June 03, 2020

BURGER SALTED EGG & AYAM GORENG SALTED EGG MENU TERBARU DARI MARRYBROWN

Assallammualaikum ✌️

Hai semua! Apa khabar? Hai... Tiba-tiba tekak macam teringin pula nak makan ayam yang bersalut telur masin. 

Dengar cerita Marrybrown ada memperkenalkan dua menu terbaru gabungan Telur Masin. Wahhhh...apakah menu itu? Jom kita lihat apakah menu itu, dengar cerita rasanya padu.


Menyedari bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Marrybrown telah berjaya mengilhamkan cita rasa tempatan dengan gabungan resipi kegemaran rakyat Malaysia yang mereka kini berminat pada sajian yang menggunakan Telur Masin sebenar.

Korang pasti akan rasa teruja untuk menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown dan merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu yang penuh kelazatan. Sos diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini pasti akan menggugat selera korang!.

Untuk promosi Telur Masin, para peminat Marrybrown mempunyai dua pilihan yang enak iaitu :


Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan kentang jejari. Untuk hidangan ini boleh didapati pada harga dari RM15.00. 


Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad. Untuk hidangan ini pula boleh didapati pada harga dari RM15.90 untuk dua ketul ayam manakala RM18.80 untuk tiga ketul ayam. 


Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan cita rasa tempatan. Selain itu, kedua-dua hidangan kombo juga dihidangkan dengan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang cukup menyegarkan.


Tanpa berlengah masa, Shailla terus pergi mencuba kedua-dua menu ini. Memang tidak dinafikan rasa sos diperkayakan dengan sentuhan egg-stra ini memang padu!. Sos yang pekat digabung pula dengan rempah ratus dan daun kari beraroma memang terangkat selera Shaila. Korang juga patut rasa kedua-dua menu dari Marrybrown ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari :

Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV

Terima Kasih




No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...