July 24, 2018

Tarikkan Menarik Di Bangi Wonderland Themepark

Assallammualaikum ❤️


Alhamdulillah tercapai juga hasrat sha untuk bawa anak-anak ke Bangi Wonderland Themepark ini. Memang sudah lama rancang untuk bawa anak ke sini, akhirnya sampai juga sha ke sini. Sebelum ini hanya mendengar cerita dan melihat gambar dari rakan serta keluarga. Kali sha sendiri dapat pergi untuk merasai keseronokkan taman tema ini.



Di atas adalah harga tiket untuk mykad dan juga non maykad. Untuk harga Crazy 2 dan Fabulous 4 tidak sah semasa cuti sekolah  Sah dari tarikh 1 July 2018 hingga 30 July 2018.


Kali ini, sha bukan sahaja pergi bersama dengan keluarga, malah kawan-kawan pun turut serta ke sini bersama keluarga mereka. Memang meriahlah.

Antara tarikkan yang terdapat di Bangi Wonderland Themepark antaranya adalah :

Insane Racer



Slide air ini merupakan tarikkan utama untuk taman tema air Bangi Wonderland Themepark ini. Terdapat 5 lajur untuk pengunjung berlumba dari kemuncak hinggalah ke penamat. Memang seronok aktiviti ini tambah dapat berlumba dengan kawan - kawan.

Kids Adventure


Untuk keluarga yang bawa anak-anak, Kids Adventure amat sesuai. Di sini, anak-anak dapat main pelbagai jenis permainan seperti papan luncur yang pelbagai jenis. Selain itu terdapat patung arnab, buaya dan beberapa jenis haiwan lagi.


Anak-anak sha memang teruja bermain di sini hingga ajak makan dan balik pun tak nak dah..jenuh pujuk.. Hihihi


Pancutan air seperti kincir air juga turut ada di sini. Kalau sampai sini, jangan lupa pakai sunblock. Ketika sha pergi cuaca redup, jadi muka sha tidaklah terbakar sangat dek terik mentari. Masuk tenghari baru panas lip lap lip lap.. Hihihi

Pirates Bay


Apa yang menarik di sini adalah korang akan merasai gelombang buatan seolah-olah seperti ombak laut. Kalau yang mane bawa anak-anak minta jangan lepas pandang sebab landai kolam ini makin ke depan makin dalam walaupun ada lifeguards sentiasa memantau.

Meander River


Di sini korang boleh berjalan atau menaiki pelampung mengelilingi taman tema ini. Lagi seronok kalau air dia bergerak deras, jadi kita tidak perlu tolak pelampung biar sahaja dia berjalan sendiri melalui lorong.


Selain dari sha permainan di atas, terdapat lagi beberapa permainan yang boleh korang cuba seperti :


Anaconda trail
Body Slide
Boomeriang
Wonder Loop
The Fall
Green Pearl
Magic Funnel

Spiralax
Pirates Spa


Water Cannon

Kemudahan Terdapat di Bangi Wonderland Themepark :


Di sini terdapat juga pondok yang boleh korang sewa untuk letak barang atau beristirahat bersama keluarga. Selain itu juga, locker untuk simpan barang turut terdapat di sini. Harga untuk locker bergantung kepada size. Apa yang sha suka tentang locker di sini adalah boleh buka bila-bila masa korang suka dan hanya perlu scan gelang locker untuk buka amat mudah sekali. 

Terdapat juga beberapa tandas berserta bilik mandi dan bilik bayi. Surau juga turut terdapat. Memang mudah untuk menyalin pakaian . Memang sangat selesa ketika berada di sini. Sebab semua sudah cukup. 


Kedai menjual kelengkapan mandi juga turut ada di sini. Tapi kalau hendak jimat, boleh bawa semua dari rumah. Macam sha semua bawa dari rumah, sampai sini hanya pump. Untuk masuk ke sini, makanan dari luar memang tidak di benarkan. Kawalan amat ketat ketika memasuki pagar . Jadi jangan risau lapar kerana di turut ada kedai menjual pelbagai jenis makanan. Pada emak-emak, bila sha cakap tidak boleh bawa masuk makanan jangan pulak pi tidak bawak  bekas susu anak kerana itu dibenarkan.

Untuk maklumat lanjut boleh klik link yang sha kongsikan di bawah ini :


Sekian Terima Kasih

July 15, 2018

Membina Impian Bersama ZY Cosmetic

Assallammualaikum ❤️


Kepada korang yang peminat dunia kecantikan, di sini shailla ingin memperkenalkan tentang ZY Pyhto. ZY Phyto Holdings Sdn Bhd adalah syarikat pengilang OEM bagi produk-produk kesihatan dan kecantikan. Sinonim dengan berasaskan bahan ekstrak semula jadi dan herba. Selain itu, turut membekal bahan mentah termasuklah ekstrak herba, serbuk dan cecair yang mendapat permintaan tinggi di pasaran khususnya dalam sektor pembuatan produk kecantikan dan kosmetik.

Bercita - cita menghasilkan produk kosmetik sendiri?. MENGHASILKAN produk adalah suatu perkara yang rumit dan memerlukan kos yang tinggi, kerana perlu melalui banyak proses, bermula dengan melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D), sehingga ia berjaya dihasilkan.


ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd (ZY Phyto), syarikat 100 peratus milik Bumiputera, menyediakan khidmat membuat produk kesihatan dan kecantikan, bagi usahawan atau syarikat yang mahu mengeluarkan produk jenama sendiri, menerusi kontrak pengilangan (OEM).



Cara Untuk Buat Produk Kosmetik Sendiri :

Dengan bermodal serendah RM3000 di bawah pakej Chomel, dibawah ZY Phyto Cosmetic Science korang boleh menghasilkan produk kecantikkan seperti :



Anti-Wrinkle Serum, Whitening Serum, Make Up Remover, Face Cleanser, Opaque Soap, Opaque Deodorant, Whitening & Moisturizing Soap, Whitening & Moisturizing Cream, Anti-Acne Soap, Body Scrub, Shower Gel, Hair Growth Oil, Aromatherapy Oil dan lain-lain.

Caranya untuk mencipta produk sendiri, mudah sahaja, korang hanya perlu datang dengan idea dan pihak ZY Phyto akan realisasikan impian korang. Pihak Phyto sendiri yang akan buat R&D dan menghasilkan produk sehingga siap dipasarkan. Usahawan hanya perlu fokus untuk pemasaran produk. Senang bukan?


Selain itu juga, kalau korang hendak tahu, semua produk dihasilkan di kilang ZY Phyto mempunyai akreditasi Amalan Pengilangan Baik (GMP), sijil Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan pengiktirafan ISO bagi kedua-dua kilang.Jadi korang tidak perlu lagi risau tentang kualiti dan keselamatan produk yang akan korang buat nanti pada pengguna.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi details seperti dibawah ini:

Telefon : +603 60388898 / 6898 / 7898
Fax : +603 60388798

Sekian Terima Kasih

July 04, 2018

D'Apple Cafe & Restaurant

Assallammualaikum


Ini merupakan antara tempat kegemaran shailla dan juga keluarga. Selain harga dia yang agak berbaloi, makanan dia juga memang sedap. Macam biasa, kalau datang ke sini pasti shailla akan order chicken chop. Ayam dia memang ranggup ditambah pula dengan kuah BBQ yang pekat dan likat itu, memang menarik.


Suami shailla pula memang penggemar kambing. Kebanyakkan menu yang dia pesan selalu mesti ada kambing. Malangnya pada kali ini, rasa kambing dia tidak seperti selalu, kurang segar seperti sudah lama. Jadi malam itu memang potong selera sikit. Nasib speghetti ini sedap, takdelah rasa terkilan sangat. Anak shailla pun suka makan. Okay sampai di sini sahaja entry shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

D'Apple Cafe & Restaurant Kota Damansara
36-G, Jalan PJU 5/20D, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Phone: 013-362 3321

Sekian Terima Kasih

July 03, 2018

Restoran Tok Wan FC

Assallammualaikum ❤️


Baru-baru ini, sha dapat flayer dari owner Restoran Tok Wan FC. Kedai ini baru sahaja buka. Kedai ini terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Dulu kedai ini menjual nasi kukus. Kemudianya tidak beroperasi lagi. Sekarang diganti pula dengan Restoran Tok Wan FC. Memandangkan tengahari tidak tahu makan apa, jadi shailla pun ajak kawan office untuk mencuba makanan di kedai baru ini.

Pertama sekali bila sampai di sini, shailla tertarik dengan kuih yang di beri nama Bak Lava. Ramai juga orang beli kuih ini ketika shailla sampai ketika itu. Apa yang menarik tentang kuih ini adalah rasanya seperti kuih kacang tumbuk. Menurut pemilik kedai, kuih ini adalah dari kacang pisctachio.



Selain itu juga, shailla juga memesan set Duo Plate iaitu combo dua set ayam bersama kentang putar, coleslow, roti dan juga air. Harga set ini adalah RM12.50. Ayam tidak pedas sesuai untuk kanak-kanak. Rasanya boleh tahan serta rangup. Walaupun rasanya tidak sehebat KFC, tetapi tidak menjadi masaalah untuk shailla.

Selain itu, terdapat juga menu lain seperti Nasi Ayam Penyek, Nasi Ayam Bakar, Nasi Kukus Ayam Berempah, Pecel Lele, Chicken Burger, Fried BBQ, Wedges, Nugget dan beberapa menu yang lain. Itu merupakan main yang terdapat di situ. Shailla akan berkunjung ke Restoran Tok Wan FC kelak untuk mencuba menu lain pula.

Alamat :
No 9, Blok 4 Worldwide, 
Jalan Wushu Seksyen 13/49, 
Shah Alam

For Delivery :-

Whatsapp :

Amin : 011-11402728
Atau
Lina : 011- 36476788

Terima Kasih

July 02, 2018

Raya Aidilfitri 2018

Assallammualaikum ❤️


Hai semua, apa khabar? Baru kali ini shailla berkesempatan untuk update entry Raya Aidilfitri 2018. Memandangkan masih dalam bulan raya lagi, jadi tidak terlewatkan untuk sha update entry. 


Raya kali ini, Shailla dan keluarga sambut dengan suasana sederhana tetapi meriah. Seminggu sebelum sambutan Hari Raya, kami sempat bergotong royong buat wajik sirat. 


Raya tahun ini agak istimewa sikit kerana abah shailla dapat set pakaian raya dari pihak Jakel Malaysia. Teringat shailla ketika memberitahu abah, bahawa dia mendapat hadiah set pakaian raya dari pihak Jekal, teruja betul dia. Awal-awal lagi sudah minta shailla gosokkan baju itu untuk dia pakai di pagi raya nanti. 


Manakala shailla satu keluarga juga bergaya dengan pakaian Jakel juga. Ini merupakan tahun keempat shailla beraya dengan pakaian dari jakel. Shailla suka membeli pakai di Jakel Shah Alam berbanding Jakel KL. Sebenarnya warna kuning mustard ini dari tahun lepas lagi kami rancang untuk beli, tetapi memandang anak pulak tiada size, jadi tahun ini, kami sekeluarga berjaya mendapat warna idaman.


Pada raya ketiga, kami sekeluarga melawat tok nek di Manjung, Perak. Sebaik sahaja habis menziarahi tok nek, kami singgah sebentar di Jeti Lumut untuk bersiar-siar sambil membeli barang.


Tiap-tiap tahun selalunya pada hari raya kedua, kami sekeluarga akan beraya di klang iaitu rumah saudara mara belah ibu mertua. Tetapi untuk tahun ini, kami beraya di klang pada raya keempat.


Kalau nak tau, di tangga ini adalah tempat wajib tiap-tiap tahun kami ramai-ramai bergambar. Anak tengok cerita matilanak tak? Haaa... Ada beberapa scene diorang lakonkan di rumah ini. Okay sampai di sini sahaja entry shailla kali ini, jumpa lagi di entry akan datang

Terima Kasih


May 03, 2018

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

Assallammualaikum


Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka.Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan.
Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehingga RM3,900. Banyak tu. Nak tahu apa pakej yang ditawarkan?


Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak kami tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.


Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye,boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.

Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018

Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , Cuma perlu bawa joran sendiri. Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, kami ada sediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali kami akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah. Banyak kan aktiviti.


Harga yang di tawarkan.

Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).
Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780.
Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja.
Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax.

Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web kami di:


Terima Kasih

April 13, 2018

JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018

Assallammualaikum


Putrajaya, 20 Mac 2018 – Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.



Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah biji kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.

Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.

Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.

Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanah air.

Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi;

Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018

(TEL: Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909)

Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...