Assallammualaikum
Hai semua, bila sampai musim cuti sekolah tidak tahu hendak bawa anak ke mana-mana, boleh datang ke Chocolate Museum Kota Damansara. Hari itu Shailla ada kongsi beberapa keping gambar di facebook ketika berada di sana. Rupanya ramai juga yang tidak tahu di Kota Damansara ada Museum Chocolate.
Chocolate Museum ini buka pada tahun 2013. Merupakan Chocolate Museum pertama (Chocolate Mesuem 1.0) yang menerima kunjungan lebih dari 1 juta pengunjung. Dalam masa yang sama, Chocolate Museum mengisytiharkan setiap lawatan dengan elemen asas 3Es iaitu, "elements namely", "Education regarding cocoa and chocolate", "experience of chocolate-making process and enjoyable shopping".
Oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, Chocolate Museum 1.0 telah menjadi terlalu kecil untuk menampung bilangan pelawat yang ramai maka lahirlah Chocolate Museum 2.0. Muzium Coklat 2.0 ialah ciptaan semula Muzium Coklat 1.0 oleh Kumpulan DRHoldings Sdn Bhd untuk meningkatkan pengalaman pelawatmelalui tarikan yang menakjubkan, karya seni asli dan fakta yang menarikMuzium Coklat 2.0
Antara tarikan Chocolate Museum 2.0 adalah pameran seumpamanya termasuk:
Muzium Coklat oleh Fidani di Kota Damansara dengan bangganya dimiliki dan dikendalikan oleh DR Group Holdings Sdn Bhd. Telah berada dalam industri coklat selama lebih daripada 35 tahun. Kumpulan DR menghasilkan coklat inovatif yang memenangi anugerah di bawah jenama DANSON, Milton, Farell's dan FIDANI menggunakan bahan coklat Belgium terbaik.
- Replika Saiz Nyawa Pokok Koko Malaysia
- Bandar Loker (Jenama Wafer No.1 Seluruh Dunia)
- Buku Bacaan setinggi 10 kaki
- 100 keping Koleksi Patung Asli 'Cow Parade'
- Tinjau kilang Coklat LIVE (tontonan terhad)
- Koleksi Arca Coklat Artistik (dengan sokongan dan kerjasama dengan tempatan institusi pengajian tinggi untuk mempromosikan bakat Malaysia)
- Set Kereta Api Coklat Model 35 kaki panjang - Model Tolok Dalaman Terbesar 1 Set Kereta Api di Malaysia!
- Replika Koleksi Model Kapal Skala Sejarah
- Potret Kolaj menggunakan coklat m&m (potret Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan 5,359 keping choco m&m's)
- Dinding Seni 3D Coklat Venice
- Menara Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dibuat menggunakan 525 kg coklat
- Cermin Gila
Tentang Chocolate Mesuem
FADINI iaitu salah satu jenama dari Kumpulan DR Group Holdings Sdn Bhd. DR Group Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat Malaysia yang pelbagai antara lain
pakar dalam pembuatan dan peruncitan produk coklat dan kuih-muih. Kalau korang nak tahu asal nama FADINI adalah dari nama seorang gadis muda dan cantik yang mempunyai kegemaran untuk perkara-perkara terbaik kehidupan, terutamanya coklat berkualiti tinggi.
FIDANI telah mencipta coklat buatan tangan terbaik untuk coklat indulgers di Malaysia dan seluruh dunia sejak tahun 1999. Menggunakan kualiti terbaik coklat dan 100% mentega koko, terdapat 70 perisa yang berbeza dan lebih daripada 200 jenis tampalan untuk dipilih. Fidani custom membuat reka bentuk coklat untuk perkahwinan, acara korporat dan untuk hampir semua majlis atau majlis.
Chocolate Museum 2.0 Kota Damansara
Shailla dan keluarga berpeluang menikmati pengalaman melawat Musuem Chocolate 2.0 bersama keluarga. Banyak ilmu dan pengetahuan yang Shailla dapat semasa lawatan itu.
Journey of Chocolates
![]() |
Mendengar penerangan tentang sejarah coklat |
Father of Chocolate
Pada bahagian ini, menonjolkan perintis Switzerland yang terkemuka dalam pembangunan dan pembuatan coklat.
Dengan kerjasama jenama coklat antarabangsa yang terkenal. Muzium Coklat 2.0 turut mempamerkan garis masa sejarah unik jenama terkenal seperti Neuhaus (pencipta coklat praline), Kit Kat Nestle, Cadbury, Nutella, Lindt, Hershey's dan banyak lagi. Muzium Coklat 2.0 juga mengimport coklat terus dari jenama coklat antarabangsa seperti Ferrero, Lindt, Neuhaus, Guylian, Hershey's, Cadbury, Toblerone dan m&m's untuk pengedaran dan runcit.
Health Benefits of Chocolates
Untuk bahagian ini, kita akan didedahkan tentang Kesihatan dan juga mitos tentang coklat dirungkai melalui paparan LED anatomi manusia yang interaktif.
Chocolates in the Industry
Disini, kita dapat melihat bagaimana proses pembuatan coklat itu dilakukan. Bermula dari dia cair hinggalah menjadi beku. Kita juga diberikan peluang untuk merasai keenakkan coklat itu. Memang sedap rasanya berbeza dengan rasa coklat di luar sana.
Chocolate Galleria
Pengalaman di Chocolate Workshop / Chocolate Lab
Pada hari itu juga, Shailla diberi peluang untuk buat sendiri coklat dengan menggunakan mold yang disediakan oleh pihak Museum Chocolate.
Paling seronok ketika itu adalah anak-anak Shailla. Mana tidaknya sambil masukkan coklat dalam mold sambil makan coklat dan jelly.
Pada mulanya ingatkan hanya isi coklat dalam mold kecil-kecil itu sahaja. Rupanya ada kejutan dari pihak Chocolate Museum dimana Shailla perlu memilih kasut atau bag. Jadi Shailla memilih bag. Kami perlu buat dekorasi pada beg itu mengikut masa yang ditetapkan.
Ini dia hasil deko coklat dari Shailladan rakan-rakan yang lain. Ingatkan cukup hanya letak disitu sahaja. Rupanya kena present bagai tema atau konsep deko yang kita buat. Konsep beg deko beg Shailla adalah kasih sayang sebab husband Shailla yang deko semua manakala Shailla tukar ambil gambar. Kemudian pihak Chocolate Museum juga minta kongsikan pengalaman ketika melawat Chocolate Museum itu.
Bayaran masuk nominal, dari serendah RM2, akan dicaj untuk Muzium Coklat 2.0. Bayaran masuk adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun. Lawatan ke Muzium Coklat 2.0 menjanjikan pengalaman yang benar-benar tidak dapat dilupakan untuk semua pengunjung. Muzium Coklat 2.0 dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 5 petang.
Untuk lawatan atau tempahan kumpulan besar, adalah disyorkan untuk menempah lawatan berasingan dengan melawat laman web DR Group Holdings. Muzium Coklat 2.0 mengalu-alukan kedatangan korang dalam perjalanan penemuan coklat yang menakjubkan ini, hanya di Chocolate Museum 2.0.
Address:
Chocolate Museum @Kota Damansara
No.2, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara,
Selangor
Website: www.chocolatemuseum.my
Facebook: @chocolatemuseumkotadamansara
Instagram: @chocolate_museum_kd
TikTok: @chocolatemuseum
Terima Kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan