October 13, 2017

Jom Beli Produk Himalaya Wellness Boutique, Sunway Pyramid

Assalamualaikum ❤️

Jika korang yang suka pada produk yang 100% dari bahan herba aktif dan juga halal,haaaa...Himalaya Wellness Boutique adalah tempat yang harus korang tuju. Pasti korang pernah dengan bukan pasal produk himalaya ini. Aipppss jangan cakap tidah tahu yer...babap kang. Member office sha siapkan pesan lagi kawan dia untuk beli produk Himalaya di India. Ehhhh...kenapa sampai India? sebab produk ini memang asalnya dari India. Malaysia tiada ker? jangan risau, di Malaysia juga terdapat outlet Himalaya yang menjual produk Himalaya ini.

yang Shailla pergi ini terletak di Suway Pyramid, lokasinya adalah :
................................................................................................ .................................................................

Himalaya Wellness Boutique

Lg2.130, Sunway Pyramid, Jalan Pjs 11/15, Bandar Sunway, 46150, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

...................................................................................................................................................................


Haaa...inilah outlet Himalaya Wellness Boutique yang terletak di Sunway Pyramid itu. tidak susah untuk mencari lokasi ini berpandukan pada alamat yang tertera diatas. Ketika berada di depan outlet memang rasa teruja untuk explore lebih apa produk yang terdapat didalam Hiamalaya Wellness Boutique ini.

Himalaya adalah jenama produk kecantikkan dan juga kesihatan.Produk ini seperti semua tahu berasal daripada negara India. Jenama Himalaya ini sangat sinonim dengan "100% herba aktif" dan "dijamin halal". Sebab itu kalau kita lihat, semua produk himalaya ini berasakan herba.


Selamat datang ke Himalaya Wellness Boutique, Sunway Pyramid. Bila tengok gambar ini, pasti korang cakap sha macam super mummy kan? dengan pegang tangan Areez dalam masa kendong Aqeef...hahaha...takdelah sebenarnya i am a cool mummy and sometimes i am lion mummy...wakaka..

Di Himalaya ini, korang boleh dapatkan set panjagaan rambut , set penjagaan muka dan supplement kesihatan.

Penjagaan Rambut


Seperti set penjagaan rambut dari himalaya ini mempunyai pelbagai jenis tau. Dalam banyak-banyak jenis shampoo, yang kerap pelanggan beli adalah untuk masaalah rambut gugur, boleh gunakan set anti hair fall manakala untuk masaalah kelemumur, boleh gunakan set Anti Dandruff. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis shampoo lagi turut ada di sini.Yang penting bau dia sangat wangi. Macam suami sha, dia mengalami masaalah kelemumur, jadi suami sha telah memilih untuk mencuba shampoo Anti Dandruff. Hari ini telah masuk seminggu dia pakai, feedback dari suami sha adalah pertama wangi, kedua best dan ketiga kepala tidak gatal lagi. Ohhh ya..shampoo dari Himalaya ini bukan sahaja didatangkan dengan satu size sahaja, malah turut menyediakan dalam size travel kit. Jadi kalau kita hendak pergi melancong, boleh beli size travel kit.

Penjagaan Kesihatan


kalau korang tengok di situ terdapat banyak jenis supplement ada disini tetapi yang menarik perhatian sha adalah supplement untuk kuarngkan berat badan iaitu AyurSlim. Biasalah ibu anak dua memang susah nak maintain berat ketika anak dara. Jadi, bila dapat gaji sha nak beli beli dan cubalah supplement AyurSlim ini. 

Penjagaan Muka 


Penjagaan wajah amat penting bagi individu yang mementingkan penampilan dan kulit wajah yang bersih. Di Himalaya ini juga korang boleh dapatkan set penjagaan wajah yang sesuai untuk wanita dan juga lelaki. Antara set penjagaan wajah yang korang dapat di sini adalah seperti pencuci muka, scrub muka, topeng muka, krim muka, fairness, produk penjagaan mata dan bibir.

Penjagaan Bayi


Kalau korang nak tahu,produk untuk bayi juga ada iaitu Gentle Baby Shampoo dan juga Moisturizing Baby Soap. Selain itu, untuk anak sha iaitu Areez yang berumur 2 tahun. Sha ada tanya tentang supplement Bonnisan iaitu supplement yang pernah viral suatu ketika dahulu berfungsi untuk meningkatkan selera makan anak. Tapi malang tiada stock. Jadi kita kena tinggalkan nombor telefon untuk pihak himalaya hubungi bila stock sudah ada.

Penjagaan Mulut


Ubat gigi juga ada jual disini dengan harga bermula RM 2.20 untuk travel size hinggalah ke size normal. Ubat gigi dari himalaya ini boleh didapati dalam 4 jenis, iaitu Complete Care Herbal Toothpaste, Mint Fresh Herbal Toothpaste, Sensi-Relief Herbal Toothpaste dan Sparkly White Herbal Toothpaste.

Juru Penasihat Produk



Kalau bab customer service, Himalaya Wellness Boutique memang tip top dimana di setiap cawangan outlet Himalaya disediakan juru penasihat produk yang mahir serta peramah. Tanya sahaja soalan berkaitan himalaya,pasti mereka berbesar hati menjawab dan memberi info yang korang minta dengan lengkap. Yang ketika sampai di sini jangan malu tanya kerana juru penasihat produk ini memang sentiasa bersiap sedia untuk membantu anda.

Produk Surya dan Apotec


Bagi yang mencari Produk Surya dan Apotec, produk ini turut dijual di himalaya Wellness Boutique cawangan Sunway Pyramid, Mydin Usj, dan Setapak Sentral sahaja.

Jom saksikan video sha bersam kelaurga ketika berada di Produk Himalaya Wellness Boutique, Sunway Pyramid.


Korang yang selalu lepak atau akan pergi ke Sunway Pyramid, wajib singgah Himalaya Wellness Boutique tau. Untuk keterangan lanjut, korang boleh lihat laman web yang sha sediakan bawah ini.

Web : http://himalayamsia.blogspot.my
Facebook : http://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram : http://www.instagram.com/himalayamalaysia/

Terima Kasih

7 comments:

  1. serba lengkap semua .. tak rugi melabur pada produk yang bahannya natural

    ReplyDelete
  2. Utk baby tu mesti elok ugk baby shahila kan.

    ReplyDelete
  3. Berkesan untuk yg betul2 alergik etc produk Himalaya ni. Jauh lebih jimat juga bila beli terus dari kedai.

    ReplyDelete
  4. besar betul butik Himalaya di Sunway yer, seronok nak membeli jadinya

    ReplyDelete
  5. Seronok masuk butik ni. Ubat gigi dah nak habis ni. Boleh topup lagi..

    ReplyDelete
  6. The client can use this new massage skill on his or her partner, friend or whoever they know who is experiencing stress.Tub Headquarters

    ReplyDelete

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...