May 23, 2017

SGShop Memudahkan Beli Barang Dari China

Assallammualaikum


Kalau bercerita tentang online shopping ini memang menjadi kesukaan shailla. Sebelum ini shailla hanya shopping barang-barang online daripada Malaysia sahaja. Apa kata kita cuba pula shopping luar Malaysia. Kepada penggemar online shopping di Taoboa, ini berita baik buat anda dimana tidak perlu lagi bersusah payah untuk translate Bahasa dari China ke Malaysia kerana SGShop Malaysia dapat membantu anda.

Apakah itu SGShop? pasti korang semua tertanya-tanya bukan? SGShop merupakan satu online shopping yang berasal daripada Singapore. SGShop ini telah bertapak sejak tahun 2011 dan mula memasuki Malaysia pada tahun 2015. Apa yang istimewa tentang SG Shop adalah memudahkan kita membeli barang direct daripada China. Apa yang bagusnya tentang SGShop ini adalah dia ada dwi bahasa iaitu bahasa china dan juga bahasa English. SGShop juga merupakan platform kepada online shopping terkenal dari China iaitu Taoboa.

Cara untuk membeli barang dengan SG Shop adalah seperti dibawah :


  1. Register dan log in ke dalam akaun korang. Untuk permulaan better agar korang ambil “Buy For Me”. Bila korang sudah pro barulah cuba “Ship For Me” dimana di situ korang akan dapat penjimatan dibahagian Agen Service.


2. Kemudian, search product yang ingin korang beli mengikut kategori ataupun direct search melalui kotak yang disediakan seperti diatas.



3. Kemudian korang pilih produk yang hendak korang beli itu dan Add To Chart.


5. Di atas adalah jumlah yang perlu korang bayar pada pihak SG Shop. Untuk maklumat semua jumlah diatas belum termasuk harga shipping dari Warehouse China Ke Malaysia. Sebelum ke peringkat seterusnya korang perlu tick kotak bawah bagi memastikan korang setuju pemotongan jika ada kos Domestic Shipping.

6. Kemudian korang boleh pilih sama ada mahu bayar melalui Visa, FPX atau pun online banking



7. Setelah bayaran  berjaya dibuat,korang akan dapat beberapa message notification seperti diatas ini. Shailla punya barang sekarang baru sampai peringkat My Collection dimana barang shailla sedang dalam proses penghantaran daripada China Ke Malaysia.

Jangan terkejut pula yer, bila korang dapat notification untuk membuat pembayaran shipping kali kedua kerana untuk pembayaran pertama korang hanya perlu bayar harga produk + domestic shipping. Manakala untuk pembayaran kali kedua pula bila barang kita sudah masuk China Warehouse kemudian kita kena bayar pula kos international shipping ke Malaysia + servis caj dan clearance.


Diatas adalah kos penghantaran barang untuk international shipping. Kalau hendak murah, better korang pilih produk-produk yang tiada caj domestic shipping.


Dan ini pula adalah masa yang diambil untuk penghantaran barang yang korang order itu. Jika korang hendak barang korang order sampai cepat, seeloknya guna shipping method Express Air tetapi fee dia mahal sikit berbanding Sea Shipping.


Kalau korang perasan dibawah terdapat kotak "Help". Tujuan wujudnya kotak itu adalah khas untuk korang berkomunikasi dengan customer service mereka. Jadi jika ada yang korang tidak faham, boleh direct chat dengan mereka. 

Dari pengalaman Shailla menggunakan Online Shopping SGShop ini adalah mula-mula rasa blur sikit tetapi bila sudah beberapa kali explore dan follow step by step GUIDE SGShop , akhirnya shailla berjaya juga membeli barang dari sini. Tidak dinafikan guide yang mereka sediakan sangat berguna terutama pada kita yang baru-baru berjinak untuk shopping di online shopping ini.

Shailla juga ada jumpa beberapa barang yang gambar iklannya dalam bahasa china. Jadi shailla tanpa segan silu meminta customer service mereka translate ke english version melalui chat help yang disediakan. Selain itu ada beberapa barang yang memerlukan kita untuk pilih "Type Of Package " tidak diletakkan details item. Jadi shailla terpaksa kacau lagi customer service mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang details type of package itu. Apa yang bagus tentang customer service mereka ini adalah meraka akan memberikan jawapan beberapa minit setelah kita hantar soalan kepada mereka.

Ini merupakan pengalaman baru buat shailla shopping barang dari luar negara, shailla pernah cuba direct melalui web Taoboa agak susah juga sebab semua dalam bahasa china jadi agak terbantut jugalah shailla untuk shopping. Dengan SGShop akhirnya tercapai juga wishes list shailla untuk shopping barang-barang yang ada di laman Taoboa.

Tidak sabar rasanya untuk tunggu barang yang shailla order itu sampai ke tangan shailla. Jadi korang, apa kata usha-usha SGShop Malaysia dahulu , mana tau kalau ada yang berkenan, masuk dalam Wishes List atau "Add Chart" dulu yer kerana shailla akan melancarkan GIVEAWAY yang menawarkan 10 X RM100 shopping credit. 

Sekian Terima Kasih

19 comments:

  1. selalu dengar tapi tak pernah beli lagi hehehe

    ReplyDelete
  2. pertama kali dengar sg shop...wahh nak usya la

    ReplyDelete
  3. 1st time dgr...nnt nk jenguk jugaklah

    ReplyDelete
  4. Tak sabar tunggu giveaway Sha.. Boleh usha barang dulu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa...tgguuuuu...masuk lu dlm wishes list..mana tau rezeki memang rm100..hihihi

      Delete
  5. perghh..rambang mata..waiting giveaway dari sha

    ReplyDelete
  6. Ini khas untuk produk dari Chinalah yer, menarik! Boleh try tengok ni.

    ReplyDelete
  7. SG shop terbaik. Selesailah masalah bahasa yang selama ni memeningkan saya untuk borong barangan China.

    ReplyDelete
  8. Fuh .. sekali terjebak abis ongkos ahaks

    ReplyDelete
  9. Hi, 'comfirm received'tu kena tekan selepas dapat barang?

    ReplyDelete

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...