Thai Food Festival di Strand Mall

Assalamualaikum ❤️


Hai semua, apa khabar? Diharap dalam keadaan sihat sejahtera dan dibawah lindungan Allah. Semalam Shailla berkesempatan pergi Thai Food Festival di Strand Mall Kota Damansara.

Rancangan asal bawa anak-anak menonton wayang cerita How to Train Your Dragon: The Hidden World.


Terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan thai terdapat disini.


Shailla kalau thai food festival ini, pasti akan cari maggie tom yam dia. Kali ini punya tom yam dia kena dengan cita rasa Shailla sebab tidak terlalu pedas. Rasa kuah dia pun sedap iaitu pedas-pedas manis.


Ini pula kerabu ayam versi thai. Agak pedas sedikit tetapi boleh tahan la rasa dia. Semalam orang tidak ramai mungkin kerana ramai masih di kampung. Jadi agak selesa dan tempat duduk pun banyak kosong untuk Shailla dan keluarga lepak sambil menikmati makanan yang kami beli.

Okay, sampai disini sahaja entry Shailla kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.. Happy Chinese New year .. Hihihi

Terima Kasih

4 comments:


  1. Joint yukk ....menangkan Uang setiap hari | F4n583771nG |
    klik link dibawah ini
    www.fansbetting.co
    untuk info add
    :) BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting

    ReplyDelete