Logo KBBA

Julai 29, 2021

Cermin Mata Anti Blue Light Tahan Lasak Dari Optom Eyecare


Assallammualaikum



Kalau korang hendak tahu, gadget yang hari-hari korang tatap itu akan menghasilkan blue light atau sinar biru yang berbahaya untuk kesihatan.? Blue light boleh menimbulkan kesan negatif pada pola tidur dan boleh mengundang berbagai penyakit mata.



Blue light merupakan sinar biru yang dipancarkan dari skrin digital seperti television, laptop, PC, smartphone, tablet, dan pelbagai gadget lain. sinar biru dipancarkan pada jumlah yang banyak dari skrin digital. Blue ight Tenaga Tinggi ini (antara panjang gelombang 400-420 nm) melewati kornea dan sampai ke retina.

Kesan pancaran Sinar Biru :
  1. Ketegangan Mata
  2. Keletihan
  3. Mata Kering,
  4. Penglihatan Kabur dan
  5. Sakit Kepala.
Disebab itu, Shailla membuat keputusan untuk mencari cermin mata anti blue light yang sesuai untuk kanak-kanak bagi melindungi mata anak. Ini bagi memastikan mata anak Shailla terlindung dari kesan buruk atau kerosakan mata untuk jangka panjang.

Tambah sekarang musim PKP. Anak Shailla ada belajar secara bertulis dan juga ada juga secara online. Jadi baik Shailla ambil pencegahan mata anak dari sekarang. Shailla telah memilih Optom Eyecare Bangi sebagai jenama cermin mata anti blue light untuk anak.

Apa yang menarik tentang Cermin Mata Anti Blue Light dari Optom Eyecare Bangi ini adalah:



1. Material khas mudah lentur dan tahan. Cermin Mata Anti Blue Light dari Optom Eyecare Bangi ini jenis mudah lentur (elastic), anti patah dan tahan lasak. Tidak mudah pecah dan rosak. Sesuai untuk anak-anak melakukan aktiviti lasak.

2. Direka untuk rasa lebih ringan sesuai dengan aktiviti kanak-kanak.
Reka bentuknya pula sangat ringan dan selesa. Tidak memberi tekanan pada hidung dan meninggalkan kesan pada muka.

3. Fitting frame-face direka tak mudah tertanggal.
Cermin Mata Anti Blue Light dari Optom Eyecare Bangi ini mempunyai pelbagai saiz dan sesuai untuk anak dari lingkungan umur 3 hingga 12 tahun. Mempunyai bentuk melengkung yang sesuai untuk semua bentuk muka. Tidak mudah tertanggal dan menyakitkan telinga.

4. Kurangkan keletihan mata dalam situasi penggunaan skrin gajet atau komputer yang berpanjangan.



Kalau korang nak tahu, Areez dari kecil ada katarak mata belah kanan. Menjalani 2 kali operation untuk buang katarak mata. Sekarang dalam proses pemulihan. Areez juga seperti kanak-kanak yang lain suka bermain telefon pintar. Walaupun kami meletakkan limit untuk dia bermain telefon pintar, penjagaan matanya tetap kami titik beratkan. kini Areez memiliki 2 kaca mata iaitu kaca ada power dan kaca tanpa power iaitu cermin mata anti blue light dari Optom Eyecare Bangi.


Dalam banyak-banyak pilihan warna yang ada, Areez memilih warna Hitam dan Merah. Shailla memilih kod TRD12 Black/Red. Penghantarannya juga sangat pantas. Sebaik parcel sampai, terus buka dan cuba. Alhamdulillah nasib pilihan Shailla sesuai dengan bentuk muka Areez. Siap senyum lebar lagi bila ada orang puji dia handsome mengenakan cermin mata ini..hihihi

Hampir seminggu Areez menggunakan cermin mata anti blue light ini, Areez tidak lagi kerap menggosokkan mata belah operation itu. Biasanya dia asyik menggosokkan mata ketika bermain gadget dan mata jadi kemerah-merahan. Alhamdulillah, sejak dia tidak kerap menggosok matanya, mata Areez pun tidak nampak kemerahan lagi. Shailla juga harap power mata belah mata yang operation itu semakin turun dan semakin pulih seperti mata normal kembali.

Untuk melihat lenih banyak rekaan dan jua tempahan boleh klik link dibawah ini:

www.instagram.com/optombangi
https://www.facebook.com/optombangi/
http://optom.com.my

Terima Kasih

1 ulasan:

  1. anak2 un memang un suruh pakai, mata depa nak pakai jauh lagi kedepan. zaman pdpr ni memang berbaloi guna spek gini.

    BalasPadam