May 08, 2015

Kisah Kelahiran Puteraku

Assallammualaikum


Hai semua, apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. Okay entry shaila kali ini adalah berkenaan kelahiran putera sulung shaila. Shaila ada cerita tentang entry shaila yang lepas tentang shaila masuk hospital sungai buloh selama sehari kerana brown spot, tidak sangka pula itu merupakan salah satu tanda seminggu sebelum kelahiran bayi. Tidak sangka  31/3/2015 juga merupakan kali terakhir shaila check up bayi di klinik UITM. Check up yang lepas-lepas shaila ditemani oleh suami cuma last check up ini dia tidak dapat teman dan yang paling best adalah pada check yang lepas-lepas, shaila tidak pernah pula rasa hendak selfie berbanding check kali. Rupanya ini adalah gambar selfie yang menjadi kenangan shaila dengan baby bump. Balik dari check up shaila sempat lagi berjalan-jalan dengan mama pergi pejabat pos. 

 

Pada 4/4/2015 pula,shaila sempat lagi pergi menonton wayang bersama suami cerita fast & furious 7..hahaha.. Sepanjang shaila menonton cerita itu, memang baby dalam perut aktif sangat bergerak-gerak, mungkin baby pun teruja tengok cerita itu..hahaha..keesokkan harinya, shaila sempat juga pergi kenduri kahwin. Di kenduri kahwin itu, shaila sempat bedal aiskrim campur bersama pulut! Yumyumyum memang sedap gua cakap lu. Kemudian pada malamnya pula shaila sempat melantak satay.Pada pukul 11 malam macam itu, shaila pergi ke toilet untuk buang air kecil, shaila terperasan ada keluar brown spot dalm kuantiti yang sedikit jadi shaila buat tidak tahu sahaja. Kemudian pada pukul 4.30 pagi, perut shaila rase memulas sangat jadi shaila pergi ke toilet umtuk buang air kecil, seperti kes sama ada keluar brown spot dalam kuantiti yang banyak sedikit. Selepas itu shaila naik untuk tidur kembali tetapi hakikatnya tidak boleh tidur kerana sakit kejap-kejap datang menyengat. Tahan punya tahan pada pukul 7 pagi shaila kejut suami sebab memang dah tak tahan dah sakitnya. Padapukul 8 pagi, suami menghantar shaila ke hospital sungai buloh. Selepas menunggu lebih kurang sejam lebih, nama shaila dipanggil untuk check up. Pada mulanya shaila sangka just sakit biasa sahaja tetapi setelah di check oleh doktor latih di situ rupanya jalan sudah buka 1 cm. Pada masa itu juga sempat shaila minta pada doktor untuk pulang kerana apa shaila tahu untuk buka 8 cm memang menunggu masa agak lama.Tetapi malangnya doktor tidak membenarkan shaila balik, jadi terpaksa lar betapa di situ. Seperti yang semua tahu hospital kerajaan memang tidak menyedia extra katil jadi terpaksalah berehat di bilik menonton. Lebih kurang tiba waktu makan tengahari, suami shaila ada belikan makanan untuk shaila tetapi shaila sempay menjamah satu suap sahaja kerana sakit contractiom semakin kuat sehingga shaila tidak lalu untuk makan. Kemudian shaila pergimke toilet. Semasa ditoilet, shaila dapati darah keluar agak banyak. Jadi shaila memberitahu nurse bertugas disitu lalu mereka menyuruh shaila berehat dahulu dibilik check up.Semasa dibilik check up, nurse check pembukaan jalan sudah terbuka 5 cm. Memang start dari situ, sakit memang sakit sangat.Nurse juga ada memberitahu bahawa shaila rasa sangat sakit adalah kerana shaila minum air selusih terlalu awal sebab itu bayi shaila keluar awal 20 hari. Tindakan shaila meminum air selusuh ini seakan memaksa bayi keluar. sehinggalah pukul 6 lebih tidak silap bukaan sudah buka 7 cm dan nurse bawa shaila ke bilik bersalin. Pada masa itu sempat juga terdetik betul ker aku nak bersalin ni ? Cuak juga rasa masa itu. Dibilik bersalin nurse menolong membuka jalan dan memecahkan air ketuban. Masa itu juga suami shaila masuk untuk memberi sokongan. Lebih kurang sejam juga rasanya shaila meneran akhir pada pukul 7.46 pm shaila berjaya mengeluarkan bayi lelaki ini.  


Saat bayi lelaki shaila keluar, rasa macam zuppppp...fuhhh lega...semua keluar.Sedar-sedar nurse letak bayi atas badan shaila dan memberitahu jantina bayi shaila.Kemudian nurse mengeluarkan uri dan menjahit bahagian yang terkoyak akibat angkat punggung. Semasa meneran memang nurse marah kerana menjerit dan angkat punggung tetapi biasalah masa itu dah tidak fikir apa dah...hanya fikir hendak keluarkan bayi agar tidak bayi lemas dan kena vocuum. Bayi shaila dibawa keluar oleh nurse untuk dibersihkan.


Setelah bayi shaila dibersihkan nurse membawa kembali bayi shaila ke bilik untuk diazankan oleh suami shaila.Sementara menunggu katil kosong, sempat juga tangkap gambar dan main bersama bayi shaila. Pada pukul 8 lebih baru shaila dipindahkan ke wad. Suami shaila dapat teman sampai pukul 12 tengah malam sahaja. Waaaaa masa itu rasa..haishhhhh macamana hendak jaga bayi sorang-sorang ini? Hendak tak nak kena redhalah. Shaila tidak tidur nyenyak pun kerana bayi shaila sekejap-sekejap nangis dan di ikuti bayi yang lain yang ada disitu. Macam viral pula, sorang menangis semua ikut menangis. Pada pukul 4 pagi bayi shaila berak. Fuhhhh seronok masa itu sebab syarat untuk keluar adalah bayi berak.Keesokkan harinya selepas bayi dan diri shaila siap cheak up, kami dapat balik tengahari itu, yeaayyyy..alhamdulillah.Bayi kami diberi nama Muhammad Areez Syahmi Bin Mohd Asmadi. Semoga Areez menjadi anak yang soleh...amin...

Sekian terima kasih.

May 04, 2015

ADVERTORIAL : MASTER FOREX TERHEBAT 2015

Assalamualaikum dan Salam sejahtera


Hai semua pembaca yang shaila kasihi, apa khabar? diharap korang semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Okay, entry shaila kali ini adalah berkenaan MASTER FOREX. Mesti di kalangan korang sudah pun mengetahui tentang MASTER FOREX ini ?? Sebelum shaila mengupas lebih lanjut tentang MASTER FOREX, shaila ingin mengupas terlebih dahulu 

APA ITU FOREX ?

Forex, nama singkatan popular Foreign Exchange adalah satu lagi bentuk sumber wang yang popular dikalangan pelabur mahupun usahawan internet. Ia membolehkan kita memperdagangkan matawang asing dengan mudah . Jika sebelum ini hanya bank-bank besar dan orang yang kaya didunia sahaja boleh membuat forex trading, tetapi kini sesiapa saja yang mempunyai internet dan PC di rumah mampu untuk menceburkan diri dalam Forex (secara internet trading). Akibat daripada persaingan broker forex di internet, kini dengan bermodalkan USD1 sahaja pun anda sudah boleh memulakan dagangan forex. Malah sudah ada platform broker internet forex yang menawarkan modal pendahuluan apabila anda menyertai program mereka. (contoh seperti Marketiva yang menawarkan modal percuma USD5)

Internet sudah membuat banyak sekali revolusi dalam dunia perdagangan, termasuk juga sangat kuat pengaruhnya dalam dunia trading forex. Dengan internet, maka sekarang forex boleh dilakukan oleh siapa saja. Kalau dulu hanya boleh dilakukan oleh big player saja (bank, negara, institusi), maka sekarang semua orang boleh trading dengan semakin banyak kemunculan broker forex retail dan online. Anda juga boleh trading forex online dengan mudah dan dengan modal kecil. Bahkan untuk mencuba simulasi juga sangat mudah.

Info tentang MASTER FOREX

Sebuah program yang diwujudkan untuk membantu anda menjalankan perniagaan di pasaran matawang asing Forex DAN PENGIKLANAN MAYA

Kami menawarkan servis bantuan kepada mereka yang tidak mahir untuk berurusan di pasaran Forex dan PENGIKLANAN MAYA ini.

Dengan pencapaian yang tinggi dan konsisten, kami mampu memjana PULUHAN Ribu Ringgit setiap minggu.

Selain itu, konsep yang digunakan didalam trading harian kami pula adalah berasaskan system ISLAMIK, tiada dividen, tiada swap, dan tiada one night stand komisen yang tidak dibenarkan syarak.

MASTER FOREX Akan Membantu Anda Menjana Pendapatan Melalui Forex dan PENGIKLANAN MAYA Tanpa Anda Perlu bersusah Payah.

Modal Serendah RM100/Lot.
Terima 9% - 10% Profit Setiap minggu Selama 7 Bulan.


TANPA PERLU DAFTAR
TANPA PERLU MENAJA
TANPA PERLU TAMBAH STOK

24 Jam Proses Pengeluaran.
Cara Trading Mengikut Syariat.


Plan MASTER Forex :
Modal minimum RM100
Pulangan setiap minggu sebanyak 9-10%
tempoh pulangan setiap minggu selama 28 minggu (7 bulan)

PM JIKA BERMINAT. TEMPAT TERHAD. HANYA UNTUK 100 YANG TERAWAL

Klik Link dibawah untuk PM atau Hubungi pihak MASTER FOREX


Sekian Terima Kasih.

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...