April 11, 2020

BABAH PERGI BUAT SELAMANYA

Assallammualaikum ❤️


Semalam iaitu 10/04/2020 merupakan mimpi ngeri buat kami sekeluarga di mana tepat pukul 8 pagi, Babah telah pergi buat selamanya. Macam nak luruh jantung ini bila kakak beritahu Babah sudah tiada. Ketika itu rasa kosong, macam tidak percaya pun ada dan macam mimpi pun ada.


Paling menyayat hati adalah jenazah Babah tidak boleh dituntut lagi dalam masa 8 hingga 24 jam untuk pemeriksaan Covid-19. Kami semua diminta pulang ke rumah sehingga pihak hospital bagitahu keputusan darah Babah.

Sementara menanti jenazah Babah, abang pergi membuat report kematian di balai polis terlebih dahulu. Polis mengingat agar kami tidak berkumpul atau mengada kenduri tahlil arwah.

Selepas solat zuhur, kami hanya membuat bacaan yassin dirumah masing-masing sementara menanti panggilan dari Hospital. Sehingga ke malam panggil dari hospital tidak kunjung tiba, hati mula rasa gelisah selagi jasad Babah tidak disemadikan dengan sempurna.

Keesokkan paginya kakak pergi ke hospital untuk mengetahui status Babah, namun masih tidak diketahui. Sehinggalah 2 jam kemudian, pihak hospital memberitahu Babah boleh dibawa pulang untuk dimandikan. Untuk makluman semua, Babah bebas dari Covid-19.

Sementara menunggu jenazah Babah sampai ke Masjid, kami tunggu dirumah. Memang kami tidak galakkan saudara lain datang menziarah hanya adik beradik dan anak beranak Babah sahaja.

Jenazah sampai ke Masjid hampir pukul 3 petang. Kami adik beradik diberikan penghormatan terakhir untuk mandikan jenazah Babah secara bergilir-gilir. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk merasai mandikan jenazah Babah. Mula-mula rasa cuak juga kerana sebelum ini tidak pernah ada pengalaman mandikan jenazah.

Setelah jenazah Babah siap dikapankan dan disolatkan. Kami terus membawa jenazah Babah untuk di kebumikan. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Ketika sampai di tanah perkuburan pun cuaca redup sahaja.

Jenazah Babah di kebumikan dengan sempurna. Selamat jalan Babah. Selamat bertemu dengan pencipta. Semoga arwah Babah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin

Shailla disini sentiasa merindui Babah. Hanya gambar-gambar sebagai pengubat rindu.

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...