Aqeef Syamil Turn 1

Assalamualaikum 💕 


Sudah lama entry ini terperap dalam draft. Bukan apa, hari itu sudah siap, entah ada masaalah apa, hilang habis semua. Hurmmm memang rasa berduka cita untuk karang balik. Tapi tetapku gagahkan jua untuk menyiapkannya. 07 January 2018 merupakan hari lahir anak kedua sha iaitu Muhammad Aqeef Syamil. Untuk kali ini, memang tidak terikat dengan mana-mana tema. Senang bukan, tidak perlu pening kepala perah otak untuk fikir tema.


Majlis sambutan hari lahir Aqeef berlangsung selepas maghrib. Kesemua persiapan kami satu keluarga lakukan sendiri. Kesemua juadah dan lauk pauk adalah hasil air tangan mama sha. Kami sekeluarga sejak pagi hingga ke maghrib bergotong royong membuat persiapan untuk majlis ini.


Selepas maghrib, rombongan muslimah dari bbsb datang untuk membaca bacaan yasin serta doa.


Untuk majlis hari lahir kali ini, mendapat tajaan char keaw teaw serta mee daripada abg chak catering. Kesemua keaw teaw dan juga mee dimasak disitu. Jadi semua tetamu yang datang dapat makan panas-panas.


Sha hanya menjemput saudara mara dan rakan-rakan terdekat sahaja. Selain itu jiran-jiran bersebelahan rumah turut diundang. Memandang esok hari isnin iaitu hari berkerja, memang tidak jangka tetamu yang dijemput akan datang semua. Jangkaan sha meleset kerana tetamu yang datang pada malam itu sangat ramai sehingga tidak cukup tempat duduk. Yang mana tidak dapat duduk terpaksa makan didalam rumah.


Pada malam itu, terasa seperti emak pengantin pun ada. Mana tidaknya penuhlah poket baju sha orang hulur untuk Aqeef. Aqeef juga dapat banyak hadiah baju. Elok jugalah dapat baju, kalau mainan, memang abang dialah yang main. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar malam itu. Hendak tercabut rasa kaki sha dari pagi hingga ke malam tidak henti bergerak. Okay sampai disini sahaja cerita sha untuk kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih ❤️

2 comments:

  1. Happy belated birthday Aqeef! Semoga terus membesar sihat dan memudahkan Ayah dan Ibu. Bestnya makan Char Kuew Tiaw panas-panas. Hehe

    ReplyDelete
  2. Happy Belated Birthday adik Aqeef
    bestnya ada parti

    ReplyDelete