March 09, 2015

Contoh Diy Guest Book Versi 1

Assallammualaikum

Hai semua ! Okay..entry shaila kali ini adalah untuk share dengan para bride to be yang hendak saving bajet buat Diy Guest Book sendiri. Salah satu contoh design yang shaila ingin kongsikan dengan semua bakal Bride To Be adalah contoh design dia korang boleh tengok dalam slide, sangat simple tetapi cantik..hihihi. Okay jom kita lihat design yang shaila ingin kongsikan dengan korang semua.

Design Diy Guest Book


Muat Turun Dokumen Dibawah ini


Semoga entry ini dapat dapat membantu para Bride to be...

Sekian Terima Kasih

Review Radiance Signature Whitening & Glowing Series Collagen

Assallammualaikum


Hai semua!apa khabar?. shaila sangat excited untuk memperkanalkan produk kecantikan yang memang telah lama di kenali ramai.Apakah produk itu?Jom sama-sama kita baca review shaila tentang produk yang super hot ini!

Radiance Signature Whitening Glowing Series Collagen merupakan produk ekslusif terkini keluaran bumiputra yang kini semakin hot di media sosial. Supplement ini diformulakan sebagai supplement terbaik No. 1 Asia kerana bertindak secara semulajadi dengan menggunakan bahan collagen gred A serta berkualiti tinggi. Kesan yang dapat dilihat SEAWAL 3 hari bergantung kepada faktor genetik dan hormon badan pengguna Radiance Signature. Packing yang cukup ekslusif ini memberi keyakinan kepada pengguna bahawa Radiance Collagen ini cukup istimewa dan bertaraf premium. Apa yang menariknya Radiance Signature memberi banyak manfaat kepada bukan sahaja kulit wajah tetapi untuk seluruh tubuh badan merangkumi kesihatan dalaman.


Radiance Signature diiktiraf Jakim dan lulus KKM. Proses pembuatannya yang berunsurkan islamic yang mana pengilangan diiktiraf bertaraf GMP ! Semua pekerja menutup aurat sepanjang penghasilan produk dan tiada pekerja yang merokok.


Antara Manfaat Utama Radiance Signature™

Mencerah & Menggebukan Kulit

Mencerahkan kulit ke tahap maximum

Menjadikan kulit glowing naturally

Anti Penuaan

Memperbaiki sel sel kulit

Mengecutkan Jerawat

Menghilangkan jeragat

Memudarkan Parut parut jerawat

Menurunkan berat badan

Menghilangkan Kulit Kusam & Tidak Bermaya

Menghilangkan Kesan Lebam Di Bawah Mata

Memberikan tenaga serta merta

Memberikan tidur yg nyenyak

Harga : 

RM180(sm) / RM190(ss)

Untuk Pesanan :

Email

Whatsapp
018-3621432

Sekian Terima Kasih

March 04, 2015

Throwback Wedding Ekin

Assallammualaikum


Haii...semua apa khabar? di harapa dalam keadaan sihat selalu. Okay entry shaila kali ini adalah berkenaan wedding kawan baik shaila semasa di sekolah menengah iaitu ekin. Majlis perkahwinan ekin ini telah berlangsung di rumah kakak sulungnya bertempat di Semenyih. Seperti yang kita lihat, tema untuk perkahwinan kawan shaila ini adalah bertemakan warna ungu gelap.

 Sebenarnya shaila tidak tahu pun tema dia warna purple kebetulan sahaja pakai baju warna purple. Dalam kami berempat dialah yang paling chubby,comel and banyak cakap. Kalau jumpa Ya Allah riuh sekampung dengar pot pet pot pet dia bercerita dan dalam kami berempat yang pakai baju warna biru tu single lagi yang lain semua dah mingle dah..hihihi


Kepada ekin, shaila ucapkan selamat pengantin baru..."Barakallah lakuma wajamaa' bainakuma filkhair"
(Semoga Allah memberkati kamu berdua dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan..InsyaAllah)

Sekian Terima Kasih

February 27, 2015

Fesyen wanita pertengahan 30an

Assallammualaikum

The Hottest Clothing Trends for 30’s

Hai..hai..hai..entry shaila kali ini adalah berkenaan fesyen pula.Rasanya sudah lama shaila tidak update blog pasal fesyen. Hurmmm..hendak cerita pasal fesyen apa yer?? Memandangkan umur kita ini semakin meningkat, jadi shaila hendak cerita pasal fesyen yang sesuai di gayakan apabila umur telah mencecah ke angka 30 an.


Rata-rata wanita yang telah mencecah usia 30 dan ke atas bimbang untuk bergaya dan menganggap bahawa fesyen hanyalah sesuai bagi mereka yang masih muda. Tanggapan itu adalah salah sama sekali! Tidak salah untuk berfesyen asalkan anda tahu untuk menggayakan sesuatu pakaian yang bersesuaian dengan umur anda. So what’s the hottest women clothing trends untuk mereka yang berumur 30 dan ke atas?



Contoh artis Malaysia yang berumur sekitar 30an adalah Dato Siti Nurhaliza. Walaupun usia beliau sudah mencecah masuk 30 an tetapi beliau pandai mengayakan fesyen pakaian yang menampakkan beliau kelihatan muda dan stylist.


Bagi shaila, beliau berani mengenakan pakaian yang digayakan oleh remaja atau wanita yang berusia 20-an. Pakaian yang beliau gayakan juga menampakkan beliau kelihatan matang dan lebih stand out. Tak perlu padanan berlebihan untuk tampil stylish di usia 30-an, cukup sekadar tambahkan beberapa item fashion, seperti yang berikut.


Pastinya sesuatu yang trendy dan tetap sopan. Seluar pendek atau skirt pendek memang sudah tidak sesuai untuk digayakan. Jadi, cuba gayakan jumpsuit yang sopan ini!


Anda gemar memakai dress? Kini terdapat pelbagai rekaan dress labuh yang sopan dan juga sesuai untuk digayakan oleh wanita bertudung.


How about kaftan? Kaftan merupakan diantara jenis pakaian yang paling selesa dipakai.


Selain baju kurung, anda juga boleh memilih jubah moden sebagai alternatif untuk bergaya ke tempat kerja.


Dan jika anda ingin kelihatan sedikit kasual, sarungkan sehelai blouse dan padankan bersama jeans atau palazzo pants yang selesa.

SIAPA kata wanita yang makin meningkat usia tidak boleh tampil bergaya dengan rona ceria?

Selaras dengan bertambahnya usia, wanita perlu belajar untuk menyesuaikan diri dalam memilih pakaian yang sesuai dengan perubahan umur dan juga tubuhnya. Berpakaian sesuai dengan usia bermakna anda harus mengelakkan bersusah payah untuk membuat anda kelihatan muda. Tapi, berpakaian sesuai dengan imej diri dan usia anda.

Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini, semoga entry ini dapat membantu anda di luar sana dalam mengayakan fesyen yang bersesuaian.


Sekian Terima Kasih

February 24, 2015

Kuih Keria Mak Buyong

Assallammualaikum


Hai semua...apa khabar? di harap dalam keadaan sihat sahaja..okay entry shaila kali ini ada tentang kuih keria..wahhhh...yumyumyum...kisahnya shaila teringin nak makan kuih keria then mama shaila sibuk buat tempahan kuih karipap jadi terpaksalah mak buyong ni buat sendiri. Cerita tentang kiuh keria ini, sebenarnya buat dia tidaklah susah mana cuma hendak menguli dan buat bentuk donut tu makan masa sikit.Lenguh juga lar pinggang shaila dok buat bentuk donut nie..hahaha


Setelah siap digoreng dah disira dengan gula...inilah hasilnya..kuih keria mak buyong diberi nama. Nasib lembut..kalau tak patah gigi mama dan abah makan...hahaha...okay sampai sini sahaja entry shaila..jumpa lagi...daaaaaa...

Sekian Terima Kasih

February 23, 2015

Projek Baiki Katil Baby

Assallammualaikum


Hai semua...apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini shaila hendak cerita tentang projek shaila dengan suami membaiki katil baby. Katil baby ini, pemberian kakak saudara shaila memandangkan dia tidak lagi guna katil baby ini. Tetapi papan untuk katil baby ini dah patah kerana di latam oleh anak-anaknya. Dari situ bermulalah projek shaila dan juga suami membaiki kayu yang patah itu tetapi malangnya tidak dapat dibaiki. Kebetulan bapa mertua shaila ada papan simpan papan tebal jadi suami shaila gigih gergaji papan itu mengikut size asal papan katil baby.


Setelah papan siap di potong, kami ke kedai hardware untuk membeli tikar getah sebagai pelapik dan stapler gun untuk tampal tikar getah pada kayu. Setelah siap membeli bahan-bahan, kami semangat pulang ke rumah untuk memula projek itu, tetapi malangnya ubat stapler gun tidak boleh masuk pula, jadi suami shaila telah ke kedai harrdware itu kembali untuk tukar ubat stapler. Kemudian bila sampai di rumah, kami sambung projek kami kembali tetapi malangnya elok 3 kali tembak, stapler gun itu tidak kuarkan ubat dan means dia jadi stuck tidak boleh guna.hurmmmmm...maka kami projek kami terhenti di situ. Selang dua hari kemudian suami shaila pergi balik kedai itu untuk tukar stapler gun dan hasilnya...taraaaa....seperti gambar di atas..siap juga akhirnya papan katil baby....hihihi


Memandangkan katil bayi ini tiada tilam, jadi shaila lapik guna toto sahaja. Memang pada awalnya shaila hendak beli tilam untuk katil baby ini, tetapi bila pergi servey..kebanyakkan size tidak sama, mahal dan nipis. Kemudian biras shaila suggestkan lapik guna toto sahaja kemudian baru letak tilam size travel baby itu jadi tidak la terlalu nipis. Kelambu baby itu pula kawan office shaila bagi.Alhamdulillah rezeki baby.Akhirnya siap juga katil baby kami. Rase puas hati dan happy sangat.

"wahai anakku, walaupun katil baby ini secondhand tetapi sangat bernilai kerana hasil tangan abi dan semangat abi untuk membaiki katil ini untuk kamu..itulah yang menampakkan ia sangat berharga dan tanda kasih sayang kami.Wahai anak belajarlah menjadi anak yang soleh dan hidup serba serderhana tetapi bahagia kerana umi dan abi tidak dapat menjanjikan kemewahan kepada kamu tetapi berusaha lakukan terbaik untuk kamu."

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...