August 27, 2013

Review Hantaran ♥♥

Assallammualaikum


Haii...semua pembaca...okay now shaila hendak review hantaran di hari pertunangan shaila..sorry ada separuh gambar tidak clear sangat..^^

Belah Shaila

1. Coklat

2. Tempat letak potpouri

3. Tuala

4. Kek



5.Buah

6.Biskut

7.Sirih Junjung

Belah Lelaki

1.Buah

2.Cincin


3.Coklat

4.Sirih Junjung

5.Kek


Sponser Kek 







Sekian Terima Kasih

August 21, 2013

Unexpected Planning @ Bukit Tinggi


Assallammualaikum


hai semua..okay pada hari rabu yang lepas,kami sekelurga pergi mandi manda di janda baik..fuhh tempat tue memang dah cantik plus super bersih memang selesa kalau berkelah bersama family di sana..then entah macamana abang saudara ajak singgah bukit tinggi. Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort ialah tempat peranginan di Pahang, Malaysia berdekatan Genting Highlands. Ia terkenal dengan kampung tema Perancis, Colmar Tropicale...haaa!!...dekat situ memang cun untuk tangkap gambar...hurmmm...diatas adalah gambar serba sedikit bangunan yang ada di bukit tinggi, memang cantik dan menerujakan...^^


haaa...lihatlah baju saya yang selekeh ini...hihihi....rugi tak bawak baju lawa..VIP room?? hahaha....eksyen sahaja lebih..^^

See my family...semua pakai baju balik dari mandi air terjun..muahahaha...bedallah yang penting enjoy!!

Ini gambar sebelum masuk ke colmare tropicale

inilah kuda satu malaysia...hahaha

pose yang wajib..^^

ini antara yang pergi..gambar shaila dengan mak cik dan kakak saudara

hanya mampu bergambar diluar..tak boleh naik pun kete kude tuu..^^

Shaila...mama dan abah..^^


kepada koarang yang belum pergi,harus pergi tempat ini memang best !! terutama pada oarang yang giler gambar cam shaila...hahaha...kalau hendak ambil gambar pra wedding memang cun  ambil di sini...lagipun pemandangan dan bangunan di sini sangat-sangat cantik..!!

Sekian Terima Kasih

August 19, 2013

Balik Kampung # Taiping,Perak

Pada hari raya keempat, Shaila dan family telah pergi melawat nenek di Taiping Perak. Sehari sebelum pergi ke sana,Shaila telah berjanji dengan anak-anak buah Shaila untuk berjumpa disana. Seperti yang telah dirancang,pada hari raya keempat,kami bertemu disana..Alhamdulillah keadaan nenek pun baik sahaja...seronok dapat jumpe nenek dan saudara mara....hurmmm kalau tiga dara pingitan bertemu, memang haru biru buatnya..contohnya adalah seperti gambah di bawah..hahaha...yang menjadi mangsa adalah adik lelaki anak buah shaila kerana menjadi photographer tidak rasmi kami..^^

 gambar ini konon-konon hendak tunjuk kasut kami hot tuuu...padahal takde hot mana pun...kasut murah...muahahaha

gambar ini pula adalah buat-buat memandang jauh...ala-ala candit tuuu...korang pun mesti pernah buatkan...heee

Okay yang ini bula gyiyomi yang tidak berapa jadi...hahaha

gambar ini pula ala-ala...macam tengah bergosip...gosip gurls katakan...hahaha

gambar yang ini pula...kami buat tabik...tapi spoil anak buah sorang lagi tak ready..

gambar ini pula..gaya-gaya retis...shoot sambil berjalan...

 Yang ini pula..gambar bermaaf-maafan sempena hari raya..

 dan yang ini...bersatu kita teguh bercerai kita roboh...cewahhhh

Haa...yang ini gaya ala-ala model..muahahaha

Gambar yang ini pula...ala-ala...sang putera menyambut tangan sang puteri...

 gambar ini tiada motif..hahaha

Dan last...jeng..jeng..jeng...gambar shaila yang tidak berapa kuit ini....sibuk nak masuk jugakkan gambar sorang-sorang...hihihi..okay dah habis sesi photogedik kami...^^

Sekian Terima kasih

August 16, 2013

Hari Raya Ketiga #Bukit Melawati

Assallammualaikum


satu-satunya adik shaila


hai awak-awak semua...hari ini shaila nak story tentang raya ketiga pula...okay raya ketiga shaila beraya di rumah shaila di Kuala selangor...kemudian after beraya,kami sekeluarga singgah di bukit melawati pula beraya bersama monyet-monyet...muahahaha...di bawah adalah beberapa gambar yang dirakam semasa shaila berada disana..^^

Bukit Melawati


Belakang shaila adalah pemandangan di puncak bukit melawati..memang cantik pemandangan di situ..perasaan tak yang hujung sekali itu adalah laut..tapi abah kata sungai..hurmmm tidak tahulah mana yang betul


Inilah adik beradik shaila dan kakak ipar shaila


dan ini family shaila...ohhh gambar ambil jauh sebab guna timing..so tidak boleh hendak bajet..hahaha


Inilah mak yang melahirkan shiala...haa...shaila ada rupa mak tak?


Okay ini adlah anak buah shaila yang sangat-sangat retis dan gedik..serius telatah dia membuat kita tersenyum


taraaa....siap sedia meriah hendak belepas..^^

 dan ini pula mama dan abah yang membesarkan shaila hinggalah sekarang..^^



hahaha...kat atas itu lak gambar minah mana yang perasan model...muahahaha..okay sampai sini sahaja..

Sekian Terima kasih

August 13, 2013

Sambutan Hari Raya kedua

Assallammualaikum


hai semua pembaca...okay entry kali ini pula,cerita shaila tentang raya kedua...raya kedua Shaila melawat kubur arwah atuk..nenek dan juga pak uteh..apabila sampai disana...rase tenang sahaja...arwah atuk meninggal kerana struk manakala arwah nenek pula sakit tua..Arwah pak uteh pula kerana jantung dan paru-paru rosak kerana kuat merokok.Shaila sering menasihati kepada orang-orang yang shaila sayangi supaya berhenti merokok kerana tidak mahu jadi macam arwah pak uteh tetapi nampaknya mereka memang susah untuk berhenti merokok.Alasan yang sering mereka berikan...kalau hendak mati,mati juga...bukan sebab rokok sahaja...walaupun hakikitnya mencegah adalah lebih baik dari merawat...hurmmmmm..okay raya kedua tiada cerita yang best pun...ini sahaja cerita yang dapat shaila kongsikan...daaa

Sekian Terima Kasih

Sambutan Hari Raya Pertama

Assallammualaikum


Hai semua pembaca...apa khabar...wahhh dah lama rasanya shaila tidak update blog dan blogwalking...serius rindu...shaila sekarang dalam minggu yang amat-amat sibuk hinggalah selepas 24.8.2013...ada apa dengan tarikh itu...haaa...itu kena tunggu next entry la...hahaha...okay entry shaila kali ini adalah bercerita tentang raya pertama shaila.Raya pertama shaila beraya di Sg Buloh sahaja...suasana dia agak slow sikit ditambah pulak mic dekat masjid rosak so xdpt dgr takbir raya berkumandang...penyelesaiannya just dengar dalam tv sahaja..


haa...ini gambar shaila dengan anak buah kesayangan shaila...nama dia aleesyah..yang istimewa tentang budak nie adalah rambut dia..hahaha...rambut dia special tau...macam maggie...hahaha


ini pula adalah gambar shaila dengan abah dan mama...kesian kitaorang...tiada orang hendak ambil gambar...so ambil gambar sendiri la jawabnya...


inilah kakak ipar shaila...ummi kepada aleesyah...special tentang kakak ipar shaila dalah matanya yang bulat...i like...^^


ohhh...lupa pula...tema kitaorang untuk tahun ini pink dan biru turquoise..


haaa...inilah abang shaila...aleesyah dan kakak ipar shaila...^^


Oppsss...gambar kami berdua lagi...aleesyah ini memang budak tiada perasaan dan susah untuk senyum...so kalau ambilgambar dengan dia...itulah jadinya...aunty die ter over senyum...huhuhu


Nielah kakak saudara shaila yang paling cute...senang cite muda dari usia sebenar...rahsianya? simply siti...hahaha


and last picture dan merupakan gambar penutup untuk entry ini adalah gambar kakak shaila yang senget...huh...rosak gambar tul...hahahah...okay sampai sini sahaja...daaaa...

Sekian Terima Kasih

August 04, 2013

Produk kecantikan Alaisyah


Assallammualaikum


Hai...semua...hari ini shaila hendak review tentang produk kecatikkan Alaisyah..Shaila guna produk ini semasa shaila menuntut di universiti.Biasalah zaman belajar banyak pakai duitkan so ini adalah antara produk ekonomoney untuk bergelar pelajar..Okay apa yang best tentang produk ini adalah produk ini dapat mengurangkan jerawat dan menghilangkan parut-parut jerawat.Pengalama shaila menggunakannya kulit shaila memang sesuai selain jerawat shaila dapat di kurangkan..parut jerawat juga semakin pudar dalam masa 2 hingga ke 3 minggu..tetapi untuk kulit orang lain shaila tidak pasti...sebab kulit kita berbeza..Selain itu krim kecantikan Alaisyah sangat best...shaila jadikan dia sebagai foundation...Di bawah adalah rutin penjagaan produk alaisyah dan juga kebaikannya

1) Gel Pengelupas 

Membersih, mengelupas dan melicinkan permukaan kulit dari dalam. Dirumus secara semula jadi dengan mikrosfera pengelupas untuk membersihkan permukaan kulit. Jel yang menakjubkan ini berfungsi memecahkan bintik-bintik hitam dan sel kulit yang mati dalam masa seminit selepas urutan dan menyebabkan sisa kotoran ini timbul dalam bentuk biji-biji halus yang mudah dibuang. Juga mengandungi ekstrak Biji Anggur (anti-oksidan semula jadi yang berkesan) untuk menghalang kesan penuaan pada kulit.

P/S: Shaila pakai seminggu sekali

2) Pembersih Pencerah Muka 

Pembersih Pencerah Muka yang lembut dan murni ini diperkaya dengan Uni White-P. Ia membersih secara mendalam dan sungguh lembut, walaupun pada kulit yang sensitif. Penggunaannya secara kerap membantu kulit muka menjadi lebih cerah, licin dan bersih berseri.

3 )Penyegar Liang Pori 

Penyegar Liang Pori ini mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak secara berkesan. Ia dirumuskan dengan Uni White-P, bahan semula jadi yang lembut dan suci. Ia juga mengandungi Air Witch Hazel yang bertindak sebagai astringen yang bertindak mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak tanpa menyebabkan kulit kekeringan.

4) Sari Pelembap Awet Muda 

A’laisyah adalah produk inovatif berkuasa yang menggabungkan unsur-unsur pembaikan semula, mengembalikan keanjalan kulit & mencerahkan. Produk-produk ini selamat, suci & murni untuk digunakan.

5)Pencerah Kulit 

Pencerah Kulit ini diperbuat daripada adunan khas yang menambahkan seri kulit yang tidak pernah anda alami sebelum ini. Tindak balas semula jadi kandungan Uni White-P dengan SPF 20++ mencerahkan, meratakan warna kulit dan melicinkannya; tanpa kesan minyak dan menjadikannya lembut dan halus.

P/S: Penapis sinaran UVnya tidak kuat so Shaila tidak pakai..Shaila gantikan dengan krim Sun block..

5) Krim Kecantikan

Ketahuilah rahsia wanita jelita
Krim Kecantikan ini dirumuskan dengan UV supaya menjadikan kulit muka anda lebih cerah, lebih halus, menjadikan anda lebih muda jelita. Sebaik sahaja krim ini disapukan anda akan mendapat hasil yang memuaskan dengan serta kepada kulit anda. 

Krim Kecantikan ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Bertindak menolong mengembalikan imbangan minyak dan lembapan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit muka anda. Dengan selalu menggunakan Krim Kecantikan A’laisyah dapat mengurangkan garisan kedut. 

Sapukan Krim Kecantikan A’laisyah Siri Uni White selepas mencuci muka dengan bersih setiap pagi dan malam. Krim ini juga boleh digunakan sebagai krim perawat, krim pelembap pada waktu siang, krim penutup, krim malam atau sebagai krim asas solek. Wajah anda pasti akan lebih jelita. 

Krim Kecantikan A’laisyah Siri Uni White dirumuskan secara saintifik supaya menjadikan kulit muka anda lebih cerah, halus, menjadikan anda lebih muda jelita.

P/S: Product Alaisyah sekarang sudah bertukar wajah...lagi cantik dan menawan...tergoda juga melihatnya.

Inilah Hasilnya..^^

Before / After

Sekian Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...