August 04, 2013

Produk kecantikan Alaisyah


Assallammualaikum


Hai...semua...hari ini shaila hendak review tentang produk kecatikkan Alaisyah..Shaila guna produk ini semasa shaila menuntut di universiti.Biasalah zaman belajar banyak pakai duitkan so ini adalah antara produk ekonomoney untuk bergelar pelajar..Okay apa yang best tentang produk ini adalah produk ini dapat mengurangkan jerawat dan menghilangkan parut-parut jerawat.Pengalama shaila menggunakannya kulit shaila memang sesuai selain jerawat shaila dapat di kurangkan..parut jerawat juga semakin pudar dalam masa 2 hingga ke 3 minggu..tetapi untuk kulit orang lain shaila tidak pasti...sebab kulit kita berbeza..Selain itu krim kecantikan Alaisyah sangat best...shaila jadikan dia sebagai foundation...Di bawah adalah rutin penjagaan produk alaisyah dan juga kebaikannya

1) Gel Pengelupas 

Membersih, mengelupas dan melicinkan permukaan kulit dari dalam. Dirumus secara semula jadi dengan mikrosfera pengelupas untuk membersihkan permukaan kulit. Jel yang menakjubkan ini berfungsi memecahkan bintik-bintik hitam dan sel kulit yang mati dalam masa seminit selepas urutan dan menyebabkan sisa kotoran ini timbul dalam bentuk biji-biji halus yang mudah dibuang. Juga mengandungi ekstrak Biji Anggur (anti-oksidan semula jadi yang berkesan) untuk menghalang kesan penuaan pada kulit.

P/S: Shaila pakai seminggu sekali

2) Pembersih Pencerah Muka 

Pembersih Pencerah Muka yang lembut dan murni ini diperkaya dengan Uni White-P. Ia membersih secara mendalam dan sungguh lembut, walaupun pada kulit yang sensitif. Penggunaannya secara kerap membantu kulit muka menjadi lebih cerah, licin dan bersih berseri.

3 )Penyegar Liang Pori 

Penyegar Liang Pori ini mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak secara berkesan. Ia dirumuskan dengan Uni White-P, bahan semula jadi yang lembut dan suci. Ia juga mengandungi Air Witch Hazel yang bertindak sebagai astringen yang bertindak mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak tanpa menyebabkan kulit kekeringan.

4) Sari Pelembap Awet Muda 

A’laisyah adalah produk inovatif berkuasa yang menggabungkan unsur-unsur pembaikan semula, mengembalikan keanjalan kulit & mencerahkan. Produk-produk ini selamat, suci & murni untuk digunakan.

5)Pencerah Kulit 

Pencerah Kulit ini diperbuat daripada adunan khas yang menambahkan seri kulit yang tidak pernah anda alami sebelum ini. Tindak balas semula jadi kandungan Uni White-P dengan SPF 20++ mencerahkan, meratakan warna kulit dan melicinkannya; tanpa kesan minyak dan menjadikannya lembut dan halus.

P/S: Penapis sinaran UVnya tidak kuat so Shaila tidak pakai..Shaila gantikan dengan krim Sun block..

5) Krim Kecantikan

Ketahuilah rahsia wanita jelita
Krim Kecantikan ini dirumuskan dengan UV supaya menjadikan kulit muka anda lebih cerah, lebih halus, menjadikan anda lebih muda jelita. Sebaik sahaja krim ini disapukan anda akan mendapat hasil yang memuaskan dengan serta kepada kulit anda. 

Krim Kecantikan ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Bertindak menolong mengembalikan imbangan minyak dan lembapan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit muka anda. Dengan selalu menggunakan Krim Kecantikan A’laisyah dapat mengurangkan garisan kedut. 

Sapukan Krim Kecantikan A’laisyah Siri Uni White selepas mencuci muka dengan bersih setiap pagi dan malam. Krim ini juga boleh digunakan sebagai krim perawat, krim pelembap pada waktu siang, krim penutup, krim malam atau sebagai krim asas solek. Wajah anda pasti akan lebih jelita. 

Krim Kecantikan A’laisyah Siri Uni White dirumuskan secara saintifik supaya menjadikan kulit muka anda lebih cerah, halus, menjadikan anda lebih muda jelita.

P/S: Product Alaisyah sekarang sudah bertukar wajah...lagi cantik dan menawan...tergoda juga melihatnya.

Inilah Hasilnya..^^

Before / After

Sekian Terima Kasih

58 comments:

  1. dulu wani pernah pakai produk ni tapi pakai krim je. mungkin sebab tak sesuai lantaran semasa pakai tu kulit jadi panas dan pedih semasa pakai. now takpakai apa2, just guna bedak sejuk. :')

    ReplyDelete
  2. wah.. patutlah kulit cantik.. satu nasihat. kalau dah biasa dengan satu produk dan serasi bersama, jangan tukar yang lain lagi :)

    ReplyDelete
  3. hmmm,, berseri wajah dengan produk sedemikian rupa..

    ReplyDelete
  4. nampak seri wajah lepas pakai >.< , lelaki boleh cuba ke ?

    ReplyDelete
  5. kita mampu guna olay je shaila..guna produk lain, muka teruk..sobss..
    ada perubahan kat muka shaila.. nampak serasi la tu kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. olay pun okay what...tapi kulit shaila pulak xsesuai..^^

      Delete
  6. Sya pakai cream Alaisyah, ada perubahan dan sgt sesuai dgn kulit muka sya....kalau beli 1 set berapa hrga?

    ReplyDelete
  7. I GUNA PRODUCT PONDS..AND BARU BELI TONER ALAISYAH. BOLEH MIX X?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya depends pada kulit juga dear...ade yg sesuai mix dan ade yang tidak...

      Delete
  8. Tem sya ada jerawat bnanah tu , sya konon pinjam yg kazen sya punye .Skrub Muka tu , trus jrwat bnanah sya trun .seriously lha sya cakap ni tw :3 Sya nak beli juga . Klau skrub kne guna 2-3 kali je kan dlm smninggu ? pncuci muka diye elok tak ? mna bgus, beli pncuci muka dlu ka atau bli skrub ? sya ni da jerawt n bekas jrwat . help please ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli pencuci muka dahulu sebab scrub nie just pakai seminggu sekali yang paling penting krim kecantikan itu mampu surutkan jerawat dan kurangkan jerawat..

      Delete
  9. macam mane erh nak guna alaisyah ni ye? nak kene campur air ke tak? boleh tak terangkan satu persatu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. no1 sampai 5 adalah step by step penggunaan produk alaisyah dear..kalau scrub tue just guna seminggu sekali sahaja..picit scrub and titik air sedikit gosok pada muka yang basah. Macam tue juga pencuci,picit sedikit di telapak tangan then titis air...gosok pada muka..

      Delete
  10. kat mane nak beli produk ni ye.....

    ReplyDelete
  11. Kenapa bila saya pakai produk ni kulit jadi menupas???

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada jenis kulit,shaila pakai okay sahaja tiada pun mengelupas..lagipun produk ini tidak mempunyai bahan penglupasan.

      Delete
  12. Bru nk try pkai...hope serasi la coz sblm ni dh byk hbis duit utk produk2 kosmetik nie.

    ReplyDelete
  13. Bru nk try pkai...hope serasi la coz sblm ni dh byk hbis duit utk produk2 kosmetik nie.

    ReplyDelete
  14. Produk ni ade jual kt watson or guardian x?...

    ReplyDelete
  15. yupp watson ada....guardian ada...supermarket pun ada tetapi sudah berwajah baru..

    ReplyDelete
  16. ape beza produk alaisyah pink ngn hijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hijau?? yg shaila pernah pakai...alaisyah pink and biru plus pink..klu untuk kulit jerawat netter warna pink..tp klu untuk kulit berusia better pink plus biru..alaisyah pearl xsilap..

      Delete
  17. sesuai x klu umur 14 taon memakai produk nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 14 thn better pakai safi hijau...tp nak cuba nie pun boleh tiada masaalah...

      Delete
  18. Produk ni utk rawat jeragat ok ke

    ReplyDelete
  19. Saya Mary Loreta, kulit saya pun ada masalah sedikit. Ari tu cuba beli Pembersih Pencerah Uni White hasil dia bagus sangat. Parut jerawat pun da hilang.
    :) Lepas ni rasa nak beli satu set alaisyah uni white. terbaik laa.

    ReplyDelete
  20. Klau nk hilangkn parut jerawat better guna yg mne ? Blh bgthu item yg perlu guna

    ReplyDelete
  21. Boleh tak bagi step by step nak guna produk alaisyah set ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuci muka 2 kali sehari pagi n malam. tapi jgn pagi2 subuh tu dah cuci. cuci time mandi la. pas cuci pakai toner n pelembap.

      Delete
  22. salam alaisyah ni ada paraben tak??

    ReplyDelete
  23. pakai toner die ade rasa pedih2 x? saya pakai kadang ade kadang xde. tapi overall pakai produk die yang lain2 memang ok. tu yang nak tau rasa pedih tu normal ke x? takut x serasi je

    ReplyDelete
  24. best produk nie kulit bersih je. tengok chemical die pun x banyak berbanding dengan produk lain.

    ReplyDelete
  25. Pregnant women boleh pakai tak produk ni?

    ReplyDelete
  26. produk alaisyah ni saya da pakai sejak 2009 iaitu ketika saya di tingkatan 4, sekarang ni saya masih gunakan alaisyah hanya pembersih muka sahaja. Allahamdulillah kawan banyak kata muka ni jenis bersih dan macam baby haha. Credit to alaisyahhhhhh!

    ReplyDelete
  27. Sy baru try pakai produk ni start with pencuci muka alaisyah.. tp timbul jerawat cuma tak byk.. so is it a normal thing for a beginning atau muka sy yg tak serasi.. help me please

    ReplyDelete
  28. Kulit saya kering mmg selalu mengelupas..sesuai tk sy pakai produk nie??

    ReplyDelete
  29. kenapa ek sya pakai tonerjadi pedih di bhgian pori

    ReplyDelete
  30. tolong jelaskan. lepas pakai krim pelembap sari tu terus pakai krim kecantikan atau tunggu lama sikit baru pakai krim kecantikan tu?

    ReplyDelete
  31. saya guna pencuci pencarah muka alaisyah selama 2 minggu..alhamdulillah..kulit saya menjadi lembut dan Putih..memang berbaloi saya beli bnyk²..x sia² guna pencuci muka alaisyah sebelum tidur Dan seleps bangun tidur..huhu

    ReplyDelete
  32. Saya bru start guna da nk 4bulan .mmg x mngecewakan kulit muka pun flawless2 ....kesannya seawal 14hrii...xrugi cube n lg yg best jimat x mhal..mmpu beli

    ReplyDelete
  33. Alhamdulillah alaisyah 👍👍👍 sy dh pkai alaisyah dkt 5thn..kulit cntik.

    ReplyDelete
  34. Sya prna guna satu set alaisyah ni selama 3 bulan. Sngt memuaskn. Bersih ja muka. Tpi slps 3 buln guna kulit makin kering. Pencuci muka mengeringkn kulit dn toner pun mengeringkn kulit. Pelembap krim siang sngt ok cuma terlalu pekat d muka. Scrub pula pertama kali guna selama 3 buln tdk prnah guna sngt lembut di muka. Krim mlm pula ntahlh... Mcm tdk berkesan.

    ReplyDelete

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...