Assallammualaikum
Hai...semua...hari ini shaila hendak review tentang produk kecatikkan Alaisyah..Shaila guna produk ini semasa shaila menuntut di universiti.Biasalah zaman belajar banyak pakai duitkan so ini adalah antara produk ekonomoney untuk bergelar pelajar..Okay apa yang best tentang produk ini adalah produk ini dapat mengurangkan jerawat dan menghilangkan parut-parut jerawat.Pengalama shaila menggunakannya kulit shaila memang sesuai selain jerawat shaila dapat di kurangkan..parut jerawat juga semakin pudar dalam masa 2 hingga ke 3 minggu..tetapi untuk kulit orang lain shaila tidak pasti...sebab kulit kita berbeza..Selain itu krim kecantikan Alaisyah sangat best...shaila jadikan dia sebagai foundation...Di bawah adalah rutin penjagaan produk alaisyah dan juga kebaikannya
1) Gel Pengelupas
Membersih, mengelupas dan melicinkan permukaan kulit dari dalam. Dirumus secara semula jadi dengan mikrosfera pengelupas untuk membersihkan permukaan kulit. Jel yang menakjubkan ini berfungsi memecahkan bintik-bintik hitam dan sel kulit yang mati dalam masa seminit selepas urutan dan menyebabkan sisa kotoran ini timbul dalam bentuk biji-biji halus yang mudah dibuang. Juga mengandungi ekstrak Biji Anggur (anti-oksidan semula jadi yang berkesan) untuk menghalang kesan penuaan pada kulit.
P/S: Shaila pakai seminggu sekali
2) Pembersih Pencerah Muka
Pembersih Pencerah Muka yang lembut dan murni ini diperkaya dengan Uni White-P. Ia membersih secara mendalam dan sungguh lembut, walaupun pada kulit yang sensitif. Penggunaannya secara kerap membantu kulit muka menjadi lebih cerah, licin dan bersih berseri.
3 )Penyegar Liang Pori
Penyegar Liang Pori ini mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak secara berkesan. Ia dirumuskan dengan Uni White-P, bahan semula jadi yang lembut dan suci. Ia juga mengandungi Air Witch Hazel yang bertindak sebagai astringen yang bertindak mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak tanpa menyebabkan kulit kekeringan.
4) Sari Pelembap Awet Muda
A’laisyah adalah produk inovatif berkuasa yang menggabungkan unsur-unsur pembaikan semula, mengembalikan keanjalan kulit & mencerahkan. Produk-produk ini selamat, suci & murni untuk digunakan.
5)Pencerah Kulit
Pencerah Kulit ini diperbuat daripada adunan khas yang menambahkan seri kulit yang tidak pernah anda alami sebelum ini. Tindak balas semula jadi kandungan Uni White-P dengan SPF 20++ mencerahkan, meratakan warna kulit dan melicinkannya; tanpa kesan minyak dan menjadikannya lembut dan halus.
P/S: Penapis sinaran UVnya tidak kuat so Shaila tidak pakai..Shaila gantikan dengan krim Sun block..
5) Krim Kecantikan
Ketahuilah rahsia wanita jelita
Krim Kecantikan ini dirumuskan dengan UV supaya menjadikan kulit muka anda lebih cerah, lebih halus, menjadikan anda lebih muda jelita. Sebaik sahaja krim ini disapukan anda akan mendapat hasil yang memuaskan dengan serta kepada kulit anda.
Krim Kecantikan ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Bertindak menolong mengembalikan imbangan minyak dan lembapan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit muka anda. Dengan selalu menggunakan Krim Kecantikan A’laisyah dapat mengurangkan garisan kedut.
Sapukan Krim Kecantikan A’laisyah Siri Uni White selepas mencuci muka dengan bersih setiap pagi dan malam. Krim ini juga boleh digunakan sebagai krim perawat, krim pelembap pada waktu siang, krim penutup, krim malam atau sebagai krim asas solek. Wajah anda pasti akan lebih jelita.
Krim Kecantikan A’laisyah Siri Uni White dirumuskan secara saintifik supaya menjadikan kulit muka anda lebih cerah, halus, menjadikan anda lebih muda jelita.
P/S: Product Alaisyah sekarang sudah bertukar wajah...lagi cantik dan menawan...tergoda juga melihatnya.
Inilah Hasilnya..^^
Before / After
Sekian Terima Kasih
dulu wani pernah pakai produk ni tapi pakai krim je. mungkin sebab tak sesuai lantaran semasa pakai tu kulit jadi panas dan pedih semasa pakai. now takpakai apa2, just guna bedak sejuk. :')
BalasPadamkulit wanie sensitif tue..^^
Padamwah.. patutlah kulit cantik.. satu nasihat. kalau dah biasa dengan satu produk dan serasi bersama, jangan tukar yang lain lagi :)
BalasPadambiasalah perempuan..mana leh stay satu product..^^
Padammahal tak set nih?baper rm ? :)
BalasPadamxdelah mahal sangat ada bawah rm 10 ada bawah rm 20
Padamhmmm,, berseri wajah dengan produk sedemikian rupa..
BalasPadamhurmmmm...depends pada kulit juga..^^
Padamnampak seri wajah lepas pakai >.< , lelaki boleh cuba ke ?
BalasPadamboleh saja syuk..^^
Padamcik nor guna losyen dia jer..:)
BalasPadamwahhh..terbaik..^^
Padamkita mampu guna olay je shaila..guna produk lain, muka teruk..sobss..
BalasPadamada perubahan kat muka shaila.. nampak serasi la tu kan.. :)
olay pun okay what...tapi kulit shaila pulak xsesuai..^^
PadamSya pakai cream Alaisyah, ada perubahan dan sgt sesuai dgn kulit muka sya....kalau beli 1 set berapa hrga?
BalasPadamkalau satu set xsilap bawah rm30..^^
PadamI GUNA PRODUCT PONDS..AND BARU BELI TONER ALAISYAH. BOLEH MIX X?
BalasPadamsebenarnya depends pada kulit juga dear...ade yg sesuai mix dan ade yang tidak...
PadamTem sya ada jerawat bnanah tu , sya konon pinjam yg kazen sya punye .Skrub Muka tu , trus jrwat bnanah sya trun .seriously lha sya cakap ni tw :3 Sya nak beli juga . Klau skrub kne guna 2-3 kali je kan dlm smninggu ? pncuci muka diye elok tak ? mna bgus, beli pncuci muka dlu ka atau bli skrub ? sya ni da jerawt n bekas jrwat . help please ?
BalasPadambeli pencuci muka dahulu sebab scrub nie just pakai seminggu sekali yang paling penting krim kecantikan itu mampu surutkan jerawat dan kurangkan jerawat..
Padammacam mane erh nak guna alaisyah ni ye? nak kene campur air ke tak? boleh tak terangkan satu persatu?
BalasPadamno1 sampai 5 adalah step by step penggunaan produk alaisyah dear..kalau scrub tue just guna seminggu sekali sahaja..picit scrub and titik air sedikit gosok pada muka yang basah. Macam tue juga pencuci,picit sedikit di telapak tangan then titis air...gosok pada muka..
Padamkat mane nak beli produk ni ye.....
BalasPadampasaraya ada jual .^^
PadamKenapa bila saya pakai produk ni kulit jadi menupas???
BalasPadambergantung pada jenis kulit,shaila pakai okay sahaja tiada pun mengelupas..lagipun produk ini tidak mempunyai bahan penglupasan.
PadamBru nk try pkai...hope serasi la coz sblm ni dh byk hbis duit utk produk2 kosmetik nie.
BalasPadamNofa ada masaalah kulit berjerawat yer?
PadamBru nk try pkai...hope serasi la coz sblm ni dh byk hbis duit utk produk2 kosmetik nie.
BalasPadamhopefully serasilah...hihihi
PadamProduk ni ade jual kt watson or guardian x?...
BalasPadamyupp watson ada....guardian ada...supermarket pun ada tetapi sudah berwajah baru..
BalasPadamape beza produk alaisyah pink ngn hijau
BalasPadamHijau?? yg shaila pernah pakai...alaisyah pink and biru plus pink..klu untuk kulit jerawat netter warna pink..tp klu untuk kulit berusia better pink plus biru..alaisyah pearl xsilap..
Padamsesuai x klu umur 14 taon memakai produk nie.
BalasPadam14 thn better pakai safi hijau...tp nak cuba nie pun boleh tiada masaalah...
PadamProduk ni utk rawat jeragat ok ke
BalasPadamSaya Mary Loreta, kulit saya pun ada masalah sedikit. Ari tu cuba beli Pembersih Pencerah Uni White hasil dia bagus sangat. Parut jerawat pun da hilang.
BalasPadam:) Lepas ni rasa nak beli satu set alaisyah uni white. terbaik laa.
Klau nk hilangkn parut jerawat better guna yg mne ? Blh bgthu item yg perlu guna
BalasPadamkrim pelembap malam
PadamBoleh tak bagi step by step nak guna produk alaisyah set ni :)
BalasPadamcuci muka 2 kali sehari pagi n malam. tapi jgn pagi2 subuh tu dah cuci. cuci time mandi la. pas cuci pakai toner n pelembap.
Padamsalam alaisyah ni ada paraben tak??
BalasPadampakai toner die ade rasa pedih2 x? saya pakai kadang ade kadang xde. tapi overall pakai produk die yang lain2 memang ok. tu yang nak tau rasa pedih tu normal ke x? takut x serasi je
BalasPadambest produk nie kulit bersih je. tengok chemical die pun x banyak berbanding dengan produk lain.
BalasPadamPregnant women boleh pakai tak produk ni?
BalasPadamproduk alaisyah ni saya da pakai sejak 2009 iaitu ketika saya di tingkatan 4, sekarang ni saya masih gunakan alaisyah hanya pembersih muka sahaja. Allahamdulillah kawan banyak kata muka ni jenis bersih dan macam baby haha. Credit to alaisyahhhhhh!
BalasPadamSy baru try pakai produk ni start with pencuci muka alaisyah.. tp timbul jerawat cuma tak byk.. so is it a normal thing for a beginning atau muka sy yg tak serasi.. help me please
BalasPadamKulit saya kering mmg selalu mengelupas..sesuai tk sy pakai produk nie??
BalasPadamkenapa ek sya pakai tonerjadi pedih di bhgian pori
BalasPadamtolong jelaskan. lepas pakai krim pelembap sari tu terus pakai krim kecantikan atau tunggu lama sikit baru pakai krim kecantikan tu?
BalasPadamsaya guna pencuci pencarah muka alaisyah selama 2 minggu..alhamdulillah..kulit saya menjadi lembut dan Putih..memang berbaloi saya beli bnyk²..x sia² guna pencuci muka alaisyah sebelum tidur Dan seleps bangun tidur..huhu
BalasPadamwahhhh..suka dengar feedback awak..tahniah yer...peace.
PadamSaya bru start guna da nk 4bulan .mmg x mngecewakan kulit muka pun flawless2 ....kesannya seawal 14hrii...xrugi cube n lg yg best jimat x mhal..mmpu beli
BalasPadami have to try nie..
BalasPadamAlhamdulillah alaisyah 👍👍👍 sy dh pkai alaisyah dkt 5thn..kulit cntik.
BalasPadamSya prna guna satu set alaisyah ni selama 3 bulan. Sngt memuaskn. Bersih ja muka. Tpi slps 3 buln guna kulit makin kering. Pencuci muka mengeringkn kulit dn toner pun mengeringkn kulit. Pelembap krim siang sngt ok cuma terlalu pekat d muka. Scrub pula pertama kali guna selama 3 buln tdk prnah guna sngt lembut di muka. Krim mlm pula ntahlh... Mcm tdk berkesan.
BalasPadamKt mna ad jual
BalasPadam