October 29, 2015

Product Review | Set Penjagaan wajah Alaisyah

Assallammualaikum



 Hasil Permakain Selama 3 Bulan 


Hai semua, apa khabar? okay kali ini shaila hendak buat entry khas tentang produk yang shaila pakai pada tahun 2013. Produk yang shaila maksudkan adalah produk penjagaan muka alaisyah. Shaila dapat banyak feedback dan juga pertanyaan dari pembaca yang shaila tidak sempat balas. Jadi di entry ini, shaila akan jawab 

Soalan Pertama : Produk ni utk rawat jeragat ok ke?
Jawapan : Produk ini tidak mampu merawat jeragat.

Soalan Kedua : Boleh tak bagi step by step nak guna produk alaisyah set ni :)
Jawapan : 
1) Gel Pengelupas (Seminggu Sekali)
2) Pembersih Pencerah Muka 
3 )Penyegar Liang Pori 
4) Sari Pelembap Awet Muda 
.5)Pencerah Kulit 
6) Krim Kecantikan

Soalan Ketiga : Kulit saya kering mmg selalu mengelupas..sesuai tk sy pakai produk nie??
Jawapan : Kulit shaila juga jenis kulit kering, selama shaila pakai tiada masaalah.

Soalan Ketiga : Sy baru try pakai produk ni start with pencuci muka alaisyah.. tp timbul jerawat cuma tak byk.. so is it a normal thing for a beginning atau muka sy yg tak serasi.. help me please
Jawapan : Nak tahu kulit serasi atau tidak tunggu seminggu ke dua minggu pemakaian untuk melihat kesannya. Jika jerawat semakin banyak better berhenti permakaian.

Soalan Keempat : salam alaisyah ni ada paraben tak??
Jawapan produk alaisyah warna pink tiada paraben dan tiada banyak bahan chemical. Actuall boleh lihat pada pada label belakang produk tenang bahan-bahan yang digunakan before beli.

Soalan Kelima : Pregnant women boleh pakai tak produk ni?
Jawapan : Untuk wanita mengandung rasanya tiada masaalah kerana dia tiada mengandungi bahan chemical.

Soalan Keenam: tolong jelaskan. lepas pakai krim pelembap sari tu terus pakai krim kecantikan atau tunggu lama sikit baru pakai krim kecantikan tu?
Jawapan : cara shaila selepas pakai krim pembap sari bagi dia meresap ke kulit sekejap then pakai krim kecantikkan.

Soalan Ketujuh : 
  1. pakai toner die ade rasa pedih2 x? saya pakai kadang ade kadang xde. tapi overall pakai produk die yang lain2 memang ok. tu yang nak tau rasa pedih tu normal ke x? takut x serasi je
  2. kenapa ek sya pakai tonerjadi pedih di bhgian pori
Jawapan : Shaila pakai tiada rasa pedih pula. Mungkin itu permulaan tunggu semiggu or dua minggu kalau masih pedih better stop.

P/S : Shaila sekarang tidak menggunakan lagi alaisyah kerana shaila tidak lagi menghadapi masaalah jerawat.

Sekian Terima Kasih.

Travel Review | Underwater World Pulau Langkawi

Assallammualaikum,


Hai semua, apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. Entry shaila kali ini adalah untuk mencerita pengalama shaila semasa melancong ke langkawi. Underwater Worl Langkawi merupakan salah satu tempat yang shaila sempat lawati ketika berada di sana.Underwater World Langkawi (UWL) adalah akuarium terbesar di Malaysia menempatkan koleksi lebih 4000 kehidupan akuatik. Harga masuk untuk dewasa adalah rm30 untuk mykad manakala bukan pemegang mykad adalah rm40


Terdapat lebih daripada 500 spesies haiwan dan hidupan laut di lebih daripada 100 tangki yang direka khas yang dipamerkan di sini. Yang dibelakng shaila ini adlah salah satu spesis ketam yang terdapat disini.


Di sini juga turut dipamerkan penguin yang comel-comel. Aksi-aksi penguin ini bukan sahaja menarik perhatian shaila malah pengunjung yang lain juga terutama kanak-kanak.Paling lucu lihat aksi mereka adalah semasa diberikan makan.


Ini di bahagian luar underwater world. Terdapat Burung dan haiwan yang mendiami sub-Antartika, iklim sederhana dan kawasan Hutan Hujan Tropika juga dipamerkan di sini. Selain itu juga terdapat lebih daripada 100 spesies kerang dari pelbagai pelusuk dunia dikumpulkan bersama-sama dalam pameran paparan.


Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk bersama dengan penguin gergasi yang comel ini.Perasaan shaila ketika berada disini memang teruja dan seronok melihat pelbagai jenis haiwan yang di pamerkan disini.Memang tidak rugi bayar rm30 untuk masuk ke sini.Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...