March 17, 2023

The Bentong Farm | Bawa Anak-Anak Mengenali Haiwan

Assallammualaikum 

Sementara anak-anak masih dalam cuti sekolah ini, jadi Shailla telah membawa mereka mengenali baiwan dengan lebih dekat di The Bentong Farm yang terletak di negeri Pahang. The Bentong Farm merupakan salah satu tempat tarikan yang terletak di Bentong,  Pahang.

Jika korang pernah pergi Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan, konsep yang digunakan oleh The Bentong Farm juga sama kerana ia dibawah pihak oenvurisan yang sama. Cuma disini tempat dia lebih luas. Shailla mengambil masa 2 jam lebih juga untuk melawat semua kawasan yang terdapat disini.

Apa yang menarik disini adalah korang boleh berinteraksi dengan lebih dari 100 spesis haiwan yang comel dan eksotik dikelilingi oleh alam semulajadi yang sangat cantik. Juga terdapat lebih 60 jenis tumbuh-tumbuhan supaya boleh belajar dengan lebih dekat lagi.




Pada bahagian luar kaunter masuk banyak lokasi yang boleh korang ambil gambar bersama keluarga selepas membeli tiket. Antaranya lokasi tempat yang korang boleh ambil gambar adalah seperti di atas. Ini baru bahagian luar sahaja, belum korang masuk bahagian dalam lagi.


Paling menarik lagi, sementara menunggu membeli tiket, korang boleh main permainan traditional seperti bowling botol dan baling selipar yang terdapat di pintu masuk The Bentong Farm.


Pasti semua hendak tahu harga untuk tiket masuk ke sini. Korang boleh lihat harga tiket pada gambar yang Shailla sertakan dibawah ini.


Harga tiket masuk bagi dewasa adalah RM48, sekiranya anda adalah pemegang MyKad, atau pun warganegara Malaysia. Manakala bagi kanak-kanak bawah 11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas harganya RM38. Bagi bukan warganegara Malaysia pula, harga tiket masuk adalah RM68 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak bawah 11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas. Kemasukkan adalah percuma untuk kanak-kanak ketinggian bawah 90cm.

Korang juga akan jumpa kedai menjual makanan binatang ketika di hadapan berdekatan jalan masuk farm. Satu baldi dia jual RM10. Tapi kalau korang hendak tahu juga, setiap zone memang ada disediakan makanan juga untuk haiwan-haiwan ini.

Pasti semua hendak tahu apa yang menarik ada disini. Jom sama-sama lihat tempat-tempat yang Shailla lawati ketika berada disini. 


Replika buah durian yang besar ini, korang akan jumpa ketika melalui laluan ke petting zoo. Bila tengok replika buah ini, mungkin dalam fikiran korang wahh...ada buah durian juga ke? sewaktu Shailla pergi bukan dalam musim buah dan di sini belum buka lagi untuk kita lepak makan sambil makan buah.Mungkin nanti mereka akan buat suatu hari nanti.


Aktiviti yang boleh korang lakukan semasa berada di The Bentong Farm adalah seperti:

Petting Zoo

Apa yang menarik disini adalah setiap tempat yang koarang masuk disediakan makanan untuk korang bagi makanan kepada haiwan-haiwan ini. Haiwan di sini juga suka gigit baju korang ya, tapi jangan risau diorang gigit gurau-gurau sahaja.

Savannah




Korang juga boleh bergambar dan bermain bersama haiwan-haiwan yang terdapat di sini. Anak-anak shailla lar paling suka sebab dapat main kejar-kejar dengan haiwan yang ada disitu seperti kambing, ayam dan lain-lain.

Exhibition Hall




Bird Aviary



Pony Ranch



Cafe 



Cafe dan surau juga turut ada disini, jadi korang tidak kalang kabut mencari tempat makan dan tempat solat ketika berada di sini.

Tortoise Land


Dekat sini korang akan jumpa tortoise dari size kecil hinggalah besar. Anak-anak korang pasti teruja ketika dapat memberi tortoise ini makan. 



Replica tortoise besar juga turut ada di sini. Kalau tengok hampir tinggi shailla jugalah..hihihi

Bunny Land




Alpaca Hill




Tarikkan di sini adalh white water buffalo iaitu kerbau berwarna putih. Selalu kita lihat kerbau 


Reptile Caveran


Ladang Sayur Dan Buah-Buahan

Ketika korang jalan-jalan di ladang buah dan sayur, korang akan jumpa dengan beberapa raplica buah dan sayur yang yang besar. Antara replica yang terdapat di ladang buah dan sayur adalah seperti:




Semasa melalui kawasan ini, memang banyak tanaman sayur dan buah-buahan yang segar. Teruja lihat beberapa hasil tanaman sudah berbuah seperti buah manggis, buah durian belanda, kacang panjang, kacang buncis dan lain-lain lagi.

Kampung Orang Asli





Kampung Orang Asli ini bukanlah bentuk perkampung dimana korang akan jumpa satu perkampungan yang berpenghuni. Ianya hanya replika rumah yang korang boleh lihat keunikkan rekaannya. Selalu kita lihat rumah mereka di kawasan perdalam atau tepi bukit itukan. Jadi disini korang boleh lihat dengan jelas rekaaan bentuk rumah Orang Asli.


Giant Ship Replica


Disini korang berpeluang duduk di dalam kapal yang besar sambil memberi itik makan.Makanan mereka letak di situ jadi mudahlah untuk korang ambil dan beri itik-itik disitu makan.



Phantasy Hill


Disini kawasan dia agak mendaki sikit. Apa yang menarik disini adalah korang akan jumpa pelbagai jenis replika. 




Memang banyak sangat replika besar disini dan yang paling menarik perhatian Shailla adalah replika Eiffel Tower.

Pihak The Bentong Farm juga merancang untuk menaikkan lagi tempat ini dengan berkerjasama dengan beberapa pihak seperti  Cam Site untuk aktiviti perkhemahan. Kalau korang lihat Atv yang bersusun pada pintu masuk itu, buat masa ini belum buka lagi. Akan datang dia akan buka pada yang berminat sukan Atv.

Youtube

haaa... jangan lupa tau lihat video yang sempat Shailla ambil ketika berada di The Bentong Farm


FACEBOOK
https://www.facebook.com/thebentongfarm/

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/thebentongfarmmalaysia

WEEKDAYS: 10:00 am – 6:00 pm
WEEKENDS: 09:30 am – 6:00 pm

Closed on every Tuesday
Open in Public holiday & school holiday

CUSTOMER SERVICE
+6010 283 3655

THE BENTONG FARM
Lot 6239-6241, Kampung Orang Asli Sungai Lebak, Batu 3 Jalan Chamang, 28700 Bentong, Pahang

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...