January 14, 2016

Travel Review | Wet World Water Park Shah Alam

Assallammualaikum,


Bila tiba musim panas, pergi mandi-mandi bersama keluarga seronok juga. Lokasi berkelah kali ini adalah Wetworld Waterpark Shah Alam. Waterpark di Shah Alam ini hanya ada dua sahaja iaitu Wetworld Waterpark dan Waterpark dekat dalam ICT.


Shaila gerak ke Shah Alam dalam pukul 9.30 am. Kakak-Kakak ipar sampai dahulu kerana mereka hendak sewa Cabana. Sebaik shaila sampai, memang ramai orang dan parking area depan Wetworld memang penuh. Jadi kami terpaksa parking seberang jalan sana. Tiket masuk Untuk Wetworld Waterpark ini dahulunya ikut ketinggian tetpi semasa shaila pergi sana, mereka hanya minta Mykad sahaja dan tidak lagi di ukur mengikut ketinggian.


Ini adalah Cabana Silver yang keuarga kami sewa untuk tujuan letak barang, santai dan juga solat. Memang bagus juga ada kemudahan ini walaupun berbayar tetapi selasa. Di dalam Cabana Silver ini juga ada kipas gantung dan juga arah kiblat.


Ini merupakan salah satu permainan yang menjadi tarik pengunjung Wetworld Waterpark ini. Permainan ini lebih kurang permainan Tsunami dimana air yang deras akan di lepaskan kemudian kita akan hanyut dibawa arus deras itu. Untuk permainan ini memang panjang juga beratur.


Lihat belakang kami itu, panjangkan beratur untuk permainan seterusnya. Permainan ini lebih kurang macam naik roller coaster, cuma bezanya adalah naik pelamung dan tidaklah sampai boleh terbalik itu...hahaha. Selain permainan ini sebenarnya ada banyak lagi permainan yang terdapat di sini sama ada untuk kanak-kanak mahupun dewasa.


Selepas hampir setengahari berendam, haaaa...hambik kau muka terus burn tidak perlu lagi pakai blusher...kahkahkah. Okay sampai di sini sahaja entry shaia, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.







January 12, 2016

Food Review | Yazid Burger Shah Alam

Assallammualaikum,



Siapa pernah makan burger di Yazid Burger? Yazid burger ini memang terkenal dengan burger dia yag super besar. Semasa pergi berkelah di Wetworld Water Park Shah Alam, biasalah selepas seharian berendam memang perut terus bergelodak. Jadi shaila dan keluarga pun rancang untuk pergi makan. Hasil perbincangan kami, kami decide hendak makan burger. Jadi apa lagi!! buka google kemudian terjumpalah pasal Yazid Burger ini.



Setibanya shaila di restoran ini, kami pun orderlah Burger daging ini. Sambil borak-borak dan makan makanan sampingan lain maka sampailah burger yang kami order tadi. First impression shaila bila tengok burger ini adalah "fuh!!! besarnya, sambil mata terkebil-kebil melihat burger ini". 



Sebelum makan, ambil gambar dahulu..hahaha. Keluarga memang sudah tahu hobi shaila yang suka ambil gambar makanan dan lain-lain. Hasihhhh harap dapat bertabah dapat menantu lifestyle blogger..kuikuikui. Haa...gambar diatas itu adalah gambar burger dari jarak jauh pula. Nampakkan kebesaran burger ini. Shaila tidak  pasti berapa berat burger ini kerana abang ipar shaila yang pergi order. Bila burger sudah ada depan mata, apa tunggu lagi, kita kasi potong sama dia.




Lihatlah mayonis, cheese yang meleleh dan isi burger yang tebal itu, boleh buat telan air liur dibuatnya. Hurmmmm belum rasa lagi keenakkan burger ini. Jadi macamana rasa buger ini? hurmmm bagi shaila rasa burger ini boleh tahan sedapnya. Shaila hanya mampu makan dua potongan sahaja terus kenyang. Isi burger ini memang padat dan padu. Begitu juga dengan rasa roti dia memang sedap juga dimakan bersama dengan yang lain. Yazid burger ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Bagi shaila, memang tidak rugi kami membayar harga burger daging ini yang setimpal dengan rasanya yang enak. Sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima kasih.
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...