Product Review : Pencuci Baju Bayi Jenama Fiffy | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: Product Review : Pencuci Baju Bayi Jenama Fiffy

Product Review : Pencuci Baju Bayi Jenama Fiffy

Assallammualaikum,



Hai semua, apa khabar diharap dalam keadaan sihat selalu. Entry shaila kali ini adalah berkenaan pencuci baju untuk bayi. Sebelum ini shaila pakai pencuci baju bayi jenama Purren tapi kali ini shaila saja hendak mencuba pula pencuci bayi bayi jenama Fiffy.

Apa yang shaila dapat simpulkan hasil penggunaan pencuci baju ini selama sebuln adalah pertama pencuci ini bau dia kurang wangi setelah baju kering. Anak shaila sudah pandai duduk dalam walker, jadi stokin memang akan jadi hitam. Apa yang shaila perhatikan, pencuci bayi ini tidak dapat menghilangkan kesan hitam pada stokin anak shaila. 

Untuk menyelesaikan masaalah kekotoran pada stokin anak shaila adalah shaila akan campur sedikit serbuk kain biasa dan juga pencuci fiffy ke dalam mesin basuh semasa mencuci baju anak shaila. Hasilnya adalah kekotoran hitam pada stokin anak shaila berjaya ditanggalkan. Selain itu kekotoran pada baju anak Shaila la juga hilang. Baju anak shaila juga berbau wangi kerana serbuk kain biasa yang shaila gunakan itu. Okay sampai disini sahaja entry shaila kali to ni, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

INFO TERKINI