March 20, 2016

Product Review | Minuman Moeder untuk Ibu Mengandung

Assallammualaikum,


Menjadi seorang ibu merupakan saat yang di nanti-nanti bagi setiap pasangan. Berita mengenai kehamilan merupakan detik yang sangat bermakna. Bagi setiap ibu, mereka inginkan yang terbaik untuk kandungannya. Begitu juga dengan shaila, ketika menagndungkan Areez, tercari-cari minuman yang terbaik untuk bayi dan juga kandungan. Di sini shaila ingin berkongsi tentang minuman yang boleh di minum semasa mengandung dan selepas melahirkan bayi. Minuman dari Moeder ini khas untuk ibu dan juga bayi.


Antara kebaikkan yang terdapat dalam minuman ini adalah :

Untuk ibu hamil :
1. Menguatkan kandungan bagi Ibu hamil.
2. Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin.
3. Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil.
4. Meningkatkan gaya tubuh, stamina serta tenaga sepanjang hamil.
5. Mencantikkan kulit ibu hamil.

Untuk kandungan/bayi :
1. Membantu memutihkan kulit bayi
2. Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi.
3. Mengurangkan risiko demam kuning.
4. Membantu kecergasan otak bayi.

Untuk Ibu menyusu :
1. Memberi tenaga untuk ibu.
2. Membanyak dan memekatkan produksi susu.
3. Membantu menghilangkan selulit kesan kehamilan.
4. Membantu merawat luka dalaman ketika bersalin.
5. Mencegah kegemukkan, mencerah dan melembapkan kulit.


Ramuan yang terkandung :
susu kambing, ekstra tomato, habbatussauda, madu, ekstra anggur, lutien, sarang burung, rumpai laut, buah tin, kurma, gam arab, ekstra billberry, ekstra aloe vera, ekstra lobak merah, ekstra brokoli, ekstra betik, stevia, omega 3, vanilla dan non diary creamer.


Ini merupakan serbuk minuman Moeder. Serbuk minuman ini berbau enak ketika dibuka. Shaila memang suka bau dia sedap dan rasa tidak sabar untuk rasa. Seeloknya selepas bancuh terus minum jika tidak korang akan rase air itu sedikit pahit. Air ini rasa macam gula-gula horlick..sedap.


Cara bancuhan dia :

1 skop pagi dan 1 skop malam di bancung bersama air suam sebanyak 200ml.


Bagi shaila, product ini amat bagus kerana mempunyai kelebihan iaiutu menyelesaikan segala permasaalahan yang sering ibu hamil hadapi seperti sakit pinggang dan tulang belakang. Selain itu juga dapat mengurangkan masaalah demam kuning yang bayi hadapi setelah lahir. Bagi ibu yang kekurangan susu juga sesuai minum produk ini. Produk ini juga boleh diamalkan oleh ibu yang ingin memiliki zuriat. Minuman ini juga boleh mencantik serta melembapkan kulit muka mungkin kerana ada bahan seperti tomato, sarang burung, rumpai air, kurma dan lain lagi yang terkandung dalam minuman ini. Shaila baru minum seminggu minuman ini. Apa yang shaila rasa adalah badan tidak rasa letih dan sengal-sengal terutama ketika balik dari kerja. Selain itu juga, kulit shaila terasa segar dan kemerahan.


Harga  minuman Moeder ini adalah :

RM 159.00 (WM) | RM 169 (SS)

Boleh Hubungi mereka di :

Telefon : 010-4042769  atau

Facebook : https://www.facebook.com/Moeder-boost-your-milk-708363745936899/ atau

Laman Web : www.moederhq.com 

Sekian Terima Kasih

February 23, 2016

Food Review |Teriyaki chicken from shogun2u

Assallammualaikum


Cuti hujung minggu ini, shaila habiskan di rumah sahaja. Hurmmmm apa menu untuk masak hari ini? shaila pun tiada idea untuk masak hari ini. Haaa!!! sekali sekala pesan untuk menu makan tenghari okay jugakkan. Shaila teringin pula hendak makan menu makanan Jepun. Jom kita ke www.shogun2u.com untuk order online makanan siap penghantaran lagi. Shaila order lebih kurang pukul 11.30 dan sampai lebih kurang pukul 12.30 agak cepat jugak penghantaranya. Tetapi memang pada laman web sudah mention penghantaranya lebih kurang 1 jam.


Di shogun2u terdapat pelbagai jenis makanan korea, japanese, Chinese,western, thai dan lain-lain. Disebabkan shaila teringin makan makanan japan, jadi menu makanan yang shaila order adalah Teriyaki Chicken. Shaila tengok ayam dia itu macam memyelerakan sahaja. Itu baru tengok belum rasa lagi.


Tadi bekas bertutupkan, haaa...inilah dia Terayaki chicken yang shaila order itu. Buka sahaja bekas sudah bau aroma ayam yang menyelerakan...nyummmyyyyyyyy!!! . Apa lagi tidak sabar hendak rasa ini...hahaha...Okay untuk nasi, nasi dia adalah dari nasi pulut yang agak kenyal. Ayam dia pula rasanya boleh tahan lebih kurang rasa ayam the chicken rice shop tapi tidaklah exactly sama. Kicap dia agak masin sikit. Tapi kalau ada sup mungkin akan lebih sedap sebab bila makan tidak berkuah ini rasa tercekik pula. Lagi satu makan sampai sudah sejuk...kalau tengah-tengah panas-panas mungkin bertambah menyelerakan.


Set ini di datangi dengan air. Pada mulanya shaila ingatkan air halia sebab ada batang dalam air itu. Tetapi bila di amati rupanya batang tebu. Nama air ini adalah sugar cane. Rasa air sedap dan tidak terlalu manis. Bila dua kali rasa macam air buah kundur pun ada.


Menu tambahan shaila adalah Ninja Shushi. Sudah lama rasanya tidak makan shushi ini, last shaila makan adalah zaman universiti. Rasa teringin pula, jadi shaila pun orderlah satu. Haaa...rasa dia boleh tahan tapi agak hanyir sedikit. Bila sudah cicah dengan kuah disediakan ngappp!!! hanyir itu tidaklah terasa sangat. Mungkin itu fungsi kuah itu, untuk hilangkan bau hanyir.


Ohhh yaaa...dalam set itu, kek itu juga diberikan. Kek ini adalah Black Forest Cake. Harga kek ini RM8.80 kalau tengok dalam laman web shogun2u, kek ini merupakan best seller. Hurmmmm memang padanlah dengan rasa dia yang enak dan secukup rasa. Untuk kek ini boleh repeat order lagi ini. Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa  lagi di entry akan datang.

Sekian Terima kasih.

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...