Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

April 17, 2017

Roti John Cheese Leleh Lan's Burger Corner

Assallammualaikum 💕


Pada hari ahad lalu, shailla dan family pergi jalan-jalan cari makan sekitar Subang Perdana. Lokasi shailla tuju adalah di Lan's Burger Corner. Cuaca ketika shailla sampai agak kurang baik kerana baru lepas hujan, jadi keadaan sedikit lecak dan kerusi meja basah. Okay, lupakan tentang itu, jom kita ke tujuan utama shailla ke sini dan apa yang shailla cari.



Tujuan shailla datang ke sini adalah untuk merasai kenikmatan roti john cheese leleh. kalau lihat didalam gambar di facebook Lan Burger Corner memang meleleh air liur sehingga membuat shailla terpanggil untuk sampai ke sini. Setibanya disini, menu pertama yang shailla order adalah roti john cheese leleh perisa daging. Order ketika itu agak lambat sampai mungkin kerana kekurangan kakitangan kerana tukang ambil order kami adalah kanak-kanak lelaki dan anak perempuan yang mungkin anak kepada owner tempat ini. Sebaik sahaja sampai dimeja kami, stopsssss ambil gambar dahulu baru makan..hahaha..bengang sahaja suami shailla. Okay jom serangggg, seperti yang korang lihat gambar diatas cheese memang meleleh dan anak shailla sangat teruja makan bahagian cheese itu. Buktinya boleh lihat gambar seperti dibawah ini.


Anak shailla memang hantu cheese. Memang roti john ini dia makan bahagian cheese dan juga kentang. Jika lihat, roti dia kelihatan macam kecil tetapi sebenarnya roti besar dan tebal. Shailla dan suami makan beberapa potong sahaja sudah rasa kenyang. Memang kami berjaya habiskan separuh sahaja dan separuh lagi bungkus bawa balik. Rasa roti john daging ini boleh tahan sedapnya, ditambah pula dengan cheese yang yang meleleh itu, memang menaikkan selera.


Diatas adalah harga untuk roti john cheese leleh.


Menu kedua yang shailla pilih adalah chicken chop. Yang bestnya adalah ayam dia sangat rangup tetapi sangat-sangat pedas. Meleleh jugalah air mata menahan pedas makan chicken chop ini. Ayam dia juga agak besar jadi shailla kongsi dengan suami.


Disini bukan setakat dua menu diatas sahaja yang ada. Banyak lagi menu-menu lazat yang terdapat disini. Memang rambang mata untuk membuat pilihan. Tetapi disebabkan roti john cheese leleh ini buat shailla meleleh air liur tengok, jadi shailla pilih sebagai menu utama manakala ayam chicken chop yang kelihatan ranggup dan gebu itu  menjadi shailla pilihan untuk menu kedua pula. Alhamdulillah terlebih kenyang kami pada malam itu. Untuk mengetahui lebih lanjut pergi sendiri untuk mencuba dan juga menekan link dibawah ini:


Alamat : jalan sp2/4 taman subang perdana, Shah Alam, Malaysia

Sekian Terima Kasih



September 05, 2016

Keenakkan Seafood Buffet Di Retro Cafe Vivatel Kuala Lumpur

Assallammualaikum


Malam ini makan seafood sedap juga ini. Shaila dan beberapa rakan yang lain telah ke sebuah hotel yang menyediakan makan seafood secara buffet tidak perlu pergi jauh untuk merasai makanan seafood, cukup sahaja singgah di Vivatel Kuala Lumpur.


Shailla bergerak dari Shah Alam pada pukul 5.30 petang, dan sampai ke Vivatel Kuala Lumpur lebih kurang hampir pukul 7 malam kerana tersekat dengan kesesakkan lalu lintas. Setibanya disana, Shailla dan suami terus masuk ke dalam Vivatel untuk bertemu dengan rakan-rakan yang lain. Tidak susah untuk cari Retro Café ini kerana lokasinya terletak disebelah kanan pintu masuk utama Vivatel.


Keadaan di dalam Café Retro ini memang cantik dan kemas. Dekorasinya nampak tersusun dan sedap mata memandang. Lighting dia pula menimbulkan suasana romantic disitu. Jadi kepada pasangan yang hendak sambut ulang tahun perkahwinan mahupun kelahiran shailla rasa agak sesuai ke sini.


Okay Shailla amat teruja dan tidak sabar untuk merasai seafood yang disediakan oleh Café Retro ini.  Pertama sekali Shailla ke bahagian yang menempatkan pelbagai jenis cucuk-cucuk makanan untuk rebusan.


Dan juga sayur-sayuran.


Shailla sangat teruja melihat kepala ikan ini, walaupun Shailla bukan penggemar kepala ikan. Kepala ikan ini sebenarnya untuk diletakkan didalam mee kari. Suami Shailla sahaja makan mee kari itu kerana ketika itu perut Shailla sudah penuh.


Untuk merebus semua makanan ini, Chef ini yang akan lakukan, Jadi ketika keluar daripada Café Retro ini, tidaklah baju kita berbau asap..Hahaha. kita hanya perlu ambil makanan yang hendak dimakan dan beri kepadanya. Kuah yang digunakan adalah kuah tom yam yang dicampurkan dengan santan, jadi rasa kuah ini agak berlemak. 


Selepas itu Shailla mencuba pula spaghetti Cabonara yang telah disediakan oleh Chef diatas ini. spaghetti Cabonara ini kalau kita lihat memang nampak menyelerakan tetapi bagaimana pula dengan rasanya.


Rasa spaghetti Cabonara ini memang sedap, jika tidak shaila ingin mencuba makanan lain pula, mungkin Shailla akan repeat lagi  makan spaghetti Cabonara. Rasa kuah Cabonara memang sedap dan secukup rasa. Pada mulanya suami Shailla makan dahulu, bila dia cakap sedap terus Shailla teruja untuk rasainya, ternyata memang sedap.


Kemudian Shailla ke bahagian “Live Cooking Station”. Dibahagian ini, kita boleh lihat secara live Chef di situ memamasak makanan yang telah kita pilih. 


Dihadapanya terdapat pelbgai jenis ikan yang tersedia. Kita hanya perlu pilih dan serahan pada Chef untuk memasak mengikut permintaan kita. Shailla dan suami pilih ikan bawal untuk direbus dan cicah bersama dengan pelbgai jenis sos yang telah disediakan mengikut selera kita.


Selain itu terdapat juga ikan bakar yang telah siap dimasak Cuma tunggu kita ambil dan makan sahaja. Nampak menyelerakan bukan ikan panggang diatas atas ini, Shailla tidak melepaskan peluang untuk merasai ikan ini.


Hidangan pencuci mulut juga disediakan seperti buah-buahan. Terdapat tiga jenis buah-buahan yang disediakan disitu seperti buah tembika, tembikai susu dan juga apple hijau. Apple hijau memang buah kegemaran Shailla, jadi shailla memang banyak ambil buah apple berbanding buah-buahan yang lain.


Pelbagai jenis kuih muih tempatan juga turut disediakan disini. Ada perlbagai jenis warna, bentuk dan rasa ada. Shailla paling suka kuih lapis, selain rasanya yang sedap warna dia juga sangat menarik perhatian Shailla untuk mengambilnya. Selain itu terdapat juga beberapa desert lain seperti Coctail dan Ais Krim.


Shailla memang suka udang berbanding ketam. Udang yang disediakan disitu memang besar-besar. Isinya yang gebu dan segar memang buat kita rasa nikmat ketika memakannya. Udang ini memang membuka selera Shailla ketika makan di Retro Cafe ini.


Ini adalah antara rakan-rakan Shailla yang turut serta makan malam ketika itu. Lihat sahaja Bella, kerana terlalu asyik menikmati keenakkan makanan disitu, bergambar pun sampai tutup mata.


Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan detail seperti dibawah ini:

Tel: 03-9205 8888
Facebook: VivatelKL


Sekian Terima Kasih

August 17, 2016

Food Review | Pau Cendawan

Assallammualaikum
Hai semua, apa khabar? Diharap dalam keadaan sihat selalu. Kali ini shaila ingin review pasal pau cendawan. Pau ini sebenarnya telah menjadi viral ketika bulan puasa yang lalu. Ini memang pertama kali shaila rasa pau cendawan. kebetulan rakan sekerja suami ada menjual di office, jadi suami shaila telah membelinya. 
Bagaimana rasa pau cendawan ini?? Hurmmm kalai buat penggemar mushroom soup pasti sukakan pau cendawan ini kerana inti pau cendawan ini rasa lebih kurang mushroom soup. Didalam inti pau cendawan ini juga ada juga terkandung ayam. Pau Cendawan ini memang enak jika dimakan ketika panas-panas. Ohhh yaa...pau cendawan yang suami shaila beli itu kena stim dahulu baru boleh makan sebab ini bukan ready made punya tetapi frozen punya.Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini.Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

July 28, 2016

Food Review : Abg Chaq Catering

Assallammualaikum


Abg Chaq Catering adalah katering yang beroperasi di Sungai Buloh Selangor. Abg Chaq Catering menyediakan pakej yang merangkumi pelbagai jenis majlis. Pakej yang ditawarkan kebanyakkanya pakej yang boleh membuat pelanggan dan bakal pelanggan mampu untuk menggunakan khidmat Abg Chaq Katering. Harga yang ditawarkan mengikut pakej dan sangat berpatutan. Harga yang Abg Chaq Catering tawarkan juga berbaloi perkhidmatan yang mereka berikan. Ini kerana Abg Chaq Catering sangat menitikberatkan aspek kualiti dalam penyediaan makanan, perkhidmatan pelanggan dan memastikan segalanya berada dalam keadaan sempurna.

MAJLIS PERKAHWINAN

Abg Chaq Catering menawarkan pakej - pakej yang boleh dipilih mengikut pilihan masing - masing .Dibawah adalah pakej - pakej untuk majlis yang besar seperti majlis perkahwinan.




Antara contoh lauk pauk dan juga nasi yang disediakan oleh Abg Chaq Catering adalah seperti :


Nasi Minyak


Daging Masak Hitam


Ikan Kering


Ayam Masak Kari


Rendang Daging


Arca Buah


Sambal Ayam


Perkhidmatan untuk makan adap-adap juga Abg Chaq Catering ada sediakan untuk para pelanggan.

Anda tidak akan rugi jika berurusan dengan Abg Chaq Catering kerana makanan yang disediakan oleh mereka semua sedap-sedap belaka.

Selain dari majlis perkahwinan,Abg Chaq Catering juga menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis kecil - kecilan seperti:

-Majlis Pertunangan
-Rumah Terbuka
-Doa Selamat
-Dan Lain - Lain

Abang Chaq Catering menawarkan perkhidmatan untuk pelbagai jenis majlis iaitu :

  • Catering Majlis Perkahwinan
  • Catering Majlis Pertunangan
  • Catering Majlis Rumah Terbuka
  • Catering Kenduri Arwah
  • Catering Majlis Akikah
  • Catering Majlis Tahlil


*PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK TEMPAHAN DI SEKITAR  SUNGAI BULOH, KUALA LUMPUR DAN SHAH ALAM. CAS PENGHANTARAN AKAN DIKENAKAN UNTUK TEMPAHAN DILUAR KAWASAN KUALA LUMPUR DAN SHAH ALAM.

Untuk tempahan dan juga pesanan boleh terus hubungi Pn Aizam:

Whatsapp
017-3111970

Instagram

Facebook

Sekian Terima Kasih


May 27, 2016

Food Review | D'kayangan Grill BBQ Steamboat Buffet Ramadhan 2016

Assallammualaikum


Semalam shaila dan beberapa rakan blogger dari Kelab Ben Ashaari pergi food review di area Seksyen 13 Shah Alam. Lokasi food review kali ini adalah D'kayangan Grill  BBQ Steamboat. Walaupun  berkerja di Shah Alam hampir 3 tahun, tetapi tidak pernah perasan pula D'kayangan Grill & Barbeque Steamboat. Mungkin juga sebab kedudukanya dibawah apartment, itu yang tidak perasan.



Untuk sampai ke sini, shaila guna maps. Kalau dari Sungai Buloh adalah dalam 35 minit. Tempat ini agak selasa dan mempunyai banyak tempat duduk. Semasa shaila datang pada pukul 8 malam masih banyak lagi kekosongan tempat duduk tetapi makin lama orang semakin ramai datang dan kebanyakkan tempat duduk sudah menjadi penuh.  Restoran ini juga mempunyai ruang santai yang boleh menampung sehingga 500 orang dalam satu masa . Antara kemudian yang di sediakan disini adalah wash room, surau untuk lelaki dan perempuan dan tempat letak kereta yang luas dan banyak.


Ramadhan sudah hampir tiba, mungkin korang tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluargakan. Apa kata korang bawa keluarga ke sini kerana disini terdapat buffet Ramadhan yang menyediakan pelbagai menu istimewa pada bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi. D'kayangan Grill  BBQ Steamboat ini menyediakan makanan yang berkongsepkan 3 dalam 1 iaitu Grill + stimbot + BBq secara buffet. Tengok sahaja kambing panggang yang sedang tergolek disalai diatas sana, rasa dia memang sedap dan tidak berbau. Kambing panggang ini merupakan salah satu menu istimewa yang disediakan disini setiap hari semasa bulan ramadhan.


Jom kita lihat aneka makanan yang tersedia disini. Terdapat pelbagai aneka makanan laut yang segar-segar ada disini seperti udang, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan lain-lain lagi
.



Haaaaa....untuk cucuk-cucuk di atas adalah untuk skewer. Terdapat banyak pilih tersedia untuk pilihan pengunjung disini seperti Ayam Skewer Berrempah, Ayam Skewer Kunyit, Ayam Skewer Cilantro, Daging Skewer Hitam Manis, Sotong Skewer Pedas Cilantro, Sotong Skewer Berempah, Ikan Dory Skewer Berempah, Udang Skewer Cilantro Pepper, Kambing Skewer Hitam Manis, Otak-otak dan Pari Assam Nyoya.



Turut disediakan disini juga adalah pelbagai aneka bebola, sayur-sayuran dan segar-segar bagi pengemar sayur dan juga aneka mee yang pelbagai jenis dan rasa. Kalau budak-budak ini mesti suka mee maggie yang pelbagai ini.



Pencuci mulut juga turut disajikan disini seperti Breads dan Butter pudding With Vanilla Sauce. Kek dan juga pelbagai jenis aneka buah-buahan turut disediakan disini.


Untuk stimbot, terdapat dua pilihan kuah untuk kita pilih iaitu sama ada kita hendak kuah sup ayam mahupun tom yam. Jadi kami telah memilih kuah tom yam sebagai kuah rebusan.


Disini terdapat banyak pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan lain-lain lagi. Kalau korang rasa hnedak makan ais krim, ABC dan juga minuman panas dan sejuk turut disediakan.


Fuhhhh, berpeluh-peluh shaila sibuk mengacau dan membakar makanan. Masuk sini bau minyak wangi tetapi bila keluar bau asap. Habis baju shaila beli dari blogger Tya Salmid bau asap..hahaha..Asap pun asaplah janji perut kenyang.


Ini antara blogger yang bersama shaila pada malam itu. Yanie ni macam-macam tahu-tahu sahaja hendak ambil gambar dia..hahaha. Keseluruhan makan di sini sedap dan banyak pilihan hingga tidak terpilih kami. Ada lagi beberapa jenis menua yang shaila tidak larat cuba sebab perut dah full tank.


Shaila tidak tahu, mengapa shaila happy sangat mungkin sebab terlebih banyak makan bersama dengan blogger-blogger yang suka buat lawak. Diorang ini kalau buat lawak dan boleh masuk Maharaja Lawak Mega, mesti menang punya..hahaha


Harga yang ditawarkan juga berbaloi dengan apa yang shaila makan pada malam itu. Pelanggan hanya perlu membayar serendah RM49.90 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak RM24.00 untuk yang berusia 5 hingga 11 tahun.


Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendapat info mengenai restoran ini, boleh layari laman Facebook Steamboat-BBQ-Buffet_DKayangan dan Instagram #dkayangansteamboat. Restoran ini bertempat di alamat :
Sri Acappella Servis Apartment Rest. 
D’Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment. 
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13, 
40400 Shah Alam.


Untuk membuat sebarang tempah terus boleh hubungi 03-55234979 / 012-2971091 / 012-3970091

Waktu Operasi : 5pm - 2am

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...