Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

July 25, 2017

BioXcellent Tripeptide Collagen White Diamond Menjadikan Muka Flawless Dan Pinkish Ala Korea

Assalamualaikum ❤️

Kini berwajah Baru. Bezanya cuma pada sticker sahaja, yang lain semua masih sama.

Wow!! Mampu mengurangkan jeragat! Itulah ayat pertama keluar dari mulut shailla ketika membaca khasiat yang terdapat pada BioXcellent Tripeptide Collagen White Diamond ini. Shailla memang sudah lama mencari produk yang mampu merawat masaalah jeragat yang shailla hadapi ini. Selain itu juga, tona kulit berganda cerah dan pinkish. Wahhhh...lepas ini dapat kulit Shailla menjadi pinkish ala korea jawabnya!!! Apalagi... Haishhhh terjebaklah jawabnya untuk mencuba produk keluaran BioXcellent ini.


Jika sebut pasal Collagen ini memang dari dulu teringin hendak mencuba tapi tidaklah sampai untuk tahap membeli. Kira erti kata lain adalah baru niat belum buat lagi. 

Sekarang sudah hampir seminggu juga shailla minum Collagen White Diamond ini. Rasanya memang sedap dan tekak shailla boleh layan. Kalau kita buka penutupnya bau terus keluar bau macam gula-gula getah pun ada... Segar sahaja. Rasa airnya pula apabila dibancuh rasa masam masam manis. Mungkin kerana campuran daripada serbuk Raspberry, Tomato, Apple dan lain-lain. Rasa dia juga tidak buat kita rasa cepat muak mahupun rasa loya untuk teguk... Huhuhu


Terdapat banyak khasiat yang terkandung didalam minum BioXcellent Tripeptide Collagen White Diamond ini antaranya :

• Membaik pulih struktur kulit
• Kulit lebih cerah,anjal, gebu dan lembap
• Mengurangkan garisan halus dan keduta
• Mengaktifkan sintesis penghasilan kolagen pada tubuh
• Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, pigmentasi dan tompok hitam.
• Melindungi dari sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran
• Mencantikan kuku lebih kuat dan atasi masalah keguguran rambut
• Mengatasi masalah lenguh badan
• Ramuan premium membekalkan zat penting untuk kulit.

Kelebihan BioXcellent Tripeptide Collagen White Diamond keluar BioXcellent :
  • Ramuan BioXcellent Tripeptide Collagen White mengandungi vitamin, Campuran beri (diperkaya dengan anti oksidan), Tripeptide Kolagen, Astaxanthin, Acacia gum, Ekstrak Grape Seed, Tomato, Apple, Rasberry & Pomegranate yang diuji secara klinikal untuk meningkatkan pencerahan kulit, keanjalan kulit dan kulit cerah bersinar.
  • Produk ini selamat di gunakan & standard penyulingan yang di luluskan oleh KKM dan GMP.
  • Produk ini memberi kesan seawal 7 hari. BioXcellent Tripeptide Collagen White ini dapat memberi kesan cepat & dapat dirasai selepas 24jam, Jerawat kecut, Muka tak kering , selepas bangun tidur badan rasa Segar dan Bertenaga.
  • Harga sangat berpatutan dan insyaallah mampu milik iaitu RM70.00 sebotol tahan untuk 30 hari. 
  • Boleh didapati di Watson ataupun Lazada


Kesan Selepas Mengamalkan BioXcellent Tripeptide Collagen White Diamond 

Seperti mana yang shailla bagitahu diatas, shailla baru mengamalkan produk ini selama seminggu. Apa yang menarik perhatian shailla, kesan daripada penggunaan produk ini adalah :
  • Tidak perlu make up tebal - Beberapa hari ini memang Shailla tidak menggunakan foundation kerana bagi shailla kalau dari skip foundation lagi bagus. Buktinya korang bila lihat gambar shailla diatas. Gambar itu diambil ketika menjaga anak shailla di hospital memang tidak pakai apa-apa make up langsung. Yelah, karang kalau make up, cair pula doktor yang ada disitu.. Wakaka. 
  • Seminggu juga shailla menjaga anak dan menjadi penunggu setia di Hospital. Dengan adanya minuman ini dapat mengatasi masalah lenguh badan yang Shailla hadapi. 
  • Shailla juga dapat merasai perubahan pada kulit Shailla dimana kulit menjadi lebih cerah,anjal, gebu dan lembap. 
Minuman ini sesuai untuk Lelaki dan Perempuan berumur 16 tahun ke atas. Selain itu juga, minuman ini mampu Meningkatkan penghasilan SUSU IBU tetapi perlu diingat agar ibu-ibu yang hamil mahupun menyusu bayi perlu merujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil minuman ini. Kalau korang hendak lebih lanjut lagi tentang produk ini, boleh terus lihat sendiri Facebook BioXcellent atau Instagram BioXcellent

Sekian Terima Kasih

May 30, 2017

MAMINQA Milk Booster Penyelesaian Masaalah Kekurangan Susu Badan

Assallammualaikum 💕 


Hai Semua, macamana kalau shailla kongsikan satu produk yang bagus khas untuk ibu-ibu yang mengalami masaallah kekurangan susu badan. Produk ini amat mudah dimakan dan paling penting sangat sedap. MAMINQA Milk Booster. Harga satu kotak RM100. Terdapat 20 pekat dalam kotak ini.


Tidak dinafikan terdapat banyak petua-petua yang terdapat di pencarian google, tetapi korang juga boleh mencuba produk MAMINQA Milk Booster ini kerana sekali rasa pasti selepas itu korang akan setia dengannya. Alhamdulillah shailla juga telah mencuba produk ini lebih dua minggu.
Shailla makan sehari dua peket iaitu pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Shailla telah Nampak perubahan dimana sebelum ini susu shailla memang drop habis, kalau pam pun adalah dalam setitik lalu. Setelah mencuba produk ini, apabila pump, shailla sudah berjay dapat hampir satu oz. Walaupun nampak sedikit tetapi sudah nampak hasilnya.
Selain itu, di dalam MAMINQA merupakan satu produk yang berasaskan bahan makanan sunnah yang bertujuan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.


Kelebihan utama mengamalkan Maminqa Milkbooster ini  adalah dapat membantu sistem susu untuk terhasil dengan kerap. Selain itu menjadikan susu ibu berwarna lebih pekat dan kuantiti susu yang lebih meriah. Paling utama adalah Memastikan breast yang kosong akan sentiasa penuh dengan susu. 


Terdapat juga Kesan-kesan lain jika mengamalkan Maminqa Milkbooster ini  antaranya adalah menambah haemoglobin. Paling best adalah ia juga dapat menjadikan kulit kita kelihatan lebih tegang. Maminqa Milkbooster bukan sahaja bertindak sebagai antioxidant pada kulit kita malah dapat melambatkan proses penuaan (anti-aging). Untuk ibu-ibu yang berkerja mahupun sur rumah, Maminqa Milkbooster juga mampu menjadikan badan lebih bertenaga dan membantu sistem pencernaan (pelawasan). Maminqa Milkbooster ini juga mampu melancarkan peredaran darah, menguatkan sistem imunisasi pada badan, melembapkan kulit dan membantu perkembangan minda untuk berkembang


Jadi sebenarnya , MAMINQA Milk Booster bukan hanya untuk memperbanyakkan susu , malah turut untuk baik juga untuk kesihatan dan juga awek muda disamping memberikan ekstra tenaga. MAMINQA Milk Booster ini juga mendapat kelulusan daripada kementerian kesihatan. KOrang boleh lihat sendiri cop KKM ada dibelakang kotak ini. Jadi tidak perlu ragu-ragu untuk makan yer…hihihi


Cara makanya pula amat mudah dimana korang hanya perlu koyak dan hisap sahaja. Maminqa Milkbooster juga mudah untuk dibawa ke mana-mana. Jangan risau yer kalau lepas ini susu sikit kerana produk ini sangat membantu . Semoga kita semua dapat memberi susu terbaik untuk bayi kita. Amin…😍

Jadi ibu-ibu sekalian, lepas ini, kalau hendak susu meriah, jangan cari yang lain hokeyyyy....  

cari saja MAMINQA Milk Booster :

Instagram : @merebeniemy
Facebook : Mere Benie Malaysia/
Whatsapp : maminqamilkbooster

Terima kasih 

May 29, 2017

ByfaraDila Baju Raya Cantik dan Murah

Assalamualaikum 💕

Hai semua!! Apa macam? Puasa ke idok? Haaa... Korang dah shopping baju raya ker?
Biar shopping awal, nanti tidaklah kalang kabut iye idok?. Okay shailla nak rakemen satu kedai baju ni. Koleksi baju yang terdapat di kedai itu memang cantik tertarik engkau memang the bomb... Huhuhu.


Ketika ini, Shailla mengenakan shawl daripada Chendana Signature. Waktu Shailla beli tengah ada sale jadi Shailla grab 4 helai. Kebetulan ketika baju dapat Shailla match and matching kena pula dengan baju.Weee. 


Untuk sesi photoshoot yang lepas, kedai byFaraDila. Menjadi pilihan Shailla. Antara jenis kurung menjadi kegemaran Shailla adalah kurung moden. Shailla berkenan pada potongan kurung moden. Apa yang buat Shailla pilih baju kurung modern ini adalah kerana selain potongannya terdapat juga ropol-ropol pada tangan dan juga kaki baju yang menambahkan lagi keserian dan kecomelan si pemakai. Hihihi. 

Shailla juga suka pada material dia yang sejuk. Walaupun ketika photoshoot raya kbba9 yang lepas kena pose dibawah cahaya matahari, tetapi Shailla tetap maintain pose sambil memegang anak. Ohh ya, ketika sesi photoshoot itu juga ada salah seorang MUA tegur Shailla dimana baju Shailla pakai sama dengan baju yang dia akan pakai raya ini. Wahhhh... Sedondonlah kita, nasib lain-lain tempat kalau tak kena cop boria. Ngehngehngeh. 


Sebenarnya banyak lagi koleksi pakaian yang cantik-cantik terdapat di kedai byFaraDila ini. Kedainya terletak di Bazaar@Seven seksyen 7 Shah Alam. Alang-alang korang hendak shopping baju raya di Jakel itu, apa kata korang walk in sekali ke kedai byFaraDila untuk cuci mata mana tau tiba-tiba ada yang berkenan.huhuhu.




Haaa... Macamana? Kalau ada yang telah jatuh hati dan ingin melihat sendiri rekaan daripada byFaraDila ini boleh terus ke alamat seperti dibawah ini. 

No 24, Bazaar@Seven Jln Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor 
Atau
Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Instagram
byFaraDila

Sekian Terima Kasih

May 07, 2017

Perkhidmatan Mua Area Selangor Makeupbyninanizam

Assalamualaikum 💕


Haaa... Korang yang duduk area Selangor yang masih tercari-cari Mua untuk majlis istimewa korang, mai sini shailla ingin recommend Mua Nina Nizam. Kalau dari segi pengalaman, masih lagi baru dalam bidang mak andam ini tetapi hasil make up adik nina ini memang puas hati.



Shailla belanja sikit hasil sentuhan magic dari adik nina nizam ini.


Korang kenalkan model comel diatas ini? Hahaha... Perasan sudah. Hendak dijadikan cerita, shailla ada photoshoot hari raya dengan kelab blogger ben ashaari di Upm. Jadi ketika photoshoot ini berlangsung haruslah ada Mua agar kita kelihatan cantik dan bergaya ketika beraksi dihadapan kamera. Shailla mengenali nina nizam ini melalui kawan baik shailla iaitu azza. 



Inilah dia adik nina nizam. Cantik kan? Macam kacukkan orang putih pun ada.. Hahaha. 




Ini pula gambar shailla bersama dengan adik nina dan juga gambar hasil sentuhan magic oeh adik nina nizam ketika hari photoshoot itu. Adik nina ini make up memang tangkas. Dia hanya mengambil masa dalam 45 minit untuk menyiapkan make up shailla. Shailla berani recommend dekat korang kerana shailla sendiri telah merasai sendiri sentuhan dari adik nina ini. Shailla juga percaya sentuhan dia tidak akan menghampa korang. Lihat sahaja hasil sentuhan dia pada shailla memang terbaik. 


Terima kasih adik nina kerana telah mengubah akak menjadi cantik seperti siti nordiana... Ehhhh!!. Hahaha. Akan Shailla doakan semoga adik nina berjaya dan maju dalam bidang Mua. 





Diatas adalah antara harga pakej Mua yang ditawarkan oleh makeupbyninanizam. 


Selain itu juga, adik nina juga ada buat kelas basic make up. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari dunia make up, boleh menyertai kelas yang dianjurkan oleh adik nina. 

Korang boleh terus usha IG adik nina ini dekat sini @makeupbyninanizam untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan dan juga pakej-pakej yang ditawarkan oleh adik nina ini. 

Sekian Terima Kasih.  


October 27, 2016

Program Diet HCG Bersama Dr.Malinda

Assallammualaikum

Jika bercerita tentang kecantikkan ini, memang kaum wanita sangat suka terutama pada yang menghadapi masaalah berat badan yang obesiti. Kepada mereka yang sangat menitik beratkan soalan kesihatan, amat sesuai untuk meyertai Program Diet HCG yang dijalan oleh Dr Malinda. Program ini merupakan revolusi baru dalam rawatan obesiti.

 
Siapakah Dr Malinda? pada yang belum mengenali beliau pasti tertanya-tanyakan. Dr Malinda merupakan Pakar Penuan Sihat dan Obesiti daripada Future Wellness Sdn Bhd, Health & Training Consultantcy. Mempunyai pengalaman 15 tahun sebagai doktor perubatan  dan memberi coaching untuk Program Hcg selama 4 tahun serta berjaya membantu lebih 300 pelanggan mencapai berat badan idaman. Beliau juga menjdai speaker untuk lebih 1000 jam ceramah dan seminar kesihatan anjuran swasta dan kerajaan. Selain itu juga juga, menjadi panel jemputan untuk segmen Penuan sihat dan di Wanita Hari Ini dan Nasi Lemak Kopi O. Dr Malinda juga merupakan penulis artikel kesihatan dalam Majalah i-Sihat.

 
Sebelum Shailla terangkan serba sedikit kelebihan menyertai Program Diet HCG, pasti para pembaca ingin mengetahui apakah itu HCG. HCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin iaitu sejenis hormon dihasilkan dalam badan dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil. HCG berfungsi memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi rangsangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai tenaga. HCG juga berfungsi sekiranya tubuh dalam keadaan kelaparan dimana HCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakar tenaga dan memberi 1500 hingga 4000 kaloro sehari sebagai tenaga.


Kebaikkan Program ini adalah bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan lebih pejal dan padat. Selain itu juga dapat memperbaiki tahap kesihatan secara menyeluruh dimana tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut.Tidur  anda juga menjadi lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tone kulit yang lebih cantik dan tiada lagi food carving. Dalam hanya 23 hari sudah boleh lihat perubahan yang ketara. Setiap kitaran HCG mempunyai 3 fasa iaitu Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence . Anda juga tidak perlu risau dimana sepanjang program ini berjalan,anda adakan dipantau oleh Dr Malinda sendiri. Semua manual dan juga menu permakanan juga disediakan.

Untuk pengetahuan semua, HCG tidak mempunyai kesan sampingan akan tetapi antara kemungkinan kesan adalah seperti sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori rendah. Walaubagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan juga supplement akan membantu.

Sharing @ Testimoni dari Clients di Dr Malinda Health & Beauty Academy


1. Puan Farah

Setelah sekian lama...aku kini bersedia berkongsi dgn rakan2 tntang apa yg aku telah lalui utk beberapa bulan ni...
OBESITI....
Satu istilah yg menjadi kengerian buat aku ketika ini...telah berpuluh tahun aku hidup dlm kesilapan, kealpaan dan kezaliman pada tubuh badan yg Allah kurniakan...
Pengalaman menjaga suami yg tak sihat menyedarkan aku akan pentingnya menjaga tekak dan perut kite...makan bukan ikut tekak tp ikut keperluan...
Tapi ini bukanlah BIG WHY aku yg pertama...ini sebenarnya BIG WHY aku kenapa aku tak nak lgi hidup dlm obesiti...
Satu impian aku ialah nak dipanggil IBU....hati wanita mane yg xde impian tu selepas berkahwin...1 day....aku sembang ngan adik aku yg doktor...
"Long, aku nk cite sket" : Aku tgk kt wad aku skrg...ramai pompuan yg big size pegnen...kesian dorg sbb bru 6,7 bulan pegnen dh kene warded sbb gula tinggi, darah tinggi...pastu kene paksa bersalin awal...
Aku jadi ngeri plak bile adik ckp cmtu...trus fikir...aku cikgu sains...aku blajr ttg fisiologi manusia dr sekolah lg...ilmu klu pemakanan tak seimbang dan kesannya mmg dh tau dh...tp knp aku x apply dlm life aku ???
Aku tringat ms keguguran aku tny doktor knp aku boleh gugur sedangkan aku jaga sgt2 pergerakan...
"Sbnrnya kandungan puan ni dia x menjadi sbb kdgkala klu kandungan gula atau garam atau ap2 shja yg x sepatutnya tinggi dlm darah menjadi tinggi, atau terlalu rendah...pembentukan bayi boleh terganggu..mcm org buat kek...klu terlebih tepung, terkurang soda ke...kek tu bantat kan...jadi umpama cmtu la..."
Aku muhasabah diri...combinekan ap yg angah ckp, ap yg gynea ckp dan ilmu2 yg aku tau...aku gugel, tny org2 tua.. satu yg aku dpt simpulkan....bila nk pregnen...badan mesti ready...baik zahir atau batin...kesihatan no 1...ap yg masuk dlm bdn kite akan effect pd baby...aku tahu Allah dh tentukan anak syurga aku bukan utk temani aku di dunia...aku rs 8 sbb x jaga dia baik2...makan ikut tekak...konon mengidam...huhu...
Paling tragis...
Ad istri spupu suami...kami xpernah jmp sjak kawen..ms kami makn kt meja...dia ckp ngan suami...
"X sgka awak kawen dgn farah ye....akak ingat awak cari yang......hmmm"
"Adik bradik farah semua mmg gemuk2 eh?"
Klu korg kt tmpat aku...ape korg rasa?
****************************************************
Selepas semua ini...Allah bukak luas2 hati ini utk berubah...Allah temukan aku dengan Izzah Razak, Dr Malinda Mohd Ali dan Elzura Basirun...duit boleh cari...kesihatan?...so ni yg aku buat for these few months:
*join 1st cycle hcg program under doc malinda
*menang contest doc malinda and won 2nd cycle hcg..(best giler kot...hahaha...)
*cut down carbo and oily food, no more sugar but sometimes cheat day is must..hehehe...
*avoid 3 in 1....tak kira la ko letak ape dlm tu...sgala kacip dan tongkat skalipun...xnak dah...
*variation of exercises...kene rajin...the best early morning...
*consume best suplement suggested by doc malinda.
*do my best eat clean food and istiqomah
*stay positive, avoid stress thing and people
*always keep in touch with our support group
*of course beli, tempah dan alter baju2 sluar2 kain2 dlm wardrobe..
Skrg aku jadi pemilih...cerewet...bijak...semuanya dr segi apa yg nak masuk dlm bdan aku...baik makanan baik minuman baik suplement...sukar awalnya tapi hati kene cekal sebab aku dh nmpk perubahan besar dan positif dalam hidup...
*kebas tangan hilang
*gegata langsung hilang (klu dl seminggu paling2 skali wajib kene)
*berat hampir 16kg turun
*inch loss sgt ketara
*kulit makin cerah dan muda
*hidup makin happy
*even belum capai berat ideal tp mcm doc malinda ckp...tak perlu tunggu jadi sempurna utk inspire org lain.
*even masih belum ad rezeki pregnen...aku dpt jaga suami tersayang Mirza Mohamed dgn baik dan guide dia utk healthy life jg.

#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat





2. Puan Suriya



Salam Jumaat yang penuh barokah...

Melihat foto ini,,terpanggil aku untuk mengimbau keadaanku lebih dari setahun yang lalu..
Memiliki berat badan lebih dari 100kg??..apa yg kurasa??
Ianya hanya..igauan yang melukakan;

*Sukar untuk beribadah..solat pun sering duduk,,
*Penyakit datang bertimpa timpa..1..2..3..4..5,,
*Hilang keyakinan diri,,
*Tekanan perasaan,,
*Sering jadi bahan gurauan...(so irritating)
*Hati sakit...jiwa pedih..
Kuringkaskan kisahnya,,Allah telah pertemukan aku dengan Dr.Malinda & program Latih Diri Langsingnya....ianya sungguh di luar jangkaan,,begitu banyak ilmu-ilmu kesihatan yang selama ini jauh dari kotak fikiranku yang berjaya dipraktiskan. Dengan amal serta istiqamah yang ikhlas dan konsisten, pasti Dia janjikan hasil yang setimpal dengan usaha..syukran..Alhamdulillah..

Bukan meminta perhatian,,tidak juga pujian, apatah lagi penghargaan, tidak kulayak untuk menasihati..hanya sepintas perkongsian..untuk membakar lagi semangat diri meneruskan Jihad Untuk Sihat..

Semoga jasad indah yang Allah pinjamkan sementara kepada kita di dunia ini dapat dipulangkan semula dengan cukup sifat dan baik *terperi* keadaannya kepada Dia..diri empunya diri..Insya Allah.

Terima kasih kepada Dr.Malinda.
Syukran Allah..

*Let the photo speaks by itself*
#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat



3. Puan Diana

Esok2la diet..bila esoknya tiba cakap lagi esokla diet..Lama2 dah bertahun2 cakap ayat yang sama..Hahaha..kerap sangat cakap macamtu bila ada keinginan nak kurangkan berat badan. Cakap kat mulut je..tapi buatnya tidak (ayat2 menghiris kalbu walau di hati tersenyum sinis). Sehinggala saya mengalami sakit lutut hingga terpaksa duduk di kerusi untuk solat. Bila dah selesai solat minta tolong pula En. somi papah saya untuk bangun dari kerusi. Sedihnya..kita belum masuk warga emas lagi. Nekad. Menggoogle tips2 diet.

Hinggala saya terjumpa di fb ini (maaf tak ingat wall siapa) yang menemukan saya dengan 'Program 23 days HCG'..atau langsing dalam 23 hari. Siapa tak nak kan.. Dan dari situ juga 'bertemu jodoh' dengan empunya Akademi Latih Diri Langsing' yang gojes dan comel Dr. Malinda Mohd Ali yang guide saya dari awal hingga akhir.

Dari situ jugalah..banyak ilmu yang saya perolehi terutamanya dengan 'Food Addiction', kalori, hambatan2 mahu langsing, rebounce dan macam2 lagi. Apa yang ditekankan di situ bukan hanya 'mahu langsing' tapi menjurus kepada penjagaan kesihatan tubuh badan untuk pencegahan penyakit atau dalam ertikata lain 'jihad sihat'.

Hasil 'online coaching' bersama Dr M dan sahabat2 ldl yang senasib, alhamdulilah..berat saya yang asal 86kg (takut mak nakkk)..akhirnya digital scale saya menunjukkan angka 78kg pada hari yang 21 saya bersama ldl. Amazing.. Sebelum ini dah banyak RM yang melayang di slimming centre. namun tak pernah mendapat angka 7 di depan. Bukan salah slimming centre..cuma tak dapat ilmu dan faham konsep menangani 'food addiction'. Tu pasalnya liat betul angka tu nak turun. Hahaha.

Sebenarnya..masih jauh lagi perjalanan saya ini. Impian untuk meletakkan angka 6 di depan masih lagi dikejar supaya nampak lebih muda bak kata Dr (kata2 semangat dari Dr M). Hehehe..pandai je dr. M nk pujuk saya. In shaa Allah..untuk kesihatan diri sendiri dan yang utama dapat menunaikan ibadah dengan sempurna. Dengan ilmu yang diperolehi tak susah sebenarnya untuk dipraktiskan. Pokok pangkal diri sendiri. Kepada yang menghadapi masalah seperti saya, tidak mustahil untuk kita dapat apa yang kita impikan. Tolak tepi dengan 'gemuk keturunan' tolak tepi dengan ' dah memang gemuk dari kecik' tolak tepi dengan 'tulang besar'. Niat utama untuk sihat..bonusnya 'langsing. Dah macam promote produk pelangsing plak. Maaf ye..saya cuma nak share pengalaman sahaja.

#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat


4. Puan Salwa


Grow Younger, Wiser and Healthier.
After 6 months of learning, experiencing and determination, now here I am. Day after day, realizing the significance of healthy diet and active lifestyle. Another year to reach my goal though.
Thanks for your guidance and wish me luck Dr Malinda Mohd Ali




5. Puan Hani
  


Esok la diet..esok la diet...last2 sampai bertahun dialog tinggal dialog je. Diet entah ke mana. Mula tersedar bila baju2 semua dh ketat, rasa letih dan malas nk buat kerja sebab badan dh makin berat. Pernah juga buat diet atkins tp separuh jalan je...xder istiqamah langsung. Hasil apatah lagi kan.

Sehinggalah sy terjumpa link dkt FB tentang program Dr. Malinda. Start daripada situ semuanya berubah kepada cara hidup dan pemakanan yang lebih sihat. Thanks Dr. Malinda. Hanya dua perkataan ini yang saya pegang sekarang iaitu ISTIQAMAH dan JIHAD SIHAT.

Hasil berguru dengan Dr. M saya lost hampir 15.3kg. Bersyukur sangat walaupun perjalanan saya masih jauh untuk dicapai lagi struggle utk mengekalkan. Dengan kata2 semangat daripada Dr. M dan suppurt group yang ada insyaallah akan diteruskan demi kesihatan diri sendiri dan orang2 tersayang. Bukan nk promote just nak share pengalaman supaya dapat memberikan kesedaran kepada sesiapa yang masih berada di zon selesa. Jangan kecam saya.

#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat



6. Cik Nashar


DO NOT LET YOUR MIND BULLY YOUR BODY

Hari ini saya ingin berkongsi dgn rakan FB dan kpd sesiapa yang mengenali saya berkaitan perjalanan weightloss saya & perubahan kehidupan ke arah yang lebih positif. Segalanya bermula pada bulan April 2016 tahun ini selepas saya mendapat serangan penyakit asma (lelah) yang hampir meragut nyawa saya! Keadaan KRITIKAL yang saya alami shgga masuk wad & memakai "nebulizer" SANGAT memberi tamparan HEBAT pada diri saya.Sehingga hati saya berkata2..."Usia aku belum tua lagi, tapi dah masuk hospital.Aku mmg TAK FIT, TAK SIHAT sebenarnya.." Aku kena buat sesuatu... Aku tak boleh biarkan keadaan sakit asma ni membelenggu diri aku!"Baru disedari rupanya berat badan sudah mula meningkat.Salah sendiri sebab terlupa nak pantau, sibuk sgt dgn kerja sampai x de masa nk bersenam & makan pun tak jaga... Inilah KESAN KEALPAAN AKIBAT TIDAK AMBIL BERAT KESIHATAN DIRI

HIDAYAH dari Allah datang benar-benar menusuk ke dalam hati.Saya mula mencari arah untuk mulakan langkah pertama.Saya mulakan dgn masuk program fitness komuniti cabaran 6 minggu. Dalam masa itu, saya mula terfikir,..."Aku kena cari ILMU YANG BETUL BELAJAR NUTRISI & PEMAKANAN.Aku kena berguru. Tapi dgn siapa?? Ya Allah tunjukkan jalan dan berikan panduan padaku... "bisik hati saya seakan DOA kpd Allah SWT. Saya ingin benar-benar BERUBAH.

Sehingga pada suatu hari, Allah menemukan saya dgn FB page Dr Malinda Beauty & Health Academy. Hati rasa tertarik untk scroll lebih lanjut dalam FB page Dr Malinda Mohd Ali. Slps membaca profil Dr & usaha beliau membantu org ramai mengatasi masalah OBESITI & KEGEMUKAN yang mjadi MIMPI NGERI thdp WANITA, saya terus what's app Dr & berkeinginan sgt untk berjumpa FACE TO FACE dgn Dr. Shgga sanggup pergi ke Kluang, Johor naik bas bertemu beliau. Akhirnya peluang bertemu & berkongsi masalah yg saya hadapi dgn Dr.

Selepas bertemu beliau, saya dibekalkan dgn e-book & kelas online coaching LATIH DIRI LANGSING (LDL) dgn 8 modul yg perlu diikuti oleh peserta di bawah seliaannya. Dpd modul tersebut, bnyk ILMU Yg saya pelajari.Walaupun saya seorg guru Sains, tidak semua perkara berkaitan pemakanan saya tahu. Tetapi melalui LDL, saya diajar CARA MENGATASI KETAGIHAN GULA,PANDUAN PEMILIHAN MAKANAN KELAS KARBOHIDRAT & LEMAK YANG BANTU PROSES TURUN BERAT BADAN & LEMAK BADAN, PROSES DETOX,SUPPLEMENT YANG SESUAI, KAITAN HORMON DALAM PROSES TURUN BERAT BADAN, KITAR TIDUR & SENAMAN YANG EFEKTIF.Untuk proses penurunan berat badan yang berkesan, 20% adalah SENAMAN & 80% PEMAKANAN. Disebabkan % PEMAKANAN LEBIH BESAR, maka perlu kita MEMPUNYAI ILMU & TIDAK BOLEH MELAKUKAN DIET MENGIKUT VERSI KEFAHAMAN SENDIRI!Selama hampir 6 bulan BERUSAHA GIGIH, kini baru saya dapat melihat hasilnya. Kulit wajah makin berseri, baju lama 10-15 tahun dulu sudah boleh pakai & yang paling BEST kehidupan saya skrg LEBIH GEMBIRA & POSITIF!Bersama-sama dgn rakan LDL ALUMNI DR MALINDA, saya mendapat MOTIVASI KUAT YANG BERTERUSAN! Selain dari kami dalam group What's App saling memberi sokongan & inspirasi kejayaan antara satu sama lain untk mencapai misi KEJAYAAN masing2. Cepat @ lambat bergantung kpd tindakbalas badan seseorg. Yang PALING PENTING, diri RELA & SEDAR untk BERUBAH!Satu perkara yang SANGAT MENYENTAP PERASAAN saya apb Dr Malinda kerap memberi penekanan bahawa BADAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA MENJAGANYA DGN SEBAIK-BAIKNYA. ADAKAH KITA MAHU HIDUP DGN KEADAAN BERAT TIDAK MAMPU DITAMPUNG BADAN? ADAKAH KITA MAHU MENYUSAHKAN ORG LAIN UNTUK MENGANGKAT JENAZAH DIRI DALAM KEADAAN BERAT BADAN YANG TIDAK MAMPU DIANGKAT? ADAKAH KITA MAHU MENGHADAP ILLAHI DGN KEADAAN ORGAN YANG SUDAH ROSAK AKIBAT SAKIT KERANA KELALAIAN KITA TIDAK MENJAGA KESIHATAN?Semua persoalan ini membawa konsep JIHAD SIHAT SEPANJANG HAYAT! Syukur ditemukan & dapat MENTOR HEBAT Dr Malinda! Terima Kasih Dr Malinda bnyk beri motivasi berterusan kpd saya.Sudah namanya JIHAD,Memang bnyk PERGORBANAN yang saya lakukan. Antaranya:-Tidak beli & minum 3 in 1 coffee -TIdak ada stok gula putih di rumah -Apply clean eating ( masak tak gunakan garam gantikan dgn herba @ rempah) -Makan makanan organik,natural food & gluten-free products -Guna stevia gantikan gula putih jika nak minum manis -Bangun awal setiap hari masak sendiri bawa makanan sendiri -Bersenam setiap 3-4 kali seminggu.Jika sibuk sgt, paling kurang seminggu sekali. Tak dapat bersenam luar rumah, saya buat "home workout" -Bawa 2 beg setiap hari khas untk makanan & minuman saya. Saya bawa air minuman 2-3L & air jus @ teh Hijau masuk dalam beg setiap kali masuk mengajar di dalam kelas. Masa pergi home tutoring pun bawa beg minuman saya.

-Spend duit belajar & mencari ilmu dgn membeli buku & majalah berkaitan kesihatan. -Attend seminar kesihatan -Join online webinar coaching berbayar dgn dietitian & wellness expert. "KNOWLEDGE IS AN INVESTMENT FOR THE FUTURE"

-Download koleksi video "workout" sendiri untuk buat senaman di rumah. -Guna produk kegunaan rumah "biodegadable & environmental friendly".Setakat ini perkongsian saya yang dapat memberi semangat & motivasi kpd rakan-rakan lain untk SIHAT.Apb kita SIHAT, Kita akan CANTIK SEMULAJADI! TERUSKAN PERJUANGAN SEPANJANG HAYAT KITA!



7. Puan Ruslina

Rezeki bukan hanya wang ringgit tetapi masa, ilmu….dan KESIHATAN adalah rezeki yg tidak ternilai.
Usia..jantina..siapa kita bukan faktor penentu kejayaan..
Semua orang boleh berubah kepada yang lebih baik..
It’s start with your BIG WHY.. (Nak lagi jelas tanya sifu.. DR MALINDA MOHD ALI)
Terima kasih sahabatku Dr Fakriyah Abdullah kerana perkenalkan saya kepada insan istimewa iaitu Dr Malinda Mohd Ali pengasas Program Latih Diri Langsing @ LDL1060 yang sangat komited membantu sesiapa sahaja menangani masalah berat badan dan mencapai kesihatan yg lebih baik.
Saya bermula dengan berat 71 kg..
Selepas 2 bulan ikut program LDL turun 8 kg..
After 6 months capai berat 50 kg (ideal weight)….still maintain ideal weight
21 kg = 2 kampit beras 10 kg lemak berjaya disingkirkan
#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat




8. Cik Shaheenaz


DARI KECIL DAN GEMUK !

Baru form 2, berat dah 80kg ! dan ia bertahan sampai umur hampir 3series.. Bayangkan berapa lama berdamping dengan lemak2 ni!! bukan tak ada usaha, tp semuanya gagal ditengah jalan..sebab?? Xde ilmu, xde sokongan, xda itu, xada ini.. yg ada hanya lah ALASAN !!

Sampai la 1 masa, saja2 timbang, that moment yg buat naz TERDIAM! Perasaan jd kosong! Xpercaya langsung! Xde org tau, tp sekarang semua org akan tahu, naik2 je terus, 124 KG !!

Ya Allah.. xtau nak gambarkan perasaan mcm mana.. Speechless ! That’s my Turning Point actually ! Umur hampir 3series, Berat BERATUS KG !! :-( nak beli seluar jd 1 masalah besar.. Merungut! SAIZ SAMA TP CUTTING KECIK. apa ni?? hahaha

Now, this is how my JIHAD SIHAT begin.. sebenarnya Keinginan untuk bertudung dan lama dan makin tebal. Naz nak BERTUDUNG ! bertudung yg CANTIK & KEMAS! Tp bile pakai dgn muka yg bulat mcm ni.. haish.. Sendri tengok pun x puas hati!!

So, dengan bantuan kakak & coach, naz start pergi Gym workout + Diet. Sedang mencari2 menu diet, dapat tahu tentang E-Book Resepi Latih Diri Langsing Dr.Malinda Mohd Ali. Ingat Beli e book je! Tp rupanya Dapat CLASS ONLINE, dpt join JIHAD SIHAT KOMUNITI dan dpt COACH JUGA! Arghh.. Sudah!! terus jd commitment disitu!!

Nak tak nak, berat kene turun la kan!! It’s my Pushing element pulak.. tp Alhamdulilah.. dengan semua yg terjadi, keep me on the track.. :-) 

Terima kasih pd coach-coach yang banyak membantu, dan terima kasih juga buat Dr.Malinda Mohd Ali yg menubuhkan JIHAD SIHAT KOMUNITI. Secara peribadi Ia sangat membantu naz .Dengan ilmu yang dikongsikan, Progress yang diinspirasikan, Semangat yang disuntik, buatkan kami rasa kami adalah 1 PASUKAN yang BERJUANG untuk sampai ke MATLAMAT yang sama, yg kami susah nak dapat dr org sekeliling !! Sebabnya?? tidak lain kami berada dlm situasi & tekanan yang sama! Kerana itu kami lebih memahami antara 1 sama lain..

RASA BERBALOI KE JOIN PROGRAM NI?
RUGI X JOIN!! !! ia sangat bermanfaat! “ Kalau Kita Boleh Berhabis Duit Untuk Makan Makanan yang Mahal-Mahal yg boleh buat kite GEMUK, Kenapa Kita Kene Berkira Untuk Sesuatu Yang Buat Kita Kurus & Sihat ??

124kg - 115 kg - 86k - Now 80.6kg!!

#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat


Berminat Untuk Menyertai?

Whatsapps : 017-5084430

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...