alam semulajadi yang sangat cantik. Juga terdapat lebih 60 jenis tumbuh-tumbuhan supaya boleh belajar dengan lebih dekat lagi.




Pada bahagian luar kaunter masuk banyak lokasi yang boleh korang ambil gambar bersama keluarga selepas membeli tiket. Antaranya lokasi tempat yang korang boleh ambil gambar adalah seperti di atas. Ini baru bahagian luar sahaja, belum korang masuk bahagian dalam lagi.


Paling menarik lagi, sementara menunggu membeli tiket, korang boleh main permainan traditional seperti bowling botol dan baling selipar yang terdapat di pintu masuk The Bentong Farm.


Pasti semua hendak tahu harga untuk tiket masuk ke sini. Korang boleh lihat harga tiket pada gambar yang Shailla sertakan dibawah ini.


Harga tiket masuk bagi dewasa adalah RM48, sekiranya anda adalah pemegang MyKad, atau pun warganegara Malaysia. Manakala bagi kanak-kanak bawah 11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas harganya RM38. Bagi bukan warganegara Malaysia pula, harga tiket masuk adalah RM68 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak bawah 11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas. Kemasukkan adalah percuma untuk kanak-kanak ketinggian bawah 90cm.

Korang juga akan jumpa kedai menjual makanan binatang ketika di hadapan berdekatan jalan masuk farm. Satu baldi dia jual RM10. Tapi kalau korang hendak tahu juga, setiap zone memang ada disediakan makanan juga untuk haiwan-haiwan ini.

Pasti semua hendak tahu apa yang menarik ada disini. Jom sama-sama lihat tempat-tempat yang Shailla lawati ketika berada disini. 


Replika buah durian yang besar ini, korang akan jumpa ketika melalui laluan ke petting zoo. Bila tengok replika buah ini, mungkin dalam fikiran korang wahh...ada buah durian juga ke? sewaktu Shailla pergi bukan dalam musim buah dan di sini belum buka lagi untuk kita lepak makan sambil makan buah.Mungkin nanti mereka akan buat suatu hari nanti.


Aktiviti yang boleh korang lakukan semasa berada di The Bentong Farm adalah seperti:

Petting Zoo

Apa yang menarik disini adalah setiap tempat yang koarang masuk disediakan makanan untuk korang bagi makanan kepada haiwan-haiwan ini. Haiwan di sini juga suka gigit baju korang ya, tapi jangan risau diorang gigit gurau-gurau sahaja.

Savannah




Korang juga boleh bergambar dan bermain bersama haiwan-haiwan yang terdapat di sini. Anak-anak shailla lar paling suka sebab dapat main kejar-kejar dengan haiwan yang ada disitu seperti kambing, ayam dan lain-lain.

Exhibition Hall




Bird Aviary



Pony Ranch



Cafe 



Cafe dan surau juga turut ada disini, jadi korang tidak kalang kabut mencari tempat makan dan tempat solat ketika berada di sini.

Tortoise Land


Dekat sini korang akan jumpa tortoise dari size kecil hinggalah besar. Anak-anak korang pasti teruja ketika dapat memberi tortoise ini makan. 



Replica tortoise besar juga turut ada di sini. Kalau tengok hampir tinggi shailla jugalah..hihihi

Bunny Land




Alpaca Hill




Tarikkan di sini adalh white water buffalo iaitu kerbau berwarna putih. Selalu kita lihat kerbau 


Reptile Caveran


Ladang Sayur Dan Buah-Buahan

Ketika korang jalan-jalan di ladang buah dan sayur, korang akan jumpa dengan beberapa raplica buah dan sayur yang yang besar. Antara replica yang terdapat di ladang buah dan sayur adalah seperti:




Semasa melalui kawasan ini, memang banyak tanaman sayur dan buah-buahan yang segar. Teruja lihat beberapa hasil tanaman sudah berbuah seperti buah manggis, buah durian belanda, kacang panjang, kacang buncis dan lain-lain lagi.

Kampung Orang Asli





Kampung Orang Asli ini bukanlah bentuk perkampung dimana korang akan jumpa satu perkampungan yang berpenghuni. Ianya hanya replika rumah yang korang boleh lihat keunikkan rekaannya. Selalu kita lihat rumah mereka di kawasan perdalam atau tepi bukit itukan. Jadi disini korang boleh lihat dengan jelas rekaaan bentuk rumah Orang Asli.


Giant Ship Replica


Disini korang berpeluang duduk di dalam kapal yang besar sambil memberi itik makan.Makanan mereka letak di situ jadi mudahlah untuk korang ambil dan beri itik-itik disitu makan.



Phantasy Hill


Disini kawasan dia agak mendaki sikit. Apa yang menarik disini adalah korang akan jumpa pelbagai jenis replika. 




Memang banyak sangat replika besar disini dan yang paling menarik perhatian Shailla adalah replika Eiffel Tower.

Pihak The Bentong Farm juga merancang untuk menaikkan lagi tempat ini dengan berkerjasama dengan beberapa pihak seperti  Cam Site untuk aktiviti perkhemahan. Kalau korang lihat Atv yang bersusun pada pintu masuk itu, buat masa ini belum buka lagi. Akan datang dia akan buka pada yang berminat sukan Atv.

Youtube

haaa... jangan lupa tau lihat video yang sempat Shailla ambil ketika berada di The Bentong Farm


FACEBOOK
https://www.facebook.com/thebentongfarm/

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/thebentongfarmmalaysia

WEEKDAYS: 10:00 am – 6:00 pm
WEEKENDS: 09:30 am – 6:00 pm

Closed on every Tuesday
Open in Public holiday & school holiday

CUSTOMER SERVICE
+6010 283 3655

THE BENTONG FARM
Lot 6239-6241, Kampung Orang Asli Sungai Lebak, Batu 3 Jalan Chamang, 28700 Bentong, Pahang

Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...