Monday, August 29, 2016

Maternity : Pengalaman Mengandung Kali Kedua

Assallammualaikum


Alhamdulillah rezeki shaila untuk tahun ini, Shaila hamil anak kedua. Kandungan shaila ketika ini telah mencecah 3 bulan lebih. Entry ini memang Shaila peram dahulu sebab rasa masih terlalu awal untuk berkongsi ketika kandungan masih diawal usia. 

Shaila memang tidak merancang pun untuk mengandung kali kedua kerana Shaila dan suami hendak memberi tumpuan pada Areez Syahmi yang kini telah mencecah usia 1 tahun 4 bulan. Rezeki dari Allah datang tanpa di duga, Allah hadirkan insan istimewa menghuni sekali lagi dalam rahim Shaila. Rezeki ini Shaila dan suami sambut dengan hati dan tangan terbuka.

Bagaimana shaila tahu yang shaila telah mengandung adalah melalui NALURI, Shaila sebelum ini memang tidak lihat teliti pun tentang tarikh-tarikh period setiap bulan asalkan datang period. Hendak dijadikan cerita, pada akhir bulan 5, hati shaila rasa semacam sahaja, rasa gelisah pun ada. Kebetulan period shaila tidak kunjung tiba lagi, semakin hari, hati shaila semakin kuat mengatakan shaila mengandung tambah pula dalam seminggu itu shaila sering hadapi masaalah sakit macam hendak period tetapi tidak keluar pun.

Shaila telah menceritakan pada rakan kerja shaila, jadi mereka sarankan untuk beli Urine Pregnant Test (UPT). Selepas beli UPT, keesokannya shaila test dan ternyata double line, terkelip-kelip juga mata shaila ketika itu dalam rasa percaya dan tidak percaya tetapi itulah hakikatnya. Setelah mengetahui tentang kehamilan ini, shaila terus pergi ke farmasi untuk membeli asid forlic.

Bulan 6 merupakan bulan yang agak struggle buat Shaila kerana mengandung di bulan puasa. Alhamdulillah puasa Shaila tahun ini penuh tiada ponteng satu hari pun. Pada mulanya shaila ingin menunggu kandungan masuk 11 minggu baru buat scanning tetapi memandangkan ketika itu dua orang rakan office shaila mengalami keguguran jadi shaila telah buat scanning pada usia kandungan 8 minggu. Gambar diatas adalah size bayi pada usia 8 minggu, sangat comel. Alhamdulillah bayi shaila sihat sahaja.

Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini, next entry shaila akan bercerita tentang kisah shaila buka buku pink dan kena tegur dengan nurse. Hurmmmm kena tegur pasal apalah tu yer, jeng..jeng..jeng. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih




8 comments:

  1. seronoknya dpat berita macam ni kan...tahniah

    ReplyDelete
  2. Tahniah awak.. kalau boleh ajarkan si abang tu sayang adik dari sekarang tau.. biar dia sayang adik.. adik dah ade depan mata nanti tak la jelez.. nanti diorang jadi rapat.. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan hajar..tengah ajar dialah ni..tp itulah kdg faham kdg xfaham.. Hihihi

      Delete
  3. Assalamualaikum awak. Lama tak singgah sini. Taniah ye. Jaga kandungan baik2. Bestkan mengandung lagi. Dapatlah haris kawan kat rumah. Heeeee confirm makin meriah suasana rumah :)

    Mcm kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Sheila,

      kita pun sama, lama dah x mengikuti perkembangan adik beradik comel itu...hihihi

      Delete

INFO TERKINI