Hai semua, kali ini Shailla ingin kongsikan misi Sha selama 7 hari bersama Wonder Dewi dari Wonderlab. Pasti semua semua tahu tentang topeng muka dari Wonder Dewi ini kerana produk ini sekarang sedang hangat di pasaran. Shailla mengetahui tentang topeng muka ini Wonder Dewi ini dari rakan sekerja Shailla yang juga pengguna topeng muka ini. Kemudian, Shailla di sapa oleh teman lama iaitu Shazana untuk mencuba topeng muka Wonder Dewi.
Wonder Dewi ini adalah produk dari Wonderlab dibawah Cuckoo Malaysia. Cuckoo adalah jenama yang sangat terkenal di Korea yang menghasilkan produk Penapis Air, Penapis Udara dan Pressure Cooker.
WONDERDEWI MASK PACK - 7 HARI
Apa yang menarik tentang topeng muka dari Wonder Dewi ini adalah korang boleh digunakan secara harian. Dimana tidak semua topeng muka boleh gunakan harian. Topeng muka Wonder Dewi ini korang boleh pilih samaada untuk mencuba 7 hari, 14 hari atau 28 hari. Untuk permulaan Shailla cuba untuk 7 hari terlebih dahulu.
Di dalam satu kotak Wonder Dewi korang boleh dapat 4 jenis mask iaitu :
*DEWI HYDRO
Dewi Hydro khas untuk mengekalkan kelembapan kulit muka kita
*DEWI REPAIR
Dewi Repair khas untuk membantu struktur kulit, mengekalkan vitamin pada kulit muka kita
*DEWI SOOTHE
Dewi Sooth khas untuk membantu memberi kelembutan, menyegarkan, menyejukkan kulit.
*DEWI BRIGHT
Dewi Bright khas untuk membantu mencerahkan kulit muka kita
Cara Pemakaian:
Untuk pakai topeng muka Wonder Dewi ini ada caranya tau. Jangan korang main pakai ikut suka korang sahaja nanti tidak nampak kesannya. Korang boleh lihat rajah atas cara pemakaian Wonder Dewi selama 7 hari.
Shailla jenis kombinasi iaitu kulit kering dan berminyak di bahagian T Zone. Jadi kulit muka Shailla mudah kering, jeragat dan berjerawat. Skin barrier adalah kunci kelembapan kulit. Dengan menggunakan mask dari Wonder Dewi ini, Shailla harap dapat membantu melembapkan kulit Shailla.
Gambar ini diambil setelah 7 hari penggunaan topeng muka Wonder Dewi. Korang boleh lihat di mana parut jerawat pada pipi Shailla semakin pun dah baik dan kesan parut jerawat semakin pudar. Manakala untuk jeragat, tidak nampak ketara sangat tetapi warna jeragat kelihatan pudar sedikit dari sebelum pakai. Seperti semua tahu, jeragat memang susah hilang. Apa yang korang perlu buat adalah mengawal jeragat itu dari terus naik.
Selain itu, korang akan rasa kulit muka korang menjadi lembap, bersinar dan cerah. Bila kulit sihat, jerawat pun tidak naik banyak lagi. Sekarang Sha hanya tunggu kesan jerawat ini nyah terus dari kulit. Sedih tau bila muka breakout, paling sakit adalah kesan jerawat itu makan masa berbulan-bulan untuk pudar.
Secara tidak langsung, topeng muka Wonder Dewi membantu mempercepatkan proses pemulihan jerawat dan memudarkan parut jerawat pada kulit muka Sha.
Ini pula gambar terbaru Shailla. Untuk gambar ini Shailla hanya menggunakan compact powder sahaja. Itupun tujuan untuk mengawal minyak dimuka. Sha gembira sangat dengan kulit muka sekarang kerana tidak perlu guna dd cushion, foundation ataupun concealer lagi untuk menutupi bekas parut jerawat. Cukup sekadar menggunakan compact powder sahaja. Basic skincare routine jangan lupa pulak, paling penting sunscreen.
Jangan lupa untuk dapat Topeng Muka Wonder Dewi sekarang! Untuk pembelian dan maklumat lanjut, korang boleh klik link dibawah ini:
Instagram : @wonderlabskincaremalaysia
WhatsApp : wassap.my/60146194787
Facebook : wonderlabskincaremalaysia
Sekian Terima Kasih