July 04, 2020

Rawatan Carbon Peel Laser Dan HIfU Untuk Muka

Assallammualaikum✌️


Ini merupakan pertama kali Shailla pergi membuat rawatan muka. Jadi, Klinik yang menjadi pilihan Shailla adalah Klinik Dr Bazilah Bangi. Mengapa klinik ini menjadi pilihan adalah kerana namanya lebih kurang nama Shailla, jadi waktu buat rawatan boleh berangan macam berada di klinik sendiri. Hahaha..gurau sahaja.


Tiba waktu dan juga tarikh yang telah ditetapkan, Shailla pun sampai disini bersama suami. Sementara menanti Dr Bazilah, Shailla meninjau keadaan sekitar klinik ini yang nampak kemas dan selesa.

Shailla memilih untuk melakukan rawatan Carbon Peel Laser dan HIfU. Memandangkan Shailla dalam proses memulihkan muka yang sedang breakout, jadi Shailla harap rawatan ini sedikit sebanyak dapat memudarkan kesan parut jerawat di muka Shailla.

Carbon Peel Laser

Memandangankan ini merupakan pengalaman pertama Shailla, jadi Shailla terasa teruja untuk kongsikan sedikit pengalaman ketika melakukan rawatan Carbon Peel Laser dengan korang.



Sebelum meletakkan carbon, wajah perlu dibersihkan terlebih dahulu dari sisa-sasa make up pada bahagian yang hendak diletakkan carbon itu. Dalam hati terus terdetik "kan seronok kalau hari-hari ada orang tolong cucikan wajah". Hahaha.


Carbon disapukan dengan sapuan yang nipis meliputi seluruh kawasan muka kecuali sekitar mata dan mulut. Kemudian carbon yang telah siap disapukan tadi, dibiarkan seketika sehingga kering. Suami cakap macam dayang senandung sudah.. Hahaha.

Sebelum memulakan rawatan laser pada kulit, Shailla dipakaikan cermin getah untuk melindungi mata percikan laser. Ketika itu dup dap dup dap jantung sebab ini kali pertama Shailla buat, tidak tahu macamana rasanya. Semasa memulakan rawatan laser, Dr Bazilah akan uji dahulu di kawasan tepi pipi, samaada korang rasa sakit atau tidak. Rupanya tidak sakit mana pun, macam terkena percikkan bunga api kertas itu sahaja. Jadi lepas ini tidaklah rasa takut lagi untuk buat rawatan laser. Bila laser kena pada kawasan yang diletakkan carbon, warna hitam itupun turut hilang. Lebih kurang macam sedut juga la.. Hihihi


Kemudian langkah seterusnya adalah meletakkan pelembap agar kulit tidak kering setelah melakukan rawatan Carbon Peel Laser. Shailla paling suka dekat sini, sebabnya kulit korang terasa sejuk dan segar. Bau pelembap ini sangat wangi membuat korang rasa tenang sahaja.


Langkah terakhir adalah memakai mask dan juga sunblock.

Pasti korang tertanya-tanya tentang kelebihan rawatan Carbon Peel Laser ini. Okay rawatan Carbon Peel Laser ini dapat mengurangkan parut jerawat, jerawat, dan garis halus. Memang tujuan asal Shailla adalah untuk merawat masalah kulit wajah berjerawat dan kesan parut jerawat. Manakala untuk kelebihan lain merupakan bonus buat Shailla.

Kelebihan lain adalah dapat membuang sel kulit mati dekat permukaan kulit dan meransang penghasilan kolagen dibawah lapisan kulit membuat kulit menjadi lebih anjal.

Haaa.. Yang mana ada masalah pori besar, rawatan Carbon Peel Laser ini sesuai dengan korang kerana dapat mengecilkan pori-pori di wajah. Macam Shailla selalu pori akan ketara kelihatan bila kulit berminyak.

Carbon Peel Laser juga dapat mencerahkan kulit dan membuat tona kulit wajah korang nampak lebih sekata.

HIfU - high intensity focused ultrasound



Menggunakan teknologi ultrasound untuk meransang pertumbuhan kolagen dan mengetatkan kulit muka.

Rawatan ini sesuai untuk korang yang mengalami double chin, kulit kendur pada muka dan leher dan kedutan pada wajah.

Rawatan HIfU ini berfungsi untuk mengetatkan kulit kendur selepas penghasilan kolagen. Selain itu juga boleh mengecilkan pori-pori, menaikkan pipi, kening dan kelopak mata yang mula kendur.

Kebaikannya rawatan HIfU adalah merupakan salah satu rawatan alternative selain pembedahan. Rawatan ini kurang risiko dan tidak menyakitkan berbanding pembedahan wajah

Apa yang Shailla dapati selepas membuat rawatan ini adalah liang pori di muka Shailla mengecil dari sebelum rawatan. Kulit muka menjadi lebih lembut dan parut jerawat semakin memudar. Tidak sabar rasa hati untuk hilangkan semua bekas jerawat ini. Hihihi

Suami juga ada meminta nasihat berkenaan kulit kepalanya yang berminyak, gatal dan berkelemumur. Rupanya suami mengalami masalah kulit ekzema. Dr Bazilah telah memberikannya ubat untuk mengubati masalah itu. Alhamdulillah masaalah kelemumur dan kegatalan semakin berkurangan.

Untuk mengetahui tentang rawatan dan harga dengan lebih lanjut, korang boleh survey melalui link yang Shailla kongsikan dibawah ini :



Website :

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...