Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

March 23, 2018

TEMPAT MENARIK DI KEDAH "Nightlife in Langkawi" HARUS DIKUNJUNGI

Assallammualaikum


Selalu kalau korang dengar sahaja pasal kedah, pasti lokasi percutian yang terbayang dan berlegar-legar di minda korang adalah Pulau Langkawi. Tunggu dulu, sebenarnya terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga ketika berkunjung ke kedah yang
terkenal dengan Negeri Jelapang padi atau “Rice Bowl of Malaysia”, negeri yang aktif dengan aktiviti pertaniannya.

KEDAH

Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 14 negeri di Malaysia. Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi. Bukti arkeologi ditemui di Lembah Bujang mendedahkan bahawa sebuah kerajaan Hindu-Buddha memerintah Kedah purba mungkin seawal 110 Masihi Penemuan kuil, jeti terus, besi peleburan tapak, dan tugu-tugu batu bata tanah liat sejak hingga 110 Masihi menunjukkan bahawa laluan perdagangan maritim dengan selatan India Tamil yang kerajaan sudah ditubuhkan sejak masa itu. Penemuan di Lembah Bujang juga menjadikan Kedah sebagai tamadun purba yang tertua di Asia Tenggara.

NAMA KEDAH

Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah "Kilah", "Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai "Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalaram". Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud "Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual gelas berkaki pada masa itu.

Jika korang merancang untuk bercuti ke kedah, di sini sha kongsikan beberapa tempat tarikkan perlancongan yang terdapat di kedah.

TARIKKAN DI KEDAH

1. Muzium Arkeologi Lembah Bujang


Sumber : effortlab.com

Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di Merbok. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini terkenal dengan tinggalan sejarah arkeologi atau carigali. Terletak 8km dari Tanjung Dawai. Di sini, terdapat 41 buah tapak arkeologi . Pengunjung boleh melihat artifak perdagangan seperti seramik, manik-manik, kaca, rempah ratus serta peralatan yang digunakan oleh masyarakat kuno. Artifak keagamaan juga terdapat di sini yang terdiri daripada candi, patung-patung dan arca.

2.Muzium Kota Kuala Kedah

Sumber : ihaveasweetsmile

Muzium Kota Kuala Kedah terletak di tapak Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang yang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Di sini korang boleh melihat meriam, rumah api dan pintu gerbang Kota Kuala Kedah. Terdapat juga sebuah rumah yang dijadikan muzium menyimpan pelbagai barang peninggalan sejarah Kota Kuala Kedah

3.Hutan Lipur Bukit Hijau

Sumber : timothytye

Hutan Lipur Bukit Hijau merupakan tempat kawasan perkelahan yang harus dikunjungi. Mempunyai kawasan air terjun 5 tingkat dengan setiap satu mempunyai size berbeza. Di sepanjang juga, korang melihat pelbagai jenis tumbuhan flora dan fauna yang memukau pemandangan. 

4. Tasik Pedu


Tasik yang luas dan cantik ini menjadi tumpuan kaki pancing. Selain itu pemandangan di sini sangat menarik. 

4. Taman Rekreasi Sungai Sedim

Sumber : timothytye

Taman Rekreasi Sungai Sedim merupakan tempat perlancongan yang terkenal dengan aktiviti lasak. Di sini, korang boleh lakukan aktiviti sukan air seperti whitewater rafting, tubing, dan lain-lain.

5. Gunung Jerai


Gunung Jerai merupakan gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Apa yang menariknya adalah selain pengunjung dapat mendaki serta mandi air terjun, di kemuncuk gunung turut di sediakan penginapan untuk pengunjung.

7. Ulu Lenggong Hot Springs


Kepada korang minat mandi air panas, Ulu Lenggong Hot Springs adalah tempatnya. Setiap kolam air panas yang terdapat sini berbeza mengikut suhu dan kedalaman kolam. Kolam untuk kanak-kanak juga turut disediakan. Terdapat kemudahan chalet dan juga homestay untuk para pengunjung.

8. Bukit Pinang

Di Bukit Pinang terdapat tanah dusun buah-buahan seluas 2 ekar.
Sesuai untuk berehat dan beriadah di hujung minggu bersama keluarga. Terdapat Pokok durian, manggis, dukong, rambutan, kelapa pandan, salak, petai dan lain-lain terdapat di sini.

9. Air Terjun Seri Perigi


Air Terjun Seri Perigi terletak di daerah Yan. Merupakan air terjun di kaki Gunung Jerai yang cantik dan tinggi.  Terdapat kolam disediakan untuk aktiviti berkelah serta mandi manda.

MAKANAN DI KEDAH

1. Laksa Kedah


Laksa Kedah merupakan  makanan berkuah yang popular di Kedah. Ia juga dikenali sebagai Laksa Teluk Kechai. Makanan tradisi ini menjadi hidangan semasa musim perayaan. Bahan asas penyediaan sajian istimewa ini adalah laksa beras, ikan kembung, belacan, asam keping, cili, garam dan telur.

2. Nasi Ulam


Nasi ulam adalah hidangan nasi kukus dicampur dengan pelbagai herba, terutama daun pegaga atau sering digantikan dengan ruku-ruku, sayur-sayuran, rempah dan disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan.

3. Pulut Inti


Pulut Inti ini biasanya popular dalam kalangan mereka yang berasal dari pantai timur. Pulut ini dimakan bersama inti kelapa yang manis dan lemak.  Pulut Inti adalah antara makanan yang turut juga menjadi pilihan kebanyakkan orang Malaysia.

4. Kuih Karas


Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis.Kuih karas ini mempunyai bentuk seperti jala halus yang agak keras dan mempunyai rasa yang manis dan garing. Kuih karas dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat.

5. Gulai Nangka


Gulai Nangka sangat sinonim dengan orang duduk belah utara. Kuah berwarna aromatik berwarna krim dibuat dengan nangka muda yang belum matang.

6. Ikan Bakar


Ikan bakar adalah hidangan ikan yang dibakar atau dipanggang di atas api atau bara api.

HOTEL DI KEDAH


Di Kedah terdapat banyak hotel menarik yang boleh korang kunjungi. Untuk menempah hotel senang sahaja, takkan tak tahu Traveloka kan ada!. Terdapat banyak tawaran hebat ada di situ.  Antara hotel yang tersenarai di dalam Traveloka adalah seperti :

Hotel Grand Crystal Kedah - terletak di Alor Setar. Merupakan sebahagian daripada Grand Hotels International Group. Hotel ini mempunyai 138 bilik dan suite yang luas yang dilengkapi dengan keperluan seperti akses internet Wi-Fi percuma, TV satelit / kabel, dan telefon IDD.

Swiss-Inn Sungai Petani - terletak di negeri Utara Malaysia. Menawarkan pelbagai kemudahan hotel dan rekreasi. Dengan 101 bilik tetamu yang lengkap dengan pelbagai kemudahan moden dan perkhidmatan.

Regency Hotel Alor Setar - terkenal dengan penginapan 3-bintang dengan layanan mesra, perkhidmatan mesra dan pesona Kedah yang tidak dapat dinafikan. Terletak betul-betul di tengah-tengah bandar, institusi kewangan utama, bangunan kerajaan dan korporat, kemudahan awam dan kemudahan lain semuanya dekat.

The Danna Langkawi -  adalah resort mewah lima bintang yang terdapat di sekitar sudut dari Oriental Village di Pantai Kok dengan koleksi 125 bilik dan suite yang penuh cahaya, lima tempat makanan dan wain dan rawatan spa yang melebihi harapan. Dibahagikan kepada lapan kategori, unit penginapan berukuran dari 60sqm hingga 600sqm dengan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan ke atas hutan hujan dan lautan.

LANGKAWI

Langkawi mempunyai kisah legenda berpanjangan yang tersimpul rapi dalam sejarahnya. Tanya sesiapa sahaja di pulau itu mengenai kisah tragik seorang perempuan cantik bernama Mahsuri, dan anda akan mendengar sebuah kisah cinta, cemburu dan satu sumpahan yang telah dikenakan ke atas pulau ini olehnya selama tujuh keturunan.

Hari ini, generasi ketujuh penduduk Langkawai telah lama berlalu pergi, tetapi masyarakat di sini masih mempercayai bahawa kekayaan dan kesejahteraan yang dinikmati pulau itu kini dan sumpahan yang dikenakan bukanlah satu kebetulan. Mistisisme legenda ini boleh dirasai di banyak tempat di pulau ini, terutamanya di Makam Mahsuri (Mahsuri Mausoleum), tempat di mana Mahsuri disemadikan.

NIGHTLIFE IN LANGKAWI

Selalu kalau korang bercuti di Langkawi, mesti korang akan pergi naik Langkawi Cable Car, pergi Makam Mahsuri , melihat hidupan air di Underwater World Langkawi dan pada hari terakhir akan singgah HIG untuk beli chocolate . Kemudian satu lagi tempat wajib pergi adalah Idaman Suri untuk borong pinggan mangkuk yang cantik-cantik. Kebanyakkan aktiviti ini di lakukan pada siang hari.
Bila tiba waktu malam, mesti korang tidak tahu hendak buat apakan? Mai sini, sha kongsikan beberapa tempat tarikkan "Nightlife in Langkawi" yang boleh di kunjungi ketika berada di sini.

Antara tempat "Nightlife in Langkawi" yang boleh korang kunjungi ketika bercuti ke Pulau Langkawi adalah :

Dataran Helang


Tidak lengkap percutian korang sekiranya sampai di Langkawi tidak singgah bergambar di sini. Dataran Helang merupakan tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar. Apa yang menarik terdapat di sini adalah ukiran burung helang yang berukuran 12.6 X 21.6 meter terletak berdekatan jeti Pulau Lagenda. Pemandangan di Dataran Helang ini sangat menarik dan menakjubkan dengan berlatarkan belakang gunung. Di sini juga terdapat sebuah tasik serta jejambat . Dari sini juga, korang boleh melihat feri yang berulang alik dari Teluk.

2. Pantai Cenang


Di Pantai Cenang sangat terkenal di Langkawi. Di sini terdapat banyak  penginapan dan merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong untuk bermalam. Pada waktu malam, Patai Cenang ini sangat meriah dengan pelancong akan membanjiri jalan utama di sekitar pantai cenang . Di Pantai Cenang juga terdapat banyak kedai makan dan juga kedai membeli cenderahati.

Sunset Tropical Cruise


Mahu melihat matahari terbenam di tengah laut? Naiki lah Sunset Tropical Cruise. korang akan meluncur atas kapal ini selama 3 jam bersama-sama dengan pelancong lain. Pengunjung dapat melihat matahari terbenam sambil menikmati on board BBQ Dinner feast bersama ayam, udang, ikan, daging lembu dan termasuk campuran sayur sayuran serta salad. Trip ini akan membawa korang melalui hampir 99 pulau yang terdapat di sekitar Pulau korang juga boleh terjun ke laut dan berendam di dalam jaring yang dilabuhkan di tepi kapal.

Telaga Harbour Langkawi


Telaga Harbour Langkawi merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan suram, kemudian LADA (Langkawi Development Authority) menaikkan tarafnya menjadi sebuah pelabuhan kapal layar. Disini merupakan tempat persinggahan kapal-kapal berlabuh. Sangat sesuai untuk santai minum dan makan petang dengan suasana yang menarik. Disini juga terdapat butik, restoran, bar, spa, hotel. Korang juga boleh melihat pelbagai jenis reka bentuk kapal layar mewah yang berlabuh di marina. Pada waktu malam ketika lampu telah dinyalakan, Telaga Harbour Park kelihatan cantik dan ditambah dengan panorama yang indah.

Pulau Tuba


Pulau Tuba yang dikenali sebagai lubuk ikan dengan sumber laut yang kaya dengan spesies bernilai komersil seperti jenahak, kerapu, siakap, ketam, sotong dan sebagainya. Keistimewaan lain di Pulau Tuba adlah seperti gua kelawar yang menempatkan beribu-ribu kelawar spesies terkecil. Ia mudah dikunjungi, cuma mengambil masa 30 minit berjalan kaki mengikut denai. Jika tiba pada waktu bulan gelap, anda mungkin berkesempatan melihat koloni kelip-kelip yang cuma berada kira-kira 100 meter dari pekan Tuba.

Tunggu apa lagi? Isikan hari cuti anda bersama keluarga tercinta dengan percutian hebat hanya di Traveloka. Untuk maklumat lanjut boleh layari UNSEEN MALAYSIA

Sekian Terima Kasih

March 20, 2018

Aktiviti Menarik di Port Dickson

Assallammualaikum ❤️


Sekarang sudah masuk cuti sekolah selama seminggu, pasti ramai ibu bapa menggunakan masa cuti sekolah ini untuk beriadah bersama keluarga. Baru-baru ini, sha bersama keluarga telah bercuti ke Port Dickson. Rancang asal kami hanya ingin membawa anak mandi kolam di Kuala Selangor. Memandangkan chalet telah penuh, jadi halauan telah bertukar ke Port Dickson Negeri Sembilan. 

Apa yang menarik terdapat di Port Dickson?. Selain pantai terdapat banyak juga aktiviti yang dilakukan disini seperti main banana boat dan lain-lain.


Disini juga terdapat pelbagai jenis gerai jualan yang menjual pakaian, mainan, cenderahati serta makanan. 


Ketika berada di sini, sha sempat juga merasa milo kepal. Milo kepal ini memang tengah viralkan sekarang. Disebabkan sha belum pernah cuba, jadi kesempatan yang ada ini, sha cubalah. Sedap juga rasa milo kepal ini ditambah dengan coco cruch dan bahan yang lain. Cuma masaalahnya adalah kena tunggu lama untuk ais kepal itu hancur. Milo kepal lagi sedap bila dimakan ketika aisnya hancur. Harga semangkuk milo kepal adalah RM5.00. Ada beberapa gerai yang menjual ais kepal ini dwngan harga yang berbeza. Jadi kalau korang rajin jalan lagi, korang boleh dapat semangkuk ais kepal dengan harga RM4.00.


Disini juga terdapat petting zoo. Untuk masuk bermain serta memberi haiwan makan dikenakan RM5.


Sha juga pergi berjalan di jambatan. Kalau kita lihat jambatan ini, tidak ubah seperti pergi Hutan Paya Bakau di Perak. Kalau di Hutan Paya Bakau Perak memang sejuk sebab banyak pokok. Sebaliknya di Port Dickson sangat panas tambah semasa sha sampai dalam pukul 3 lebih memang tidak menghayati panorama jalan sahaja laju untuk sampai ke penghujung.

Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry akan datang.

Terima Kasih

March 07, 2018

Segmen #KBBA9 : 10 tempat menarik yang sesuai untuk keluarga di KUALA LUMPUR

Assallammualaikum

Kuala Lumpur, nama yang tidak asing lagi. Merupakan ibu kota yang tidak pernah tidur. Ada apa dengan Kuala Lumpur? Di sini, sha senaraikan 10 tempat menarik yang sesuai untuk keluarga di Kuala Lumpur.

1. Taman Tasik Titiwangsa


Taman Tasik Titiwangsa merupakan tempat kegemaran sha dan juga berkunjung. Taman tasik ini sesuai untuk bersantai dan menenangkan fikiran bersama keluarga. Di tasik ini, korang boleh menaiki basikal pelbagai jenis dari single, double serta triple pun ada untuk kayuh bersama keluarga sekitar tasik ini. Untuk kanak-kanak juga juga disediakan basikal serta kereta kawalan. Jika lapar? jangan risau, terdapat beberapa gerai yang menjual makanan serta minuman di seketir taman tasik.

Alamat : Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur

2. Tugu Negara


Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.Tugu Negara juga merupakan salah satu tempat tarikkan pelancong. Disini korang boleh bergambar sambil menghayati sejarah pahlawan negara.

Waktu perniagaan:
Rabu 7:00PG–6:00PTG
Khamis 7:00PG–6:00PTG
Jumaat 7:00PG–6:00PTG
Sabtu 7:00PG–6:00PTG
Ahad 7:00PG–6:00PTG
Isnin 7:00PG–6:00PTG
Selasa 7:00PG–6:00PTG

Alamat: Jalan Parlimen, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

3. Pasar Seni

Kredit Photo : TrexEart

Pasar Budaya atau Pasar Seni ialah sebuah tempat menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi.Pasar Seni merupakan kumpulan kedai-kedai yang menumpukan kepada hasil kerja tangan Malaysia yang menjual pakaian dan barangan traditional seperti yang diperbuat dengan batik tradisi Malaysia.

Waktu perniagaan:
Rabu 10:00PG–9:30PTG
Khamis 10:00PG–9:30PTG
Jumaat 10:00PG–9:30PTG
Sabtu 10:00PG–9:30PTG
Ahad 10:00PG–9:30PTG
Isnin 10:00PG–9:30PTG
Selasa 10:00PG–9:30PTG

Alamat: Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

4. Istana Negara


Di Istana Negara ini terdapat koleksi barangan diraja dan bersejarah. Antara yang dipamerkan di sini adalah seperti Kad pengenalan sultan,pakaian diraja, aksesori permaisuri dan banyak lagi. Selain itu, dokumen-dokumen serta pakaian seragam turut dipamerkan. Menarik bukan?

Waktu perniagaan:
Rabu 9:00PG–1:00PTG, 3:30–9:00PTG
Khamis 9:00PG–1:00PTG, 3:30–9:00PTG
Jumaat 9:00PG–1:00PTG, 3:30–9:00PTG
Sabtu Tutup
Ahad Tutup
Isnin 9:00PG–1:00PTG, 3:30–9:00PTG
Selasa 9:00PG–1:00PTG, 3:30–9:00PTG

Harga Tiket : Percuma

Alamat : Jalan Tuanku Abdul Halim, Bukit Damansara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

5. KL Tower Mini Zoo


Lokasinya terletak di Menara Kuala Lumpur. Menepatkan pelbagai haiwan dan reptilia. kalau korang suka pergi zoo untuk tengok haiwan tapi tidak mahu panas kena matahari, haaa boleh datang ke sini. Terdapat pelbagai jenis haiwan yang terdapat disini. Anak-anak korang juga boleh memberi makan serta bermain dengan haiwan. Pemandangan sekitar mini zoo ini juga menarik untuk bergambar.

Waktu perniagaan:
Rabu 10:00PG–9:00PTG
Khamis 10:00PG–9:00PTG
Jumaat 10:00PG–9:00PTG
Sabtu 10:00PG–9:00PTG
Ahad 10:00PG–9:00PTG
Isnin 10:00PG–9:00PTG
Selasa 10:00PG–9:00PTG

Alamat: Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, Jalan Punchak, 50250, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

6. Taman Warisan Pertanian


 Kredit : #KBBA9

Terletak di Presint 16, Putrajaya.Korang boleh merasa sendiri buah-buahan segar dan melihat aktiviti seperti menoreh getah, mengummpul getah, penjagaan tanaman, pemeliharaan buah-buahan dan banyak lagi. Apa yang menarik di sini terasuk kompleks pelawat, dusun, laluan herba dan rempah, petak getah klon dan dek untuk melihat-lihat.

Alamat: Presint 16, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

7. Rumah Penghulu Abu Seman

Kredit : Utusan

Salah sebuah rumah yang telah dipulihara ialah Rumah Penghulu Abu Seman yang kini terletak di No. 2, Jalan Stonor di sini. Rumah yang berkonsepkan gabungan seni bina masyarakat dari Kedah, Perak, Thailand dan China itu menyimpan pelbagai sejarah dalam pembinaannya.Rumah Penghulu Abu Seman adalah satu contoh seni bina Melayu tradisional yang mengagumkan dengan seni binanya mempamerkan pelbagai pengaruh dan budaya yang unik.

Alamat: 2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan:
Rabu 10:00PG–4:00PTG
Khamis 10:00PG–4:00PTG
Jumaat 10:00PG–4:00PTG
Sabtu Tutup
Ahad Tutup
Isnin 10:00PG–4:00PTG
Selasa 10:00PG–4:00PTG

8. Kuala Lumpur Up-Side Down House


Lagi satu tarikkan menarik yang terdapat di Menara Kuala Lumpur adalah Rumah Terbalik. Rumah terbalik ini merupakan rumah tertinggi di Malaysia. Kesemua  barang yang terdapat di situ semua dalam keadaan terbalik. Penggunaan warna-warna yang begitu ceria juga merupakan satu tarikan rumah terbalik ini. Menang sesuai untuk bergambar di sini.


Waktu perniagaan:
Rabu 9:00PG–7:00PTG
Khamis 9:00PG–7:00PTG
Jumaat 9:00PG–7:00PTG
Sabtu 9:00PG–7:00PTG
Ahad 9:00PG–7:00PTG
Isnin 9:00PG–7:00PTG
Selasa 9:00PG–7:00PTG

Alamat: Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

9. KL Forest Eco Park


Gambar : zazaiman
Hutan simpan bukit nenas ini merupakan hutan simpan yang tertua di Malaysia. Sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti pondok, padang permainan, tempat berkhemah dan laluan jogging. Sambil beriadah bersama keluarga, sambil kita hayati kehijaun alam semulajadi.

Waktu perniagaan:
Rabu 7:00PG–6:00PTG
Khamis 7:00PG–6:00PTG
Jumaat 7:00PG–6:00PTG
Sabtu 7:00PG–6:00PTG
Ahad 7:00PG–6:00PTG
Isnin 7:00PG–6:00PTG
Selasa 7:00PG–6:00PTG

Alamat: 8, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

10. Dataran Merdeka


Dataran Merdeka ini merupakan dataran bersejarah di mana ia merupakan simbol kebebasan negara. Jika datang ke sini bersama keluarga, korang boleh bersantai dipadang. Di sini terdapat perniaga yang menjual mainan untuk anak-anak main ketika berda di padang. Pemandangan sekeliling juga sangat memakau pemandangan.

Alamat: Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Banyak lagi sebenarnya tarikkan yang terdapat di Kuala Lumpur. Untuk mengelak anda berasa kebosanan ketika  hujung minggu, Apa kata korang lkunjungi salah satu tempat yang menarik dari senarai sha itu. 

Jangan lupa kunjungi web kbba9.com untuk mendapat lebih info menarik tentang percutian serta info-info berguna yang terkandung di dalamnya.

Sekian Terima Kasih

February 19, 2018

Tempat Menarik di Kuala Selangor

Assalamualaikum 💕

Bercerita tentang tempat menarik di Kuala Selangor, sabtu lepas sha dan juga keluarga beriadah ke Kuala Selangor. Rancanganya adalah untuk berkelah di Pantai Remis. Jadi sebelum bergerak, kitaorang masak dahulu bekalan untuk makan disana nanti. Tepat pukul 9.30am, terus bergerak ke lokasi perkelahan.


Sebelum sampai ke Pantai Remis, kitaorg singgah dahulu digerai cedol durian pulut Sungai Buluh. Lokasi dia terletak di Jalan Klang - Teluk Intan. Sewaktu sampai disini, orang tidak ramai jadi pesanan sampai cepat. Sha order cendul tanpa pulut. Rasa cendul durian ini memang sedap. Memang licin, tambah makan ketika cuaca panas...fuhhhh...layan..hihihi. Selepas perkena cendol, teruslah bergerak ke Pantai Remis untuk berkelah makan tenghari disana.


Alhamdulillah, ketika sampai di Pantai Remis, masih ada pondok kosong untuk kami duduk berkelah. Sebelum bawa keluar semua bekalan, pondok itu kitaorg bersihkan dahulu. Macam-macam lauk yang kitaorg bawa seperti nasi lemak, nasi putih dan lauk pauk.



Kalau datang disini, seeloknya datang petang kerana pertama memang panas terik disitu. Sha pun sudah bertukar jadi dayang senandungs. Hihihi . Dan yang kedua adalah gerai jualan juga dibuka sepenuhnya pada waktu petang. Pelbagai jenis barang terdapat disitu termasuk barang kering dan basah. Sambil makan, sambil untuk ke tempat seterusnya iaitu Bukit Melawati dan Firefly Resort. Selepas siap berkemas, singgah sekejap gerai kemudian bergerak ke Bukit Melawati.

Lokasi : Pantai Remis,

Jalan Pantai Remis, Jeram, 45800 Jeram, Selangor.



Seperti dapat dijangka, di Bukit Melawati ramai orang. Untuk naik kereta api kena beratur panjang. Jadi kitaorang ambil keputusan untuk lepak area disitu sahaja sambil bagi monyet yang berada disitu makan. Dibawah banyak juga monyet berkeliaran, cuma tidak banyak dan pelbagai jenis seperti diatas. Selepas selesai bagi monyet makan, kitaorang pun bergerak ke Firefly Park Resort untuk bawa anak-anak mandi kolam.

Lokasi : Bukit Melawati,
45000 Kuala Selangor, Selangor



Sha sampai di Firefly Park Resort dalam pukul 3pm lebih. Jadi ketika sampai memang pengunjung sudah penuh. Untuk masuk, pengunjung perlu membayar sebanyak dewasa RM7 manakala kanak-kanak pula adalah RM5. Selesai menukar pakaian terus bawa anak-anak terjun dalam kolam. Keadaan air kolam ketika itu agak keruh mungkin jumlah pengunjung yang ramai.

Sha suka konsep chalet dia yang dibina diatas air. Nampak cantik dan menarik. Kawan sha ada tidur di situ. Ketika dia menginapmdi Chalet itui air kolam masih bersih lagi.

Sedang sha lepak dibawah payung kerana hujan ketika itu, ada mak cik sebelah sha cerita yang dia nampak "sesuatu" lalu berdekatan dia tadi. Terus sha hurmmm..teruk betul pengunjung yang tidak menjaga kebersihan. Tidak pasal kolam itu jadi tercemar. kalau Sha teringat kisah itu, kena fikir dua kali untuk datang ke sini balik.

Lokasi : Firefly Park Resort,
Kampung Bukit Belimbing, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih ❤️ 

February 17, 2018

Extreme Park Port Dickson

Assalamualaikum❤️


Sambungan daripada entry ini. Pada hari kedua pula, sha dan rakan yang lain melakukan aktriakti extreme iaitu Paintball dan ATV. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Macam sha pilih untuk menyertai kumpulan ATV.


Sementara menanti giliran untuk menaiki ATV, sha dan rakan yang lain main go-kart dulu. Untuk go- kart, bayar sendiri iaitu RM25 seorang.


Sebelum memulakan permainan, memang wajib pakai mob cap. Asalnya semua kata nak main relax sahaja, tetapi sebaliknya berlaku dimana semua berdesup laju. Macam sha, ini merupakan pengalaman pertama sha main go-kart jadi agak slow and steady layan lap. Keras betul steering go-kart, lenguh gak tangan memusingnya. Selepas habis layan selekoh go-kart, sha terust ke aktiviti seterusnya iaitu ATV


Yeaahhhh!!! Barisan perjuang bersedia untuk mengharungi segala cabaran dan rintangan.


Pada peringkat pertama sahaja, kumpulan sha menghadapi halangan dimana salah satu ATV rosak ditengah jalan. Terpaksa abang ATV itu patah balik untuk baiki. Tidak cukup dengan itu, satu ATV juga rosak dan terpaksalah abang ATV jalan kaki dengan menukar ATV miliknya kepada kawan sha. Lopak terdapat di laluan ATV sangatlah dalam berserta selut yang tebal. Selain itu, akar pokok boleh tahanlah menyukarkan laluan.


Macam sha, habis mandi selut dek kerana tayar ATV tersekat dalam selut. Bila kita press minyak untuk melepasi halangan maka dengan selut sekali terpercit. Suatu pengalaman baru dan menyeronokkan. Sha rasa sangat berpuas hati kerana walaupun penat, tetapi sha berjaya melukakan aktiviti yang sha tidak pernah buat sebelum ini iaitu go-kart dan ATV.



Di atas sha ada buat sedikit video story sepanjang sha berada di Port Dickson. Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry yang akan datang

Sekian Terima Kasih ❤️
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...