December 22, 2014

Throwback: Anugerah Industries Muzik 21

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. Okay entry kali ini shaila ingin throwback kenangan semasa menghadiri Anugerah Industries Muzik 21 (AIM21) yang lalu bertempat di PWTC. Ini merupakan pengalaman shaila yang pertama menyaksikan secara live AIM 21.Perasaan semasa itu amat teruja sebab dapat tengok artis secara live.Shaila pergi bersama kakak ipar dan adik ipar shaila.Sebelum masuk audi, kami sempat bergambar sementara menunggu para artis2 lalu di red carpet yang disediakan.


Shaila pergi ke AIM 21 ini adalah under tiket tajaan dari Air Asia.Semasa berada di dalam auditorium PWTC , baru shaila tahu rupanya semasa iklan diorang kalang kabut susun2 prop untuk next persembahan. Kalau dalam TV kita tengok semua berjalan lancar sahaja rupanya di sebalik tadbir diorang bertungkus lumus set up barang-barang untuk persembahan seterusnya selepas iklan.


Gambar belah kanan,seperti semua tahu pengacara AIM 2014 iaitu faizal ismail dan juga zizan razak.Actually Emma Maembong pun ada tau tapi tidak sempat ambil gamabar dengan dia..huhuhu


Antara artis yang sempat shaila ambil gambar Lutfia dan Alia.Alia tengok dekat sangat cantik. Lutfia pula sangat peramah dan senang bergambar denganya.


Adik ipar shaila sempat ambil gambar bersama Zizan Razak.


Shaila dengan pelakon suamiku En.Sotong..huhuhu


Shaila dengan Akim

Shaila Bersama bakal pengantin iaitu Ekin dan juga Yazer.



Sebelum pulang ambil gambar dulu..huhuhu..okay sampai di sini sahaja entry shaila kali ini,jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian.Terima Kasih

December 01, 2014

Pengalaman First Check up dan Buka Buku Pink di Klinik Kesihatan

Assallammualaikum

 Hai semua...apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu. Okay entry shaila kali ini adalah berkenaan pengalaman shaila buka buku pink dan first check up di Klinik Kesihatan Paya Jaras.


Bila shaila tahu shaila hamil melalui Urine Pregnant Test  (UPT), shaila telah membuat first check up di Hospital Sungai Buloh.Kemudian, doktor telah mengesahkan shaila memang mengandung, pada masa itu kandungan shaila masuk 5 minggu. Selepas selesai check up, doktor mencadangkan shaila untuk membuka buku pink di Klinik Kesihatan berdekatan kawasan tempat tinggal. Memandang shaila duduk di Paya Jaras, jadi Klinik Kesihatan Paya Jaras adalah tempat shaila buka buku pink. Klinik kesihatan Paya Jaras ada 2 sesi, sesi pertama iaitu hari selasa untuk yang duduk di kawasan paya jaras manakala sesi kedua hari khamis yang duduk di kawasan bandar baru sungai buloh. jadi sesi shaila adalah pada hari selasa.

Pada hari selasa itu, shaila sampai di Klinik Kesihatan pada pukul 7.50 am, alangkah terkejutnya shaila tengok ramai yang telah beratur menunggu giliran dan no giliran shaila adalah no 55..hohoho..Sementara menunggu giliran, nurse di situ mengarah pada untuk yang baru membuka buku pink untuk mengambil UPT. Keadaan di dalam Klinik Kesihatan  sangat crowded sehingga suami tidak di benarkan duduk di dalam untuk memberi ruang pada ibu mengandung duduk. 

Selepas mengambil ujian UPT agak lebih 1 jam jugalah baru nama shaila dipanggil untuk mengisi buku pink. Selesai mengisi buku pink. Shaila terpaksa menunggu next ujian pula iaitu ujian darah. Yang kurang shaila gemar di situ adalah sistem giliran check up kerana mereka panggil ada yang mengikut giliran dan ada yang mengikut berapa sesi. Macam shaila first buka buku pink, jadi kena ikuti beberapa sesi jadi bayangkan orang nombor 88 telah di panggil dahulu manakala shaila nombor 55 masih menunggu giliran panggil.waaa...time itu rase nak balik..hendak menangis...semua ada dengan sakit pinggangnya sebab lama menunggu.Lebih kurang pukul 12 lebih ,baru nama shaila di panggil untuk mengambil ujian darah pula. Semasa nurse itu mengambil darah, dia ada menerangkan bahawa, mereka dahulukan pesakit kencing manis dan sesi check up yang sikit untuk mengelak tempat jadi crowded..tapi sakit pada yang datng banyak sesi lar sebab terpaksa tunggu lama untuk memberi peluang pada yang sesi sikit. Selepas ambil darah, setengah jam kemudian nama shaila di panggil untuk check up dengan nurse di situ...doktor bila perlu sahaja baru jumpa..kalau tidak hanya berjumpa dengan nurse sahaja. Selesai check kesihatan dan kandungan, nurse memberi next date check up dan mensarankan agar membuat scanning dahulu di klinik biasa untuk dibawa semasa next check up iaitu bulan depan kerana klinik Kesihatan ini tidak di sediakan peralatan untuk scanning baby. Selesai sahaja check up, keluar Klinik Kesihatan dengan perasaan fuhhhh..legaaaaaa...sambil shaila berfikir...haishhhhh macamana lar yer ibu-ibu yang buat check up di sini menghadapi situasi ini...shaila sendiri pun rasa tertekan tetapi demi baby....ku pasrah tempuhi..hohoho...okay sampai sini sahaja entry shaila...jumpa lagi di next entry...

Sekian  Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...