January 30, 2017

Penawar Resdung Paling Berkesan

Assallammualaikum ❤

Jika bangun dari tidur sewaktu pagi, tiba-tiba hidung terasa tersumbat ataupun selsema itu merupa salah satu tanda resdung. Selain itu juga jika kita makan makanan laut kemudian asyik terbersin sahaja, itu juga merupakan gejala resdung. Pasti rasa stress jika korang menghadapai situasi ini. Lagi stress jika kita ini memang jenis food hunter, pantang nampak makanan bedal sahaja. 

Macam Shailla, selalu bila berkemas rumah dan berhadapan dengan habuk, pasti akan terbersib-bersin dan di ikuti dengan selsema. Pernah juga mencari pelbagai jenis ubat untuk merawat masalah resdung, tetapi tidak semua yang berkesan. Akhirnya Shailla hanya menggunakan ubat jenis rokok resdung dimana kita hanya perlu bakar hujung batang kain putih lalu sedut melalui hidung. 

 
Sebenarnya susah untuk mencari ubat resdung yang efektif untuk menyelesaikan masalah resdung ini. Selalu juga servey didalam internet dan juga kedai-kedai jamu yang menjual ubat resdung. Jangan ambil remeh tentang masaalah resdung ini kerana dia boleh membuat kita hilang deria bau, pelupa dan daya ingat lemah, malah boleh membuat lubang hidung bengkak dan tersumbat. Baru-baru ini, shailla telah mendapat satu produk untuk menyelesaikan masalah resdung. Ubat resdung yang Shailla maksudkan adalah :

Ubat Resdong Paling Mujarab



Shailla dan abah sudah cuba, apa kata korang pun cuba. Sebenarnya ubat resdong paling mujarab ini merupakan penawar resdung paling mujarab, kerana bagus untuk menghilangkan gatal-gatal di hidung dan juga kawasan muka. Jadi selepas ini tiada lagi masaalah terbersin dan selsema akibat terkena habuk ketika megemas rumah.

Cara permakanan ubat ini sebenarnya tidak susah manapun, semudah ABC. Korang hanya perlu makan pada waktu pagi sebiji dan juga waktu malam sebiji. Sekiranya resdung sudah semakin kurang, maka pengambilannya hanya sebiji sehari atau s lang satu hari satu biji.

Paling bagus tentang ubat resdong paling mujarab ini adalah merupakan penawar resdung paling berkesan untuk korang yang menghadapi gatal-gatal pada hidung terutama bila makan makanan seperti ayam, udang, ketam,ikan masin dan sambal belacan. Dengan memakan ubat resdong paling mujarab ini, insyaallah korang tidak lagi berasa teragak-agak untuk memakan makanan laut lagi.

Selain daripada itu, ubat resdong paling mujarab ini adalah ubat resdung paling berkesan untuk korang yang menghadapi masaalah berkahak, banyak jerawat, kurang pendengaran atau penglihatan, sakit kepala, kelemumur banyak, rambut gugur, nafas berbau, gatal kulit dan juga keputihan bagi wanita.

Sebenarnya banyak kelebihan menggunakan ubat ini. Antara kelebihanya adalah tidak perlu membuat rawatan resdung sehingga mengeluarkan kos yang tinggi. Korang juga tidak perlu untuk membuang masa dengan memakai atau membeli banyak produk. Tidak perlu membuat pembedahan muka atau berbekam bagi mengeluarkan darah dari muka. Tidak perlu untuk mengeluarkan lemdir atau sinus. Tidak perlu menggunakan lintah hidup untuk merawat resdung dan yang penting jika tidak berkesan duit korang akan dikembalikan segera.

 
Untuk pengetahuan semua, satu botol ini mengandungi 35 biji kapsul

 
Untuk mendapat kesan yang lebih cepat, apa yang korang perlu buat adalah membuka sarung kapsul ubat ini dan memasukkan serbuk akar kayu ke dalam segelas air kosong. Kemudian kacau hingga larut lalu minum. Sebelum itu jangan lupa membaca Bismillah dan juga Selawat.

Testimoni Pelanggan Ubat Resdong Paling Mujarab

 
 

 
 
“PENAWAR BUASIR PALING MUJARAB BAGI KAUM LELAKI DAN WANITA” 

Untuk Sebarang Pesanan dan Tempahan :

Puan Aisyah (013-987 1616)
atau
http://herbaresdong.blogspot.my/
Terima Kasih ❤

January 18, 2017

Perkhidmatan Urutan Selepas Bersalin Area Selangor Dari raihana.basar

Assallammualaikum ❤

 

Hai ibu-ibu diluar sana, hari ini shailla akan review tentang perkhidmatan urutan bersalin yang shailla gunakan selepas bersalin anak kedua. Shailla harap post ini dapat membantu ibu-ibu diluar sana yang masih lagi tercari-cari perkhidmatan urutan selepas bersalin. Shailla ambil perkhidmatan urutan selepas bersalin daripada kakak cantik kecil molek yang juga merupakan Mua iaitu Raihana Basar. Shailla mengenali beliau ketika event KBB9. 

 

Perkhidmatan yang shailla ambil adalah urutan satu badan selama 3 hari. Urutan daripada hujung kaki hinggalah ke hujung rambut. Selama 3 hari mendapat perkhidmatan berurut daripada Raihana, apa yang shailla rasa adalah bengkak kaki shailla semakin berkurang. Mana tidaknya sebelum ini kaki shailla gemuk macam dinasor tetapi sekarang bengkak kaki sudah susut ke bentuk asal kembali. Badan shailla juga menjadi cergas dan bertenaga. Walaupun dalam keadaan berpantang, shailla masih lagi buat kerja rumah yang ringan-ringan tetapi berbataslah. Berbanding bersalin anak pertama minggu pertama berpantang shailla banyak habiskan masa berbaring sahaja. Mungkin sebab ini bersalin anak kedua dan shailla ada seorang lagi anak yang kena pantau jadi untuk berpantang kali ini kena kuat. Raihana juga turut menaikkan kembali rahim kedudukan rahim yang turun sedikit dan juga membuka laluan untuk pengeluaran susu untuk memudahkan aliran susu lancar.

 

Selain urutan satu badan, shailla juga ambil perkhidmatan bertungku. Bertungku ini amat penting kerana ia bukan sahaja membuang angin dalam badan malah turut mengeluarkan sisa-sisa darah beku yang masih tertinggal semasa bersalin. Selama 3 hari bertungku, perut terasa semakin susut dan ringan. Darah beku juga keluar memang terasa lega.

 

Mandian herba juga turut disediakan oleh raihana. Ramuan ini adalah ramuan buatan sediri daripada rumah oleh raihana khas untuk pelanggannya. Ramuan herba ini disediakan dalam bentuk daun daun kering. Kita hanya masuk dalam periuk dan rebus sehingga mendidih. Ketika air rebusan mandi sedang mendidih, akan terkeluar bau bauan yang menyegarkankan daripada air rebusan mandi herba tersebut. Selepas mandi menggunakan air rebusan ini, memang badan kita akan terasa segar dan berbau wangi.

 

Diatas adalah antara perkhidmatan yang disediakan oleh raihana.basar. Slogan yang sering digunakan oleh raihana.basar adalah "Masa berpantang adalah masa terbaik untuk kembali cantik & sihat". Shailla memang tidak kongsi harga setiap perkhidmatan yang disediakan, untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh raihana.basar boleh terus hubungi atau whatsapp beliau. 

raihana.basar Confinement Service 

Pm/Wa 0122763200

Terima Kasih ❤

January 14, 2017

Tookar Online Car-Buying Website

Assallammualaikum 💋

 

Perhatian untuk kamu kamu semua, ada satu pengumuman yang shailla ingin kongsikan. Kepada kamu kamu yang berhajat untuk menukar kereta baru, meh sini shailla kongsikan satu laman web yang menjual kereta secara online. Laman web yang shailla maksudkan adalah https://www.tookar.my/ . Mungkin ada yang telah tahu dan ada yang belum tahu tentang kewujudan laman web yang menjual secara online ini.

 

Tookar merupakan laman web urusan jual beli kereta secara dalam talian di mana para pelanggan boleh mendapatkan kereta idaman dengan tawaran harga yang menarik daripada pengedar. Sempena tahun baru cina ini, tookar telah menawarkan ang pow dan juga rebate kepada pembeli. Bukan itu sahaja, tookar juga menawarkan penghantar kereta secara percuma!! kepada pembeli.

 

Bagaimana untuk membeli kereta di laman web tookar ini adalah pembeli harus log in dan daftar details peribadi terlebih dahulu. Selepas itu pembeli boleh memilih kereta idaman yang terdiri daripada jenama Honda, Isuzu, Kia,  Mazda, Nissan, Produa, Proton dan Toyota. Kemudian pembeli harus memilih tawaran yang disediakan dan perlu membuat bayaran pendahuluan untuk booking kereta. Apa yang menarik tentang tookar ini adalah proses pembelian kereta menjadi lebih mudah apabila pengedar akan menghubungi bakal pembeli untuk menguruskan pembiayaan sewa beli, trade in dan dokumen ke rumah atau pejabat.

 

Sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba ini, tookar telah mengadakan promosi istimewa kepada pembeli dengan tidak mengenakan bayaran semasa menempah kereta. Selain itu juga, tookar akan memberikan Ang Pow kepada pembeli. Promosi ini sah sehingga 31 January 2017. Untuk mendapatkan pelbagai tawaran lebih menarik daripada Tookar, pembeli boleh menggunakan kod ini SL1E8PC2  untuk membuat tempahan kereta. 

 

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut, boleh terus ke laman web https://www.tookar.my/ . Selamat membeli dan bergaya dengan kereta baru pada tahun baru ini.

Sekian Terima Kasih.

January 06, 2017

Barang Keperluan Untuk Dibawa Ke Hospital Ketika Bersalin

Assallammualaikum ❤

 
 

Kalau ikut tarikh untuk bersalin, lagi seminggu sahaja lagi Shailla akan melahirkan bayi kedua. Ketika ini memang rasa cuak, tetapi buat tenang sahaja sebab dalam minda memang telah set walau macamana pun kita tetap akan lalui detik untuk melahirkan bayi tanpa terkecuali cuma masa sahaja kita tidak boleh agak. 

Bagaimana dengan barang keperluan bayi untuk dibawa ke hospital pula?, Shailla memang suka sediakan sebulan lebih awal kerana daripada pengalaman anak pertama, bayi Shailla lahir 20 hari lebih awal. Selain itu Shailla juga rajin memeriksa beg bayi agar semua kelengkapan cukup.

Antara barang yang Shailla sediakan untuk dibawa ke hospital adalah seperti :

Untuk Bayi

1. Baju Bayi 3 Helai
2. Sarung Tangan dan Kaki 3 Set
3. Pampers 6 Keping
4. Barut Bayi 3 Helai
5. Tuala Mandian Sehelai
6. Mandian Bayi berserta minyak bayi
7. Selimut Bayi
8. Buku Yasin

Untuk Ibu

1. Set Breast Pump dan Nursing Cover
2. Baju, Kain Batik dan Stokin
3. Pad Bersalin
4. Tuala Mandian

 
 

Untuk memudahkan suami Shailla mengambil pakaian bayi ketika nurse minta, shailla telah memasuk setiap pasang baju, sarung tangan dan kaki serta pampers ke dalam plastik bagi memudahkan suami shailla menyerahkanya pada nurse yang bertugas. Selain itu, tujuan shailla memasukkanya ke dalam plastik supaya ia lebih nampak kemas dan tersusun. Okay, sampai disini sahaja entry Shailla, insyaallah kita berjumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih ❤

December 22, 2016

Menara Taming Sari Melaka

Assallammualaikum 💋

 

Ini merupakan kali kedua Shailla naik Taming Sari bersama suami dan kali pertama bersama anak. Taming Sari ini antara tempat tarikkan yang ada di Bandaraya Melaka. Sesiapa yang datang melancong ke Melaka tetapi tidak naik Taming Sari adalah satu kerugian, at least orang kata naik sekali pun jadilah.

 

Diatas Shailla kongsikan harga masuk untuk Taming Sari. Nasib Areez kecil lagi, jadi dia tidak dikenakan bayaran, hanya Shailla dan suami sahaja yang dikenakan bayaran..hihihi

 

Bagi yang takut pada ketinggian, memang akan berasa gayat ketika berada diatas dan amatlah rugi jika anda tidak melihat sendiri keindahan Melaka dari atas Menara Taming Sari. Nasib Shailla memang jenis tidak gayat sangat dan juga Alhamdulillah Areez juga nampak sangat steady dan tidak takut ketika naik ke Menara Taming Sari ini, malah dia nampak teruja dan seronok.

 

Menara Taming Sari ini, shailla cadangkan elok naik waktu malam kerana korang boleh lihat pemandangan Melaka yang penuh dengan lampu-lampu. Memang cantik pemandangan daripada atas Menara Taming Sari. Teruja Shailla lihat walaupun sebelum ini Shailla pernah naik. Tapi itulah bila sudah naik rasa tidak puas pula kerana rasa sekejap sahaja sudah sampai bawah, rasa macam hendak naik lagi pula sebab bila turun, dia agak laju berbanding semasa naik. Okay sampai sini sahaja entry Shailla.

Sekian Terima Kasih ❤️
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...