May 18, 2019

McDonald's Menggemparkan Negara Diktiraf Malaysia Book Of Records

Assallammualaikum


Tidak sangkakan McDonald's Malaysia berjaya pecah rekod dalam Malaysia Book Of Records untuk penyertaan paling tertinggi bagi Cabaran Pandu-Lalu dalam tempoh 24 jam. Wahhh..sangat mengkagumkan dengan pencapaian yang pihak McDonald's kecapi ini.

Kalau korang hendak tahu dalam masa 24 jam  sahaja cabaran ini berlangsung, McDonald's Malaysia telah berjaya merekod sebanyak 164, 235 jumlah kenderaan menggunakan khidmat Pandu-Lalu di semua cawangan McDonald's seluruh Malaysia.


Meriah betul suasana Drive-thru Leadership for Customer Convenience ini berlangsung di cawangan McDonald’s Kota Damansara. Ketika pembukaan majlis, Sha dihidangkan dengan paluan drum bes untuk meraikan pencapaian McDonald’s Malaysia dalam ‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald's yang diadakan dari 26 hingga 28 April.


Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald's ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada rakyat Malaysia.

Untuk Maklumat Lanjut :

Web
www.mcdonalds.com.my

Terima Kasih

May 17, 2019

Bersahur bersama Surya S Great Grain

Assallammualaikum

Hari ini telah masuk fasa kedua dalam bulan ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu. Macamana dengan puasa korang tahun ini? Ada yang istimewa atau sama seperti tahun-tahun yang lepas.

Bagi Shailla, ramadhan tahun ini amat istimewa kerana sahur Shailla kali ini bersama Surya S Great Grain.

Surya S Great Grain


Makanan Sunnah terdiri daripada Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin & Madu dan 18 jenis Bijirin seperti beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitan, benih chia, beras pulut.

Keistimewaan Surya S Great Grain

* Surya S Great Grain telah pun dijamin HALAL oleh JAKIM!

*Mengandungi nutrien dan serat yang membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari!

* Sumber serat diet yang baik untuk badan dan menggalakkan kesihatan sistem pencernaan.

* Mempunyai set nutrien yang komprehensif termasuk karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksidan.

* Membantu mengimbangi paras glukosa dalam darah.

Surya S Great Grain boleh didapati di semua cawangan Watsons, butik Himalaya, farmasi tempatan terpilih atau boleh juga dibeli di laman e-commerce Shopee.

https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/

https://www.instagram.com/surya.malaysia/

Terima Kasih.
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...