April 30, 2021

Membayar Zakat Melalui RHB Bank

 Assallammualaikum

Korang pernah hadapi situasi dimana dalam sibuk untuk melengkapkan persiapan Hari Raya sekali korang tertinggal satu perkara yang wajib iaitu Membayar Zakat Fitrah. Alamak! mula terkejar-kejar mencari kunci kereta untuk pergi ke kiosk zakat yang berdekatkan. Bila sampai, sekali kena beratur panjang daa..mana tidaknya esok sudah rayakan, masing-masing berlumba untuk bayar zakat. 

Sekarang korang tidak perlu lagi beratur atau terkejar-kejar untuk membayar zakat di kiost lagi kerana korang boleh membayar melalui E-Zakat Pay sahaja. Tetapi perlu diingatkan, bila sudah boleh bayaran zakat melalui atas talian ini, jangan pula korang korang bertangguh dan terlupa untuk menunaikan kewajipan ini. Jangan sampai korang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga korang terlupa dengan urusan akhirat.

Cara Membayar Zakat Melalui Atas Talian


Berapa kadar fitrah ya? Bayarlah ikut beras yang biasa kita makan. Sama ada:

RM7 - Beras Super Special Tempatan (5% Hancur)
RM14 - Beras Super Import / Beras Perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi
RM21 - Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah

Bayar Zakat Secara Cashless Dengan Perbankan RHB

Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet.



Bagi pembayaran zakat, pembayar hanya perlu melayari portal e-zakat di E-Zakat Pay dan klik pada pembayaran E-Zakat Pay untuk membayar zakat.

Cara pembayaran Zakat Melalui Bank Rakyat:

Pembayar perlulah mempunyai akaun RHB terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan pembayaran. Ikuti langkah-langkah yang diberikan. Itu sahaja, dan pembayaran zakat telah selesai dilakukan.


1. Masuk Perbankan Internet

2. Klik RHB Islamic Bank dan log masuk ke Perbank Internet Korang

3. Pilih “BillPay”>"OpenPayment"

4. Pilih "Pusat Pungutan Zakat WP"

5. Masukkan " Nama, No Ic, Jenis Zakat, Amaun"

6. Masukkan "No OTP"

7. Klik "Submit"

Lihat betapa mudah dan senangnya membayar zakat. Semuanya di hujung jari sahaja . Jadi, tiada alasan lagi untuk korang yang telah cukup syarat ini mengelak daripada membayar zakat.

Semoga korang mendapat lebih keberkatan rezeki apabila korang memenuhi tuntutan Allah s.w.t. Semoga Allah memudahkan kerja kita!



Sertai Jom Zakat Cashless sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Sebagai galakan dan
insentif untuk menunaikan zakat kepada semua golongan yang layak.
Klik untuk menyertai bit.ly/zakatcashless2021



Untuk maklumat lanjut:



Facebook: Zakat Selangor

Instagram: @zakat selangor

No. Telefon: 1 300 88 4343

Emel: maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan