Logo KBBA

Ogos 28, 2018

Asap Steamboat Grill & Grill, Puchong Selangor

Assalamualaikum dan Hai !


Asap Steamboat & Grill terletak di Puchong, Selangor. Rasai keenakkan Steamboat bersama 3 jenis kuah untuk di pilih dari Sup, Tom Yam dan Kari.


Sha sebenarnya tidak sangka yang Asap Steamboat & Grill ini sangat cantik. Dari jauh nampak tersergam indah. Sangat sesuai untuk bawa keluarga serta rakan-rakan ke sini. Korang boleh pilih samaada mahu duduk atas atau bawah. Tapi untuk makanan hanya disediakan dibahagian bawah sahaja. Jadi pada yang duduk atas, kena turun ambil makanan.


Sha sangat teruja melihat pelbagai pilihan yang terdapat disini. Dari steamboat pencuci mulut hingga ke handmade dumpling, fishball, meatballs.


Selain itu, untuk seafood pula, korang boleh pilih seperti udang, ikan, ketam, kerang, dan kambing. Memang masa itu tidak terkira pelbagai pilihan yang mereka ada. Ambil masa yang lama juga untuk pilih apa yang hendak dimakan.


Sha pilih kuah sup kerana anak sha ada sekali. Kalau ambik tom yam atau kari, risau diorang tidak tahan pedas pula. Jarang sangat jumpa Steamboat kuah kari ini. Kebiasaan tempat sha pergi hanya kuah sup atau juga tom yam.


Antara pelbagai pilihan sos yang disediakan untuk korang nikmati ketika menjamu selera.


Tara...untuk pusingan pertama, ini sahaja yang sha pilih.Sha memang ambil semua sikit-sikit untuk mengelak pembaziran kalau tidak mampu habis. Sha dan keluarga nikmati steamboat sup bersama udang, sotong, kambing, lala dan pelbagai jenis bebola.


ABC juga turut pun ada tau. Semua bahan sudah siap. Korang hanya perlu campurkan sahaja bahan-bahan itu mengikut selera korang.


Untuk pencuci mulut, korang boleh ambil buah-buahan dan untuk kanak-kanak, ais krim Malaysia ini memang menjadi pilahan utama mereka. Ais krim ini sangat special kerana dibuat sendiri dan menggunakkan warna bendera Malaysia.


Di sini juga terdapat port cun untuk korang OOTD. Tapi hakak tidak mahir sangat bab pose OOTD ni, Pose peace jelah mampu...wakaka. 

Sekarang tiada lagi alasan untuk korang tidak singgah di sini. Bukan sahaja untuk makan steamboat bahkan menghayati makan malam yang nyaman dan selesa bersama keluarga dan rakan-rakan.


Alamat :

ASAP Steamboat & Grill
94, Jalan Tempinis, 
Kampung Tengah A, 
47100 Puchong, Selangor

No Tel : 013-485 8944

Ogos 06, 2018

Mudah dan Senang Bersama Sliding Pan Organiser dari My Custom Care

Assallammualaikum ❤️


Hai semua, hari ini sha ingin berkongsi tips agar kuali dan pan korang tersusun kemas. Haaaa.. Kalau korang pergi ke rumah-rumah kampung mesti perasankan kuali semua di gantung di dinding dapur. Macam sha pula semua kuali dan pan letak sahaja dalam kabinet. Tapi itulah bila nak pakai jenuh menunduk tengok dalam kabinet untuk tarik kuali atau pan keluar.

Setiap masaalah pasti ada penyelesaianya, jadi untuk memudahkan dan menyenangkan sha untuk keluarkan kuali dan pan dari dalam kabinet tanpa perlu bersusah payah, sha telah membeli secara online Sliding Pan Organiser dari My Custom Care. Sha lihat produk ini melalui facebook Mycustomcare . Bila lihat video cara Sliding Pan Organiser ini berfungsi, wahhhh menarik! memanh inilah produk yang sha cari selama ini.

Pada orang yang suka pada Diy memang akan cakap, alah...buat sendiri pun boleh, tapi untuk sha yang kurang suka bertukang ini, lebih suka beli barang yang siap. Bila sampai rumah, hanya perlu pasang sahaja. tidak perlu pening-pening nak cantum dia..hahaha

Langkah-Langkah Menempah Sliding Pan Organiser


1. Langkah pertama, korang perlu ambil gambar di mana korang hendak letak sliding pan organiser itu dan hantar pada pihak My Custom Care. Macam sha, bagitahu pihak My Custom Care, saya hendak letak Sliding Pan Organiser di belah kanan kabinet.



2. Kemudian, Korang perlu mengambil gambar dari dalam dinding kabinet hingga ke palang kayu pintu. Fokuskan ukuran pada palang kabinet.

3. Selepas itu korang perlu hantar gambar itu pada pihak My Custom Care untuk memudahkan pihak kerja mereka untuk membuat Sliding Pan Organiser mengikut ukuran kabinet yang telah korang berikan tadi.

4. Siap! Hanya tunggu produk sampai ke rumah. Biasanya produk akan siap dalam masa 3 minggu dari tarikh pembayaran. Kebanyakkan tempahan tidak sampai 3 minggu sudah siap. Pihak My Custom Care akan call korang untuk urusan penghantaran dan juga pemasangan.

*Untuk pemasangan, RM30 akan dikenakan bagi kos pengangkutan untuk luar kawasan Lembah Klang . Manakala untuk kawasan luar dari Selangor, mereka akan hantar melalui pos dan korang perlu pasang sendiri.


Taraa.. Sliding Pan Organiser sha telah siap di pasang. Baru sha tahu rupanya mudah sahaja pemasanganya tidak sampai satu jam pun. Sedap mata memandang, kemas sahaja tersusun kuali dan Pan.


Sha juga pasang sekali LED Sensor Light agar di dalam kabinet agar menjadi terang ketika pintu kabinet dibuka. Di My Custom Care juga ada jual LED Sensor Light ini. Jadi kalau memang cadang nak letak lampu, boleh tempah sekali ketika tempah Sliding Pan Organiser.


Bila sudah pasang lampu, nampak kabinet ini terang dan kelihatan moden gitu. Malah lebih nampak luas dan tersusun rapi sahaja semua.

Kelebihan Sliding Pan Organiser

1. Mudah di pasang - Semasa produk sampai ke tangan semua sudah siap, kita hanya perlu ada drill sahaja. Skru juga turut diberikan. Masa pemasangan pula tidak sampai 1 jam pun.

2. Kabinet menjadi kemas dan tersusun - Lihat gambar sebelum pemasangan Sliding Pan Organiser, memang nampak serabutkan. Setelah pasang, semua nampak kemas dan tersusun sahaja.

3. Mudah digunakan - Sliding Pan Organiser ini memang senang digunakan, korang hanya perlu tarik, ambil dan tutup sahaja. Tidak seperti sebelum ini kena membongkok ambil kuali dalam kabinet.

4. Menjimatkan Ruang - Dengan menggunakan Sliding Pan Organiser ini, banyak ruang dapat dijimatkan. Mana tidaknya sebelum ini, kuali main timpa sahaja di dalam bakul.

5. Free Pos - Ini memang sha suka, selalu kalau kita beli barang secara pos, mesti kena tambah untuk kos postage. Kalau korang nak tahu, kos penghantaran tidak di kenakan. Senang cerita free! Kita hanya perlu bayar harga barang sahaja.

Macamana? Menarikkan Sliding Pan Organiser dari My Custom Care ini. Korang tidak mahu pasang satu dekat rumah ker? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sliding Pan Organiser ini, boleh tekan link sha kongsikan di bawah ini :

Facebook : Mycustomcare
Instagram : @mycustomecare
Whatsapp : 0162304921

Sekian Terima Kasih

Julai 25, 2018

Kejutan Istimewa dari Althea Korea

Assallammualaikum 


Selamat Ulang Tahun yang ke 3 buat  Althea Korea. Pada  korang peminat  dunia kecantikan ini, pasti korang tahu pasal Althea Korea . Althea Korea merupakan website yang terkenal dengan menjual produk kosmetik dari korea.


Ini merupakan kali pertama sha dapat hadiah dari Althe Korea. Memang teruja sungguh bila bang posmen call ada barang nak hantar. Sampai sahaja rumah terus anak nombor satu jerit "ibu, tu banrang ibu!'. Sha apa lagi, letak beg terus buka bungkusan itu. Bila buka sahaja bungkusan, Ya Allah..Comelnya! warna pink lagi tu. Serius sha suka sangat dengan bungkusanya. Rasa teruja pula, Althea punya birthday, sha pula dapat hadiah...hahaha

Unboxing Birthday Box Althea Korea


Real Fresh Skin Detoxer 

Sha terima produk ini dalam dua variasi iaitu Rose dan Green Tea.

Rose

Topeng muka untuk Variasi ros ini sangat sesuai di gunakan pada waktu pagi. Ia bertindak untuk membuang kotaran yang terkumpul semalaman agar kulit wajah menjadi berseri dan sihat.

Green Tea

Manakala topeng muka variasi Green Tea ini pula mampu memberi ketenangan dan juga kesegaran pada kulit setelah seharian menjalani aktiviti di luar rumah atau di tempat kerja.

Cara Menggunakannya amat mudah! iaitu :

1. Bersihkan muka , kemudian keringkan muka terlebih dahulu.
2. Sapukan mask pada wajah anda dan biar seketika selama 10 saat.
3. Basakan tangan anda dengan air, kemudian urutkan pada muka sehingga keluar biuh seperti pencuci muka.
4. Bilas muka anda dengan air bersih





Antara barang yang terdapat di dalam Birthday Box Althea Korea adalah seperti :

1. Mirrow
2. Make up Box
3. Real Fresh Skin Detoxer 
4. Cute Althea Korea Birthday Box and
5. Althea Korea Card and Flayer

Happy Birthday Althea Korea!




Pada korang yang sukakan produk kosmetik korea itu, boleh  terus klik link di bawah :


Terima Kasih

Julai 24, 2018

Tarikkan Menarik Di Bangi Wonderland Themepark

Assallammualaikum ❤️


Alhamdulillah tercapai juga hasrat sha untuk bawa anak-anak ke Bangi Wonderland Themepark ini. Memang sudah lama rancang untuk bawa anak ke sini, akhirnya sampai juga sha ke sini. Sebelum ini hanya mendengar cerita dan melihat gambar dari rakan serta keluarga. Kali sha sendiri dapat pergi untuk merasai keseronokkan taman tema ini.



Di atas adalah harga tiket untuk mykad dan juga non maykad. Untuk harga Crazy 2 dan Fabulous 4 tidak sah semasa cuti sekolah  Sah dari tarikh 1 July 2018 hingga 30 July 2018.


Kali ini, sha bukan sahaja pergi bersama dengan keluarga, malah kawan-kawan pun turut serta ke sini bersama keluarga mereka. Memang meriahlah.

Antara tarikkan yang terdapat di Bangi Wonderland Themepark antaranya adalah :

Insane Racer



Slide air ini merupakan tarikkan utama untuk taman tema air Bangi Wonderland Themepark ini. Terdapat 5 lajur untuk pengunjung berlumba dari kemuncak hinggalah ke penamat. Memang seronok aktiviti ini tambah dapat berlumba dengan kawan - kawan.

Kids Adventure


Untuk keluarga yang bawa anak-anak, Kids Adventure amat sesuai. Di sini, anak-anak dapat main pelbagai jenis permainan seperti papan luncur yang pelbagai jenis. Selain itu terdapat patung arnab, buaya dan beberapa jenis haiwan lagi.


Anak-anak sha memang teruja bermain di sini hingga ajak makan dan balik pun tak nak dah..jenuh pujuk.. Hihihi


Pancutan air seperti kincir air juga turut ada di sini. Kalau sampai sini, jangan lupa pakai sunblock. Ketika sha pergi cuaca redup, jadi muka sha tidaklah terbakar sangat dek terik mentari. Masuk tenghari baru panas lip lap lip lap.. Hihihi

Pirates Bay


Apa yang menarik di sini adalah korang akan merasai gelombang buatan seolah-olah seperti ombak laut. Kalau yang mane bawa anak-anak minta jangan lepas pandang sebab landai kolam ini makin ke depan makin dalam walaupun ada lifeguards sentiasa memantau.

Meander River


Di sini korang boleh berjalan atau menaiki pelampung mengelilingi taman tema ini. Lagi seronok kalau air dia bergerak deras, jadi kita tidak perlu tolak pelampung biar sahaja dia berjalan sendiri melalui lorong.


Selain dari sha permainan di atas, terdapat lagi beberapa permainan yang boleh korang cuba seperti :


Anaconda trail
Body Slide
Boomeriang
Wonder Loop
The Fall
Green Pearl
Magic Funnel

Spiralax
Pirates Spa


Water Cannon

Kemudahan Terdapat di Bangi Wonderland Themepark :


Di sini terdapat juga pondok yang boleh korang sewa untuk letak barang atau beristirahat bersama keluarga. Selain itu juga, locker untuk simpan barang turut terdapat di sini. Harga untuk locker bergantung kepada size. Apa yang sha suka tentang locker di sini adalah boleh buka bila-bila masa korang suka dan hanya perlu scan gelang locker untuk buka amat mudah sekali. 

Terdapat juga beberapa tandas berserta bilik mandi dan bilik bayi. Surau juga turut terdapat. Memang mudah untuk menyalin pakaian . Memang sangat selesa ketika berada di sini. Sebab semua sudah cukup. 


Kedai menjual kelengkapan mandi juga turut ada di sini. Tapi kalau hendak jimat, boleh bawa semua dari rumah. Macam sha semua bawa dari rumah, sampai sini hanya pump. Untuk masuk ke sini, makanan dari luar memang tidak di benarkan. Kawalan amat ketat ketika memasuki pagar . Jadi jangan risau lapar kerana di turut ada kedai menjual pelbagai jenis makanan. Pada emak-emak, bila sha cakap tidak boleh bawa masuk makanan jangan pulak pi tidak bawak  bekas susu anak kerana itu dibenarkan.

Untuk maklumat lanjut boleh klik link yang sha kongsikan di bawah ini :


Sekian Terima Kasih

Julai 15, 2018

Membina Impian Bersama ZY Cosmetic

Assallammualaikum ❤️


Kepada korang yang peminat dunia kecantikan, di sini shailla ingin memperkenalkan tentang ZY Pyhto. ZY Phyto Holdings Sdn Bhd adalah syarikat pengilang OEM bagi produk-produk kesihatan dan kecantikan. Sinonim dengan berasaskan bahan ekstrak semula jadi dan herba. Selain itu, turut membekal bahan mentah termasuklah ekstrak herba, serbuk dan cecair yang mendapat permintaan tinggi di pasaran khususnya dalam sektor pembuatan produk kecantikan dan kosmetik.

Bercita - cita menghasilkan produk kosmetik sendiri?. MENGHASILKAN produk adalah suatu perkara yang rumit dan memerlukan kos yang tinggi, kerana perlu melalui banyak proses, bermula dengan melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D), sehingga ia berjaya dihasilkan.


ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd (ZY Phyto), syarikat 100 peratus milik Bumiputera, menyediakan khidmat membuat produk kesihatan dan kecantikan, bagi usahawan atau syarikat yang mahu mengeluarkan produk jenama sendiri, menerusi kontrak pengilangan (OEM).



Cara Untuk Buat Produk Kosmetik Sendiri :

Dengan bermodal serendah RM3000 di bawah pakej Chomel, dibawah ZY Phyto Cosmetic Science korang boleh menghasilkan produk kecantikkan seperti :



Anti-Wrinkle Serum, Whitening Serum, Make Up Remover, Face Cleanser, Opaque Soap, Opaque Deodorant, Whitening & Moisturizing Soap, Whitening & Moisturizing Cream, Anti-Acne Soap, Body Scrub, Shower Gel, Hair Growth Oil, Aromatherapy Oil dan lain-lain.

Caranya untuk mencipta produk sendiri, mudah sahaja, korang hanya perlu datang dengan idea dan pihak ZY Phyto akan realisasikan impian korang. Pihak Phyto sendiri yang akan buat R&D dan menghasilkan produk sehingga siap dipasarkan. Usahawan hanya perlu fokus untuk pemasaran produk. Senang bukan?


Selain itu juga, kalau korang hendak tahu, semua produk dihasilkan di kilang ZY Phyto mempunyai akreditasi Amalan Pengilangan Baik (GMP), sijil Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan pengiktirafan ISO bagi kedua-dua kilang.Jadi korang tidak perlu lagi risau tentang kualiti dan keselamatan produk yang akan korang buat nanti pada pengguna.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi details seperti dibawah ini:

Telefon : +603 60388898 / 6898 / 7898
Fax : +603 60388798

Sekian Terima Kasih